Mandi Malam Undang Penyakit Hanya Mitos?

Ya, sememangnya mitos. Dulu-dulu, masa tak tahu fakta yang sebenar, selalu curi-curi mandi malam ataupun masak air panas curah dalam baldi. Umi pun selalu marah sebab tak nak anak dia berpenyakit. Cakap pasal mandi, aku sememangnya jenis yang tak boleh mandi air sejuk sikit. Kalau bangun pagi, tak mandi air panas, tunggulah sampai cuaca panas dulu dalam pukul 11 barulah mandi, advance sikit mandi pukul 3 untuk mandi pagi dan tengahari sekali. Mungkin sebab umi ajar anak-anak sejak dari kecil jangan mandi air sejuk menyebabkan kami semua tak tahan air sejuk. Bila tengok housemate mandi pagi-pagi, bukan main relax lagi, siap basuh kain lagi pukul 3 pagi. Perghh, memang respect lah. Kakak-kakak ipar aku pun, mandi pagi-pagi air sejuk macam ais tu relax je, abang-abang aku semua mandi air heater tu. Memang kuat tulang orang yang mandi air sejuk. :-D

Berbalik pada topik di atas, hakikatnya sampai sekarang masih tiada bukti yang mengatakan mandi malam boleh menyebabkan penyakit seperti yang dijelaskan oleh Kol (B) Dr Abdul Rahman Mohd Ali, salah seorang Pakar Perunding Perubatan dari Pusat Perubatan Darul Ehsan.

Menurut beliau, dari segi perubatan, individu yang mandi di waktu malam tidak terdedah kepada masalah kesihatan malah badan akan bertambah sihat dan segar. Ia juga baik untuk kesihatan kerana daoat membersihkan badan kita daripada peluh setelah seharian bergelumang dengan kekotoran dan peluh. Beliau juga menyatakan, tiada kesan akan timbul sekiranya kita mandi malam kecuali mungkin kepada individu yang susah sedia berpenyakit seperti lelah, sawan dan paru-paru berair.

Bagi mereka yang menghidap lelah, sawan, paru-paru berair serta alah pada air sejuk bolehlah membilas badan dengan air suam atau singkatkan waktu di bilik air di antara 5 hingga 10 minit.

Sebenarnya, jika seseorang individu itu telah diajar mandi di waktu malam sejak kecil, keadaan ini tidak akan menimbulkan sebarang masalah malah ia akan menjadi amalam berbanding mereka yang jarang mandi malam. Jika dapat dilihat kembali, petua dan amalam orang dulu-dulu sebenarnya berkait rapat dengan keadaan persekitaran dan cara hidup mereka yang jauh berbeza dari sekarang.

Zaman nenek moyang kita dulu, kebanyakan mereka mandi di perigi luar rumah atau bilik air buatan sendiri yang hanya ditutupi dengan zink dan tidak berbumbung. Dan sebenarnya inilah yang mengundang kepada peningkatan risiko penyakit kerana bila kita terdedah kepada cuaca luar yang sejuk dan berembun, kemudian mandi dengan menggunakan air perigi atau tempayan sejuk boleh mengurangkan tahap imuniti kita dan ini boleh menyebabkan kita mudahmendapat selesema dan demam.

Pada hari ini, arus kemodenan dan cara hidup telah merubah keadaan tersebut kerana keadaan bilik air yang selesa dan tertutup serta bersih. Kesimpulannya, mandilah selagi mana kita mampu mandi. Menurul Abdul Rahman, kekerapan mandi terbail dan berkesan terpulang kepada kemampuan seseorang, malah Islam juga menggalakkan kita sentiasa berada dalam keadaan bersih. :-)

Rujukan: Berita Harian

About adele

Penulis merupakan pelajar sepenuh masa yang sangat aktif dan cergas. Mula berblogging sejak tahun 2007. Sentiasa memandang kehidupan ini sebagai medan untuk mengutip pengalaman dan untuk dikongsikan buat mereka yang menghargainya. Sama-samalah kita mencipta kenangan dan mengejar impian.
This entry was posted in Kesihatan dan Kecantikan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

21 Responses to Mandi Malam Undang Penyakit Hanya Mitos?

  1. AffanNo Gravatar says:

    Salam, aku pun pening pasal ni. Banyak gak baca pasal ni. Adoi.

    *Blog ni macam kujie2.com
    hehe
    Affan recently posted..Yahoo Messanger memperkenalkan integrasi chatting dengan rakan di Facebook

  2. princeduyongNo Gravatar says:

    tak suka mandi malam…takut…atuk saya marah…
    princeduyong recently posted..APA KORBAN KITA

  3. AnarmNo Gravatar says:

    mak saya cakap mandi malam ni biasanya utk org sakit atau demam.. tgh demam, kalo mandi malam, wap2 panas dalam badan lebih senang keluar.. secara tak langsung, menyihatkan tubuh badan..
    Anarm recently posted..Apa itu FollowFriday Twitter

  4. Ali ridhaNo Gravatar says:

    bahaya mandi malam.mak aku kata
    takut kena paru-paru berair.
    Ali ridha recently posted..Adsense-Pagerank dan Cpanel dikembalikan

  5. pilotHansNo Gravatar says:

    so swimming mlm2 9-10pm tak bahaya ea…fuuuu…slamat….mandi mlm pun okay ke? klo air x panas camne? kadang terpaksa mandi 11-12mlm sbb time tue br jer smpi umah…just nak ingatkan kengkawan, mandi air panas leh mempercepatkan process penuaan…hahah….ke tak ? setau aku camtue laa..so aku xminat sgt mandi air panas….

  6. pilotHansNo Gravatar says:

    errk..dah xleh nak quote daa…okay.. ^_^ will keep in mind…..thanks for the quick response ;)

  7. err..salam
    mandi malam…mmg best.. nak mandi wajibkan..??

  8. NyoparutNo Gravatar says:

    Looorr..jadi selama ini aku tertipu dengan mandi malam boleh kena jangkitan paru-paru berair..pasni bolehlah aku mandi malam nak segarkan badan..yeeeeeh! :cool:
    Nyoparut recently posted..Cara Update Avira Antivirus Secara Manual

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge