Assalamu’alaikum
Tadi lawyer conveyancing di firm aku merangkap supervisor aku panggil masuk ke bilik. Rupa-rupanya dia nak minta tuliskan doa-doa yang dia dapat masa dia tunaikan umrah bulan Mei lepas, dalam Bahasa Arab. Dia nak kongsikan tips tersebut dengan kawan-kawan mak dia. Suka sangat dia bila aku bagi doa2 yang dah siap tu. Banyaklah dia bagi aku dengan kawan-kawan aku tips doa ni. Terharu sebab lawyer ni sporting sesangat. Bila dia bercerita pengalaman dia pergi umrah, buat aku rasa rindu pada tanah haram. Bergenang air mata ni teringat akan kenangan di tanah suci sana. Entah bila lagi aku boleh pergi ke sana lagi?
Lawyer ni berkongsi takirah yang dia dapat di tanah haram iaitu mengenai amalan dalam bulan Rejab, kalau orang Arab, dalam bulan inilah mereka akan menunaikan solat sunat taubat siang dan malam dengan rakaat yang banyak berbanding orang Melayu yang berpuasa 30 hari berturut-turut…Berbeza kan? Ustaz yang memberi tazkirah tersebut cakap dalam bulan Rejab lah Allah akan mengampunkan semua dosa hamba-hambanya. Jadi, perbanyakkan amalan-amalan taubat kita.
Itu sajalah yang aku nak kongsikan hari ini.
Maghrib ni masuk 15 Syaaban bermakna malam nisfu syaaban. Perbanyakkan amalan dan semoga dosa-dosa kita yang lalu diampunkan.







nawaitu shawmaghadin an ada’i nisfun syaban esok kan kan kan adila kan..hehehhe
maza recently posted..Wordless Wednesday: Stealth
teringat dulu masa first time buat puasa rejab 30 hari berturut-turut. banyak betul dugaannya..tahun ni, nampak gayanya tak dapat la..asyik masuk hutan aje kerjanya..
titan recently posted..Piala AFC bukan milik Ainan Tasneem..
Dua-dua amalan yang berpahala insya-Allah.
Sama-sama kita menanggung rindu ke tanah suci lagi.
muhammad fakhruddin recently posted..Biblioholisme, Sakit Yang Bukan Penyakit
Lily belum beroleh peluang nak ke sana. Alhamdulillah, sempat juga meraikan Nisfu Syaaban dengan bacaan Yasin 3 kali bersama keluarga. Meriah sekali acaranya dengan kehadiran tetamu tangga kejiranan di Raub. Alhamdulillah.
LilyNrman recently posted..Komitmen Baru di Soon-To-Be Kota Metropolitan
bulan rejab dan syaaban adalah bulan pemanasan badan untuk bertarung dengan nafsu dibulan ramadhan. bagus kalau amalan-amalan ni dapat ditingkatkan dalam bulan ramadhan
Nazri recently posted..Claim Kena Gigit Semut RM700
Tepat sekali Nazri..terima kasih atas peringatan tersebut..
Komen awk masuknspam bru perasan n approve..huhu