Category Archives: Bicara Hati

Relakan Jiwa

Tak tahu nak tulis apa? Bakat menulis semakin terpadam. Takpe, tempek lagu sebuah. Sedang menjiwai lagu jiwang ini

Posted in Bicara Hati, Kehidupan Peribadi | 5 Comments

Yang Terakhir

0_free_vintage_memory_preview

Entahlah, rasa teruja, nak menjerit, nak menari-nari, berlari setempat semuanya ada. Jika tiada aral yang melintang, jika saya ikut rutin harian setiap hari dengan pergi ke kuliah, tutorial, membuat assignment, menjawab soalam midterm, menyiapkan thesis, insyaAllah menjelang Jun ini tamat sudah pengajian saya sebagai seorang pelajar Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang.

Esok merupakan hari pertama perkuliahan bagi semester 10,semester akhir, tahun 5, tahun akhir saya di dunia kampus yang sepi dan tak berapa meriah ini. Bila dikenang-kenangkan semula, rasa bagaikan semalam saya mendaftar sebagai pelajar Tamhidi (matrik) di universiti yang macam bagus ini. kahkah. Kejam.

Rasa rindu pasti akan menjentik jiwa bila sudah habis belajar nanti tetapi dalam masa yang sama keterujaan melampau untuk menghabiskan pengajian lebih menguasai kerana terlalu banyak impian yang ingin dikejar lagi.

Antara kenangan yang akan saya rindu nanti ialah: Continue reading

Posted in Bicara Hati, Info dan Artikel, Kehidupan Peribadi | Tagged , , , , | 15 Comments