Abby Abadi Dah Tak Cukur Kening

Assalamu’alaikum

Pagi ni, umi update gosip kat aku. Gosip pasal Abby Abadi dah tak cukur kening! Aku sebenarnya peminat Abby Abadi sejak awal kemunculan dia di dalam industri seni sebab muka beliau sangat kiut, cantik dan manis. Kiranya waktu tu aku berada dalam zaman persekolahan. Bila dah minat, semua cerita ada dia aku mesti tengok. Gerak Khas tu tak payah cakap, walaupun tak berapa nak best tapi disebabkan ada Abby Abadi, aku gagahkan jua untuk menonton drama siri panjang berjela tu.

Alhamdulillah sebab sejak penghijrahan beliau ni, pada aku menambahkan lagi kecantikan asli dan semulajadi beliau. Sejuk mata memandang tenang lagi hati yang berhijrah kan? Semuanya ada hikmah selepas beliau bercerai dengan bekas suami dan beliau mencari hala tuju yang lebih baik selepas itu.

Sumber: milosuam.blogspot.com

Hari tu aku terbaca komen-komen di page Abby Abadi, maaf cakap tetapi SANGAT DUNGU DAN BOYAK kepada mereka yang menghentam beliau dengan mengatakan bahawa Abby Abadi ni tak layak untuk mengupdate status dengan ayat-ayat Quran dan Hadith kerana sejarah silam beliau perlu diambilkira sehingga beliau tak layak untuk menasihati orang lain. Siapalah kita untuk menghukum seseorang dengan sejarah silamnya sedangkan Allah s.w.t mengampunkan hambaNYA. Dangkal sungguh pemikiran manusia-manusia macam ni. Masa orang tu masih melakukan maksiat tak ada pun nak tegur, bila dah berhijrah baru nak bertempik sana sini macam diri tu dah terlalu sempurna. Sama-samalah kita baiki ke arah yang lebih baik. :)

About adele

Penulis merupakan pelajar sepenuh masa yang sangat aktif dan cergas. Mula berblogging sejak tahun 2007. Sentiasa memandang kehidupan ini sebagai medan untuk mengutip pengalaman dan untuk dikongsikan buat mereka yang menghargainya. Sama-samalah kita mencipta kenangan dan mengejar impian.
This entry was posted in Agama dan Pedoman, Bicara Hati, Info dan Artikel and tagged , . Bookmark the permalink.

11 Responses to Abby Abadi Dah Tak Cukur Kening

  1. Oh! buduNo Gravatar says:

    BETUL2.. ada ke org ckp camtu? mana boleh. kita ni semua kan sama je. cuma amal je berbeza. biarlah dia nk update pasal tu pun. aku x memihak sesape, tp kalau kes dah macam tu, over sgt lah. even orang yang bunuh 99 orang pun masuk syurga kalau dia bertaubat.
    Oh! budu recently posted..Segmen: Jom “Follow” Blog El Qashrin Qaisara untuk “Projek Amal EQQ”

  2. titanNo Gravatar says:

    dulu, banyak statement dia aku tak leh terima. tak leh pakai. tapi sekarang..kalau dia nak tulis kat facebook ke kat twittter semua huruf jawi dalam al-quran tu..tulislah. aku ok aje.
    titan recently posted..Komisen pertama Rahsia Malam Pertama.

  3. mazaNo Gravatar says:

    maza bersetuju dengan tindakan org yg mengatakan abby x layak upload / update ayat2 Quran dan Hadis di pagenya.. bagi maza jenis org itu ialah org yg dungu dan ego tak bertempat!

    bagi maza, kalau pun yg membacakan ayat2 al Quran itu dari pelacur atau bekas pelacur sekali pun, kita kena hormat … kerana hidayah dan peringatan Allah SWT boleh datang dlm pelbagai bentuk..

    tak gitew?..

    huhuhu
    maza recently posted..Bila maza masuk dapur Ikan Pelaling jadi taucu berlada.

  4. Mummy AkmarNo Gravatar says:

    Salam Perkenalan..

    Berkenaan issue Abby Abadi ni, pada pendapat Mummy. Beliau sepatutnya jangan lantang sangat suara untuk berdakwah. Memang apa yang dia cuba lakukan itu baik tapi ada kala agak tak bersesuaian, pernah baca cara dia cakap di FB tu agak kasar dan ada unsur sindiran. Terutamanya bila beliau berdakwah menyeru orang pakai tudung. Dia kene amik contoh bagaimana Rasullullah berdakwah walaupun mendapat tentangan. Tetapi cara baik, sopan, lemah lembut dan tiada paksaan

    Takpelah, apa pon niat Abby Abadi, niat yang baik pasti ada jalannya. Semoga Abby lebih beristiqomah dan cuba cara pendekatan terbaik untuk berdakwah.

    Btw, Mummy nak invite Adele join Mummy bantu anak-anak yatim di URL http://elqashrinqaisara.blogspot.com/2012/08/segmen-jom-follow-blog-el-qashrin.html
    Mummy Akmar recently posted..Segmen: Jom "Follow" Blog El Qashrin Qaisara untuk "Projek Amal EQQ"

    • adeleNo Gravatar says:

      Salam perkenalan mummy..terima kasih kerana sudi melontarkan pandangan..
      sy hormat akan pendapat mummy, dan ada juga bersetuju dengan pendekatan dakwah
      yg digunakan Abby..mmg diakui dia sangat baru jadi pendekatan yang lebih berhikmah
      amatlah digalakkan supaya orang lain tak memberontak..

      cuma yang menyenangkan bila dia update dengan kata-kata nasihat, ayat quran dan hadith,
      orang terus nak mengungkit kisah silam dia..rasanya sikap inilah yg tak patut
      dicontohi..

      apapun, semoga kita termasuk dalam golongan orang yang begitu bukan berkaitan abby
      sahaja tapi semua orang kan..

      terima kasih utk invitation tu! :)

  5. akubiomedNo Gravatar says:

    Biasalah yang mengata itu ramai. Berilah peluang untuk beliau membaiki diri.
    akubiomed recently posted..Contest CERITA PUASA RAMADHAN 2012 ShakiddoDotCom

  6. Bro ZulkboNo Gravatar says:

    salam..
    pernah juga in person dengan Abby ni
    masa dia belum popular..salam tangan
    saya, sambil di ciumnya..heran juga..
    mungkin hormat orang lebih tua la kut?

    terkini khabarnya beliau dah dapat terima
    takdir Memey menjadi ibu pada anak-anaknya
    alhamdulillah..suka sangat tengok perkara baik
    begitu :)
    Bro Zulkbo recently posted..Mengerikan Bila Siku Terkehel Dalam Acara Angkat Berat Olimpik 2012 (Gambar Dan Video)

  7. padinNo Gravatar says:

    kalau buat baik orang tak berapa nak pandang & ingat sangat
    tapi siap kalau buat salah sikit sampai bila2 org ingat..
    patut bagi lah peluang ye tak… hmmm….

  8. Buat baik berpada-pada… buat jahat jangan sekali .. ewahhh :D
    Dulu Lain Sekarang Lain recently posted..Saya Pilih Malaysia

  9. Actually, we can agree to disagree with everybody. Of course with respect :cool:

  10. shraqsNo Gravatar says:

    Memang normal perangai manusia adele,.. susah nak cari yang optimis dan positif. Segala benda yg org buat semuanya dilihat dengan cara negatif. IMHO
    shraqs recently posted..Online Income Dari AdF.ly

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge