Assalamu’alaikum
Adalah orang tu kan, dia tunjuk gambar dia panjat gunung Kinabalu. Aku tiba-tiba teringat yang aku ada panjat Gunung Datuk baru-baru ni. Program ini merupakan aktiviti semester kuliah aku. Setiap sem pasti kami akan ke mana-mana bagi mengeratkan ukhwah sesama kami. Alhamdulillah, dengan kudrat yang aku ada, aku betul-betul sampai ke puncak gunung. Dalam 5-6 orang je yang berjaya sampai ke puncak tertinggi, perempuan yang lain semua dah tak berani nak naik 2 tangga curam untuk sampai ke puncak. Aku pun pada asalnya menangis dulu nak naik ke atas, lepas dah siap menangis, baru aku panjat. Mujurlah ada kawan-kawan aku dari unit JPAM, dioranglah bagi semangat kat aku untuk sampai ke puncak. Gembira dowh.
Video pun aku ada juga.hehe. Bila dah sampai puncak, tengok awan bergerak ditiup angin, sangat terasa damainya jiwa melihat kebesaran Allah yang mencipta langit dan bumi.

Yang benar-benar sampai ke puncak!heheh
[Dalam mengenang memori yang indah]
Bismillahirrahmanirrahim
Subuh itu aku ke Masjidil Haram dengan ayah, melangkah di jalanan dalam kesejukan musim dingin di Makkah. Syukurlah jubah tebal yang selalu aku pakai di Malaysia berguna di bumi asing ini. Aku menikmati suara imam subuh yang gemersik, alunan yang menenangkan dan tentu sekali jauh bezanya dari imam-imam yang ada di Malaysia. Orang arab yang memahami bahasanya sendiri sudah tentu mengalunkan ayat-ayat quran dengan nada sesuai bagi menggambarkan penceritaannya. Hasilnya, seluruh umat dalam Masjid itu biarpun berbeza bangsa,bahasa akan menghayati kalimah-kalimah suci itu dengan teliti dan penuh ketekunan sehingga mampu mengalirkan air mata manusia yang masih ada keinginan untuk taubat dalam dirinya.
Pagi itu kami berkemas-kemas sebelum meninggalkan hotel untuk menunaikan tawaf wida’. Tawaf yang terakhir sebelum meninggalkan masjidil haram, sebelum langkah yang terakhir dari tanah haram. Ketiga-tiga bagasi kami sudah diikat ayah, beg-beg kecil pun sudah ditutup rapi agar tiada nyawa beg-beg kami yang melayang. Ayah ke Masjidil Haram untuk dhuhanya sementara aku dan ummi berbaring-baringan di atas katil sambil menonton siaran langsung sekitar Kaabah yang disiarkan 24 jam di televisyen.
Lebih kurang pukul 11 pagi, kami membawa bagasi-bagasi turun ke lobi. Masa untuk meninggalkan bumi Makkah semakin menghampiri. Hati kian sebak tetapi masih boleh ditahan lagi. Aku memakai Jubah Jordan berwarna hitam yang dibeli lebih kurang 2 tahun lalu bersama tudung bawal bidang 60 yang aku belit agar tidak menampakkan batang leher. Ada juga makcik yang tegur kenapa Dila tak pakai telekung? Aku sekadar tersenyum. Tahu apa yang melintasi benak fikirannya. Telekung itu hanyalah adat orang Melayu makcik. Selagi aurat itu tidak dinampakkan tak salah untuk kita pakai pakaian apa sekali pun untuk bersolat bahkan tawaf pun tak mengapa. Mujurlah umi tolong jawabkan untuk aku sekaligus membela anak daranya. Makcik itu terangguk-angguk walau aku tahu sukar untuk menerima pendapat baru menentang pegangan adat bab telekung ini.
Aku, ummi dan ayah berjalan menuju ke Masjidil Haram. Aku merakamkan pandanganku di sekitar jalanan yang bakal aku tinggalkan sikit sahaja lagi. Pintu yang biasa kami masuk ialah di Pintu Malik Abdul Aziz. Aku minta ayah ambilkan gambar di hadapan pintu sebelum menunaikan tawaf wida’. Kami masuk ke dalam masjid lalu menikmati air zamzam yang tidak pernah putus-putus dibekalkan. Kemudian terus menunaikan tawaf wida’ ketika matahari semakin tegak di kepala. Panasnya bukan kepalang sehingga kulit aku terbakar lepas balik Malaysia. Tapi panas di dunia bolehlah kita elak-elak, panas di akhirat tak siapa boleh selamatkan.
Selesai tawaf, kami menunaikan solat sunat musafir dan solat sunat tawaf. Ketika ini sebak di dada tidak mampu untuk aku tahan lagi. Tertahan-tahan rasanya air mata ini dari mengalir. Aku malu jika menangis di hadapan orang, mujurlah kaca mata hitam aku bawa sekali. Aku pakai. Air mata mengalir. Aku pandang ayah, aku lihat ummi. Aku lihat air mata ayah mengalir laju, mencurah-curah tidak berhenti. Saat itulah aku lepaskan segala rasa di hati mengalir bersama air mata yang menjadi bukti bahawa inilah kali terakhirnya aku memandang Kaabah di tanah haram ini. Sebaknya hati Allah sahaja yang tahu. Seperti mahu terus hidup di sini memandang Kaabah hari-hari. Kami semakin menjauhi Kaabah, tertoleh-toleh dari kejauhan kerana tidak sanggup untuk berpisah. Ayah masih menangis. Ummi juga. Aku pun. Sunyi mencelah di antara kami sehinggalah tiba di lobi hotel, berjumpa dengan jemaah yang lain, perasaan hiba semakin terlupakan namun rindu itu terbawa-bawa ke Malaysia sehingga ke hari ini..
Assalamu’alaikum
Takwim sesi 2012/2013 sudah pun keluar. Bermakna, bayangan masa hadapan aku dah semakin nampak dah. Aku dah nak masuk Tahun 5 dah. Tahun yang ditunggu-tunggu oleh semua orang sebabnya kami bakal menamatkan Ijazah. Uhhhh. Padahal final pun belum lagi berangan nak habis belajar ok. Em, siapa yang tak gembira kan nak habis belajar? Dah 5 tahun aku berada di kampus ni, daripada umur aku 18 tahun sekarang dah 23, aku masih setia menimba ilmu, pelbagai mehnah dan tribulasi yang aku lalui, berbagai onak duri yang aku tempuhi. Cewah, macam dah nak habis sangatkan padahal ada setahun lagi. Berangan. Bye!
Assalam’alaikum
Bertabahlah sebab entri ini agak panjang ditambah pula dengan aku ada masa yang terluang serta mata masih tidak mengantuk lagi.
Beberapa minggu yang lepas, ada anak kucing yang terjatuh di dalam longkang yang dalam di mana terdapatnya saluran najis di situ, belakang rumah aku. Hampir sehari anak kucing itu terperangkap barulah aku menjenguk dia sebab aku ingatkan itu adalah tangisan biasa seekor kucing tapi rupa-rupanya dia terjatuh dalam lubang yang sangat dalam. Di kesempatan yang aku ada, aku intai dia dalam longkang tu, langsung tiada bayangan beliau melainkan suara yang meminta-minta untuk diselamatkan.
Sebagai seorang gadis yang lemah lembut, takkanlah aku nak seluk tangan selamatkan kucing tu, tambahan pula aku berkain batik masa tu tengah studylah katakan. Aku tak ada idea, aku call classmate aku dengan harapan beliau boleh tolong selamatkan anak kucing tu. Tetapi usaha kami gagal kerana longkang tersangat dalam. Aku cadangkan dengan classmate aku untuk menelefon bomba.
Telefon bomba semata-mata untuk menyelamatkan anak kucing yang terjatuh longkang memang nampak seperti tidak berbaloikan??
Memang macam tak masuk akal tapi disebabkan tebalnya kasih sayang aku terhadap haiwan bernama kucing tetapi tidak kepada serangga lipas, kami pun telefon bomba.
Bomba: Ada apa yang boleh kami bantu?
Classmate: Hmm…saya ada kecemasan tetapi mungkin tidak sangat cemas untuk pihak tuan…..
Bomba: Apa ya?
Classmate: ada seekor anak kucing yang terjatuh dalam longkang. saya dah cuba nak selamatkan tetapi disebabkan longkang yang terlalu dalam dan kami tiada peralatan yang sesuai, saya tak berjaya. Saya harap pihak tuan dapat bantu untuk keluarkan anak kucing tersebut. Saya tahu perkara ini kecil di mata tuan tapi bagi saya masalah ini sangat besar.
Bomba: Oklah, KEJAP LAGI saya hantarkan seorang anggota ke sana.
Kami pun tunggu dalam 45 minit sehingga terbantut tugasan-tugasan yang kami ada. Selepas hampir satu jam, classmate aku call semula untuk bertanyakan status anggota yang dikatakan akan tiba itu.
Read more »




Recent Comments