Asas Pembahagian Faraidh (Bahagian 1)

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Ukhwah..

pengurusan harta pusaka Seperti yang telah dijanjikan, aku akan menerangkan secara ringkas bagaimana asas pembahagian faraid di dalam Islam sebagai perkongsian buat kalian semua, juga sebagai ulangkaji aku untuk memulakan Latihan Industri pada hari Isnin ini. :)

Definisi Faraidh
Faraid berasal daripada perkataan Arab iaitu jamak kepada Faridhah dan asalnya daripada Fardh yang bererti al-taqdiir yang bermakna “yang ditakdirkan” atau “yang ditentukan”.

Tanggungjawab Waris Terhadap Hak-Hak Yang Berkaitan dengan Harta Pusaka Si Mati
1. Belanja pengebumian atau pengurusan jenazah yang haruslah dilaksanakan secara bersederhana.
2. Menyelesaikan hutang si mati.
i. Hutang kepada Allah
ii. Hutang kepada manusia
3. Menunaikan wasiat yang telah dibuat oleh si mati.
4. Membahagikan harta kepada waris si mati

Rukun Pusaka
1. Si mati
2. Waris
3. Harta

Sebab Pusaka Memusakai
1. Perkahwinan
2. Keturunan atau kerabat

Syarat pusaka memusakai
1. Pemilik harta mati
2. Waris hidup ketika pemilik harta mati
3. Mengetahui ilmu perwarisan

Halangan daripada menerima pusaka
1. Membunuh – pewaris membunuh pemilik harta
2. Berlainan Agama
3. Murtad

Waris-waris yang berhak mewarisi

Waris lelaki


1. Anak lelaki
2. Cucu lelaki daripada anak lelaki dan ke bawah
3. Bapa
4. Datuk sebelah bapa (bapa kepada bapa) dan ke atas.
5. Saudara seibu sebapa lelaki
6. Saudara sebapa lelaki.
7. Saudara seibu lelaki.
8. Anak saudara seibu sebapa lelaki dan ke bawah
9. Anak saudara sebapa lelaki dan ke bawah
10. Bapa saudara seibu sebapa.
11. Bapa saudara sebapa
12. Anak lelaki kepada bapa saudara seibu sebapa dan ke bawah
13. Anak lelaki kepada bapa saudara sebapa dan ke bawah
14. Suami
15. Tuan yang membebaskan hamba

Jika kesemua waris lelaki di atas wujud, maka hanya tiga orang sahaja yang layak iaitu:
1. Bapa
2. Anak lelaki
3. Suami

Waris perempuan
1. Anak perempuan
2. Cucu perempuan daripada anak lelaki dan ke bawah
3. Ibu
4. Nenek sebelah ibu dan ke atas
5. Nenek sebelah bapa dan ke atas
6. Saudara seibu sebapa perempuan
7. Saudara sebapa perempuan
8. Saudara seibu perempuan
9. Isteri
10. Tuan yang membebaskan hamba.

Jika kesemua ahli waris diatas wujud, hanya 5 orang yang layak:
1. Anak perempuan
2. Cucu perempuan dari anak lelaki
3. Ibu
4. Saudara perempuan seibu sebapa
5. Isteri

Jika kesemua 25 waris lelaki dan perempuan masih hidup, maka keutamaan akan diberikan kepada hanya lima ahli waris berikut:
1. Bapa
2. Ibu
3. Anak Lelaki
4. Anak Perempuan
5. Suami/Isteri

Cara Pengambilan Harta Pusaka

Jalan untuk melakukan pembahagian pusaka ialah dengan terlebih dahulu meneliti siapakah di antara waris yang berhak menerima pusaka dengan jalan Ashabul-Furud, kemudian dicari siapakah yang Mahjud, barulah bakinya diberikan kepada yang berhak menerima Asabah.

1. Ashabul-Furud
Golongan ini mengambil pusaka menurut bahagian yang telah ditetapkan oleh syarak iaitu sama ada 1/2, 1/3, 1/4, 2/3, 1/6 atau 1/8. Mereka terdiri daripada isteri atau suami, ibu atau nenek, bapa atau datuk, anak perempuan atau cucu perempuan, saudara perempuan kandung, saudara perempuan sebapa dan saudara seibu.

2. Asabah
Merupakan golongan yang akan terima baki setelah semua golongan (1) mendapat bahagian golongan asabah.
Terdapat 3 jenis asabah iaitu:
(a) Asabah Binafsih
(b) Asabah Bil Ghoir
(c) Asabah Maal Ghoir.

Pembahagian pusaka dengan jalan menghabisi semua harta, atau mengambil semua sisa untuk sekalian orang lelaki,tidak bers ebab atau beserta orang lain. Mereka terdiri daripada 12 orang lelaki iaitu bapa, datuk, anak lelaki, cucu lelaki anak lelaki, saudara lelaki kandung, saudara lelaki sebapa, anak lelaki saudara lelaki kandung, anak lelaki saudara lelaki sebapa, bapa saudara kandung, bapa saudara sebapa, anak lelaki bapa sudara kandung dan anak lelaki bapa saudara sebapa.

(a) Asabah Binafsih
Pembahagian pusaka dengan jalan menghabisi semua harta, atau mengambil semua sisa untuk sekelian orang lelaki, tidak bersebab atau beserta orang lain. Mereka terdiri daripada 12 orang lelaki iaitu bapa, datuk, anak lelaki, cucu lelaki anak lelaki, saudara lelaki kandung, saudara lelaki sebapa, anak lelaki saudara lelaki kandung, anak lelaki saudara lelaki sebapa, bapa saudara kandung, bapa saudara sebapa, anak lelaki bapa sudara kandung dan anak lelaki bapa saudara sebapa.

(b) Asabah Bil Ghoir
Pembahagian pusaka dengan jalan menghabiskan semua harta, atau pengambilan semua baki untuk semua perempuan dengan sebab adanya orang lelaki lain. Terdiri daripada 4 orang iaitu: anak perempuan atau lelaki, cucu perempuan atau lelaki, saudara kandung perempuan atau lelaki, saudara sebapa atau lelaki perempuan.

(c) Asabah Maal Ghoir
Pembahagian pusaka dengan jalan menghabisi semua harta,atau mengambil semua sisa untuk sekelian orang perempuan sebab beserta orang perempuan lain. Terdiri daripada 2 orang perempuan iaitu: saudara perempuan kandung dan saudara
perempuan sebapa (berkongsi dengan anak atau cucu perempuan).

3. Dhawil-Arham
Golongan ini akan menggantikan golongan (1) dan (2) setelah kedua-duanya tiada kecuali suami atau isteri tidak menghalang golongan ini mengambil bahagian harta. Tetapi biasanya golongan ini akan terhalang menerima harta. Keadaan ini disebut hijab iaitu dinding yang menjadi penghalang seseorang daripada ahli waris untuk menerima pusaka kerana masih ada ahli waris yang masih dekat hubungan kekeluargaannya dengan simati. Terdapat 4 golongan Dhawil-Arham (masih ada hubungan kerabat) iaitu: golongan datuk dan nenek, golongan cucu dan cicit (anak dari cucu), golongan anak saudara dari saudara perempuan dan golongan bapa saudara atau emak saudara atau saudara lelaki atau perempuan ibu. Manakala hijab yang telah disebutkan tadi terdiri daripada 2 jenis iaitu:

Hijab Nuqshon dan Hijab Hirman.

(a) Hijab Nuqshon
Terhalang dengan mengurangi pembahagian ahli waris dari menerima pembahagian
Ashabul-Furud yang lebih banyak menjadi lebih sedikit, kerana masih ada ahli waris lain yang bersama-samanya. Seperti suami dari menerima setengah menjadi seperempat kerana ada anak atau cucu.

(b) Hijab Hirman
Terhalang dengan tidak menerima pembahagian pusaka sama sekali kerana masih terdapat ahli waris yang lebih dekat hubungannya dengan yang mati yang lebih berhak untuk menerima harta pusaka. Misalnya saudara lelaki sebapa terhalang kerana adanya saudara lelaki kandung dan datuk terhalang sebab adanya bapa.

 

 

Setakat ini dahulu untuk kali ini.

Bersambung dalam Asas Pembahagian Faraidh (Bahagian 2)

Sumber dan rujukan:
Pengurusan dan Pembahagian Harta Pusaka, Wan Abdul Halim Wan Harun
http://maths.usm.my
http://azharpusaka.com

About adele

Penulis merupakan pelajar sepenuh masa yang sangat aktif dan cergas. Mula berblogging sejak tahun 2007. Sentiasa memandang kehidupan ini sebagai medan untuk mengutip pengalaman dan untuk dikongsikan buat mereka yang menghargainya. Sama-samalah kita mencipta kenangan dan mengejar impian.
This entry was posted in Info dan Artikel and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

33 Responses to Asas Pembahagian Faraidh (Bahagian 1)

  1. Ayie AbasNo Gravatar says:

    ADELE…WAHHH…ENTRY YG BERMAKLUMAT WALAU TAK BERAPA NAK FAHAM heheh…SEJUJURNYA AYIE RASA RAMAI MASYARAKAT KITA YG KURANG ARIF HAL2 FARAID @ PEMBAHAGIAN PUSAKA nie… :!:
    ADELE…RINDU BETUL laa PD ENTRY2 ADELE…FOTO2 DLM ENTRY YG LEPAS…AYIE BELUM HABIS TENGOK LAGI…SBB BYK SANGAT… :grin:
    ADELE…SLMT MLM YA… :cool:
    Ayie Abas recently posted..Demi Cinta Setia – Junction

  2. zulkboNo Gravatar says:

    salam..
    perkongsian ilmu yang berguna..
    terima kasih..saya belum berkesempatan
    menamakan pewaris lagi pada harta2 saya..
    zulkbo recently posted..Tragedi Tanah Runtuh Hulu Langat 21- Mei -2011 – Video Dan Gambar

  3. zulkboNo Gravatar says:

    anak anak berhak ke atas harta ayahnya setelah ayahnya meninggal…tetapi seorang ayah berhak ke atas harta anak-anak lelakinya sewaktu dia masih lagi hidup…
    :)
    zulkbo recently posted..Tragedi Tanah Runtuh Hulu Langat 21- Mei -2011 – Video Dan Gambar

  4. akubiomedNo Gravatar says:

    Terima kasih menulis penerangan mengenai pembahagian Faraidh. Permulaan asas ini pun saya sudah tidak beberapa faham dengan tidak menyangka begitu ramai waris yang layak ingatkan keluarga si mati sahaja yang mempunyai hak.
    akubiomed recently posted..Masih adakah hari esok untuk aku

    • adeleNo Gravatar says:

      bahagian kedua nnt baru kita masuk bab kira2..hehe

      tak apalah bro..skurang2nya kita tahu terms yg berkaitan dgn perwarisan.. :)

      • bEeNo Gravatar says:

        Kalau ikut Faraid yg cuma layak :-

        1) IbuBapa
        2) Suami/Isteri
        3) Anak Lelaki & Perempuan

        Jika ibubapa yg dah meninggal terlebih dahulu, cuma pasangan & anak2 shj yg terima. Kalau anak2 pula terdiri dari perempuan shj maknanya yg layak terima Asabah adalah adik-beradik yg meninggal dunia :-)
        bEe recently posted..Ilustri &amp Gambar Bak Irama &amp Lagu

  5. Mrs.AyieNo Gravatar says:

    Sesuatu yang perlu difahami dan diteliti. Terima kasih untuk penerangan awal ni.

    *tunggu sambungan dengan sabar
    Mrs.Ayie recently posted..Cinta itu

  6. zikNo Gravatar says:

    jom wasiat.. wasiat pun tak buat lagi… agak mahal jugak kursus jadi pembuat wasiat nih… banyak harta yang masih tidak dituntut di amanah raya… tak pasti berapa nilainya.. 8billion kot..
    zik recently posted..Imam muda minggu ke 4 2011 krisis identiti

  7. Ismail NNo Gravatar says:

    Baguih ni Adele.. sayangnya tak ramai org Islam tahu dan kalau tahu pun – tak mahu tuntut. Maybe sbb masy kita terlalu baik dan tak suka gaduh2 ehh.. jadi tuntutan di bawah faraidh ni jarang di dengar di mahkamah. kalau berlaku pon sbb ada penceraian dulu, so tuntut pon pasal lain ler..
    Ismail N recently posted..Aktiviti Hujung Minggu Lepak Di Lagoon

    • Ismail NNo Gravatar says:

      tweeted and i LIKE.
      Ismail N recently posted..Aktiviti Hujung Minggu Lepak Di Lagoon

      • bEeNo Gravatar says:

        @IN : wah dah ada twitter nak twit aje :-P

        Sbnrya, masy Islam tahu perkara ni cuma kita masih di takuk yg lama. Mereka masih beranggapan kalau ada anak lelaki yg sulung maknanya, yg sulung kena uruskan semuanya bila ada kematian.

        Dlm Islam takde had umur utk melaksanakan pentadbiran harta pusaka. Seeloknya, laksanakan pentadbiran pusaka secepat yg boleh. Tak payah tunggu 100 hari ke sbb itu mitos dlm kepercayaan. Kesian kpd roh arwah (jika arwah meninggalkan hutang)
        bEe recently posted..Ilustri &amp Gambar Bak Irama &amp Lagu

    • adeleNo Gravatar says:

      yeke tak suka gaduh bro? rasanya slalu dgr org gaduh berebut harta pusaka..berebut bukan pda hak mereka..hehe
      yg lepas bercerai tu sbb risau harta tertinggal kt pasangan..perasaan dah benci sama stu lain, tuntut habis…jgn tak tuntut :D

      • Ismail NNo Gravatar says:

        tak tahu la kat tempat sana.. Tp banyak family dan kawan2 kat sini yg kawe tahu mcm tak peduli jer pasal harta. Ye lah, bila time tersepit tak de duit, barulah nak menuntut. So far, kami pun tak banyak kes faraidh dapat.. he he.. mungkin ramai tak confident dgn firm kami kot :lol:
        Ismail N recently posted..Kopi KFC Kentucky Fried Chicken

  8. tehrNo Gravatar says:

    kami telah selesaikan pembahagian harta arwah ayah dengan cara islam
    senang dan menyenangkan
    tehr recently posted..Syair Nur Kasih

  9. mekarNo Gravatar says:

    Ramai umat islam hari ini mgabaikan ilmu faraid dan mganggapnya sbgai remeh. Yg kemudiannya bila blaku kematian mereka mbahagi harta mgikut suka hati, siapa besar dia dpt byk, siapa cepat dia dapat, siapa paling akhir duduk dgn arwah ayah bhak dapat..dll. Terima kasih adele krn ARTIKEL ini dpt membuka & memberi pengetahuan kpd semua pbaca berkenaan pentingnya mpelajari & mgamalkan ilmu faraid ini.
    mekar recently posted..Terkenang Permainan Dulu-Dulu …

  10. Hadi RofieeNo Gravatar says:

    Ilmu tanpa amal seperti pokok yang tidak berbuah.

    Ilmu faraid yang sudah lama ditinggal setelah dipelajari mmebuatkan saya terlupa pada beberapa perkara. Terima kasih kerana mengingatkannya.

    Bahagian seterusnya pasti lebih seronok kerana melibatkan proses pengiraan. Saya suka bahagian itu. :-)
    Hadi Rofiee recently posted..Blogger dan Jurugambar

  11. nizamghaziNo Gravatar says:

    Teringat masa belajar Islamic Studies dulu masa bila baca balik artikel ni..

    thanks Adele kerana mengigatkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge