Category Archives: Kesihatan dan Kecantikan

8 Penyakit Boleh Sembuh dengan Berjalan Kaki

Jika anda selama ini malas untuk berjalan , fikirkanlah kembali. Menurut satu kajian, berjalan boleh mengurangkan lapan jenis penyakit. Malah boleh menyembuhkan penyakit tanpa harus mengeluarkan wang. Mulai sekarang rajin-rajinlah berjalan dan rasakan manfaatnya. Berikut 8 jenis penyakit yang boleh … Continue reading

Posted in Info dan Artikel, Kesihatan dan Kecantikan | Tagged , , | 9 Comments

Jenis-Jenis Retainer

Saat yang paling menggembirakan dalam hidup seseorang yang memakai braces apabila doktor bagitahu yang kamu dah boleh cabut braces lagi 2 minggu. Retainer akan diberikan dan perlu dipakai secara berterusan selama 6 bulan, 24 jam sehari kecuali ketika hendak makan.

Dah 6 bulan lebih aku cabut braces tetapi aku masih memakai retainer. Tapi waktu malam sahaja. Siang-siang cabutlah dan rendam retainer tersebut di dalam air. Aku guna retainer Hawley.

Ia amat mengujakan apabila anda dapat menanggalkan braces anda dan beralih ke peringkat retainer. Oleh demikian berikut merupakan jenis-jenis retainer yang perlu anda tahu .

Retainer berfungsi sebagai alat untuk mengekalkan susunan gigi setelah dibaiki oleh braces.Ia mengambil masa hampir setahun bagi ligamen periodontal memejal ke posisi baru mereka setelah braces ditanggalkan. Oleh itu, amatlah disarankan memakai retainer setelah tamat tempoh rawatan braces seperti yang disarankan pakar orthodontik anda. Jika anda meninggalkan atau berhenti memakai retainer, gigi anda berkemungkinan untuk kembali kepada posisi asal (sebelum rawatan braces) seperti lebih tidah tersusun dan jurang antara gigi lebih ketara.

Kebanyakan orthodontic menasihatkan pesakit mereka agar memakai retainer 24/7 untuk beberapa bulan terawal dan kemudian hanya pada waktu malam. Selepas beberapa tahun, anda boleh mengurangkan pemakaian retainer dengan beberapa malam seminggu tetapi anda tidak boleh berhenti sepenuhnya.

Ketika anda baru memakai retainer, anda mungkin akan merasa pelik atau tidak selesa di dalam mulut anda. Pastikan anda memberitahu orthodontik anda jika terdapat mana-mana bahagian yang melekat atau tidak selesa kerana mereka boleh melaraskan retainer tersebut supaya lebih selesa. Anda mungkin mendapati anda bercakap sedikit pelat atau pelik ketika baru memakai retainer. Jangan bimbang, dalam tempoh lebih kurand sebulan, anda dapat membiasakan didi dengan penggunaannya dan pertuturan anda akan bertambah baik.

Continue reading

Posted in Info dan Artikel, Kesihatan dan Kecantikan | Tagged | 17 Comments