Maafkan aku jika tajuk ini agak menyentuh sensiviti kenjantinaan. Lama sudah aku ingin mengeluarkan pandangan yang tersimpan dalam benak sanubari ini tetapi masa sering mencemburui aku dan saat ini, aku meluangkan masa sebentar untuk mengarang. Mengapa aku katakan beza wanita dulu dan kini adalah pada tuala wanita? Kerana, semakin berkembangnya kemajuan dalam dunia ini, maka semakin advance seorang wanita memakaikan sesuatu pada badan mereka tanpa memikirkan kesan jangka masa panjangnya khususnya berkenaan tuala wanita yang menjadi sesuatu yang wajib di saat berdepan dengan period.
Jika kita kembali kepada zaman dahulu, ibu-ibu kita, semasa masih muda, nenek dan moyang wanita kita tidak kenal akan tuala wanita yang semakin rancak di pasaran kerana mereka hanyalah memakai tuala “good morning”, tuala mandi yang dikoyak kecil dan kain batik sebagai alas. Aku yang mengetahui fakta agung ini pada mulanya juga tergelak kerana agak mustahil untuk berbuat begitu. Tetapi setelah aku menekuni akan hikmah di sebalik sesuatu itu, lihatlah ibu-ibu kita, nenek dan keturunan di atas sana, mereka terhindar daripada penyakit berbahaya kerana tidak memakai bahan kimia ketika datang bulan dan mereka melahirkan ramai zuriat buat penyambung ummat di atas muka ini!
Mungkin sukar untuk diterima dengan kenyataan ini, selain penyakit berbahaya, ramai wanita sekarang susah mendapat zuariat juga kerana tuala wanita. Begitu hebatkah tuala wanita moden ini sehingga berjaya memandulkan seorang wanita? Ya, lihatlah betapa ramainya wanita yang mengadu di blog dan website yang berkaitan sakit puan, penjualan herba dan banyak lagi kerana gagal memberi zuriat kepada sebuah keluarga yang dibina. Sedih? Memang sedih!!
Cara Pemprosesan Tuala Wanita

Sebenarnya, tuala wanita yang ada di pasaran, bukanlah 100% kapas.Ia diperbuat dari serbuk kayu pulpa.Tuala wanita diperbuat daripada serbuk kayu pulpa yang dilembutkan dan diputihkan melalui proses pelunturan dengan bahan peluntur berklorin yang menghasilkan bahan kimia iaitu Dioksin. Apabila telah lembut, lapisan inilah yang dijadikan tuala wanita pakai-buang yang telah digunakan oleh wanita di seluruh dunia pada tahun 1970. Berapa ramai wanita yang sedar bahawa tuala wanita diperbuat daripada gentian/serbuk pulpa kayu yang diputihkan dengan bleaching?
Bleaching adalah asid peluntur yang biasa digunakan semasa mencuci pakaian atau lantai rumah. Asid ini apabila di lekatkan pada kulit seperti difaraj, ianya akan menyerap masuk ke dalam sel-sel tubuh badan dan lama kelamaan akan terkumpul dan boleh memudaratkan rahim.
Beberapa hasil ujian yang dilakukan di negara barat membuktikan terdapat bahan toksid dalam tuala wanita biasa. Persatuan Pengguna Pulau Pinang juga pernah mendedahkan bahaya tuala wanita yang biasa kepada kaum wanita. Selain dari takungan darah yang menjadi punca pembiakan bakteria, kandungan dalam tuala wanita tersebut sendiri mendedahkan wanita kepada risiko penyakit yang digeruni tanpa disedari.
Rata-rata wanita fikir semua tuala wanita diperbuat daripada kapas asli kerana ia berwarna putih. Jika anda sering menonton TV & terperasan iklan mengenai tuala wanita, cuba perhatikan tulisan `permukaannya seperti kapas asli’ yang membawa maksud ianya bukan dibuat dari 100% kapas asli. Kandungan dioksin / toksik yang tertinggal dalam tuala wanita biasa boleh meresap masuk ke dalam tubuh si pemakainya dan kemudian tersimpan dan terkumpul di dalam sel lemak badan. Ini boleh menimbulkan kerosakan/penyakit yang serius dan membawa maut. Pengguna berhadapan dengan risiko lemah sistem imuniti, radang pelvik, kurang subur serta ia turut menjejaskan perkembangan dan kesihatan janin dalam kandungan.
Tuala wanita biasa yang berasaskan pulpa kayu juga mengandungi bakteria. Hasil ujian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendapati jumlah bakteria amat tinggi sehingga 10 kali ganda lebih dari piawaian antarabangsa dan boleh membawa kepada jangkitan faraj. Info dari Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan statistik wanita di Malaysia yang menghidapi masalah dalaman seperti barah rahim, endometriosis, ketumbuhan, fibroid dll semakin meningkat.
Walaupun penyelidikan yang telah dibuat tidak dapat betul-betul membuktikan sejauh mana tahap bahaya dioksin dalam tuala wanita, tetapi banyak kajian yang mendapati memang terdapat dioksin dalam tuala wanita dan menyokong supaya penggunaan tuala wanita diperbuat daripada pulpa kayu dielakkan dan menggantikannya dengan tuala wanita daripada kapas asli.
Nak tahu lagi? Berapa ramai wanita yang sebenarnya tertipu (termasuk akulah ni) dengan jenama tuala wanita yang kononnya superbrand sedangkan mana-mana syarikat tuala wanita mengambil bekalan tersebut dari gedung pemprosesan yang sama dan mula mem’patern’kan tuala wanita mengikut patern masing-masing. Dah siap dipatern, dipasar dan dijual kepada pengguna dan pengguna seawal umur 10 tahun telah memakai tuala wanita ini tanpa menyedari kesan dan ancaman toksin yang akan dihadapi padd masa hadapan.
Jika kita memakainya pasti terdedah kepada ancaman tersebut.Bayangkan bila usia menginjak 10 tahun sudah mula memakai tuala wanita yang bertoksin. Bahan-bahan kimia yang digunakan mula menyerap masuk dalam salur peranakan yang amat sensitif (sebagaimana habuk tisu masuk dlm rongga hidung). Bila usia 30 tahun, kita dah mengunakan tuala wanita bertoksin selama 20 tahun. Keadaan ini yg menyebabkan masalah bau, lendir putih/kuning dan bermacam-macam lagi.
Berjela aku membebel kali ini kerana ingin berkongsi rasa dan kesedaran dengan kaum wanita di luar sana. Akhir-akhir ini aku pun dah bertukar kepada tuala wanita yang tidak berkimia. Banyak sudah di pasaran seperti Avail, Susen, Bluemoon. Kalau syarikat tu tipu, kita jumpa di akhirat lah ok. Oh ye,hati-hati juga ketika membeli tuala wanita kerana terdapat makhluk lain yang hidup dalam tuala tersebut jika sudah lama dipackagingkan tapi tak terjual.
Selamat Menjalani Kehidupan Baru!









Hmm.. rupanya begitu. Yang tuala wanita herba tu leh caya ke?
Shahiran recently posted..KHAL Tamar Plus Penyembuh Penyakit
insyaAllah boleh..sbb dah establish..stkt ni yg sy percaya hanyalah avail tu je..yg lain x pnh try
http://www.availbeauty.com
saya lagi pula,semua brand tuala wanita x pernah cuba.
salam 1 malaysia..kalian jgn risua tentng produk avail..cz produk avail bksan..tiada bahan berkimia..ia selamt digunakan..AVIAL SELAMT DIGUNAKA..WANITA SIHAT..KALIAN SIHAT..”ADA VISI ALLAH IZIN LALUANNYA”..AVAIL NO.1…
thnx for the info
Welcome M
takutnye bila tau benda sebenar…
cik ada recently posted..Kem Kami Anak Malaysia
ini baru sikit cik ada..blum dlm kosmetik yg kita pkai hari2 tu..makanan yg kta mkn hari2..
waaa adilah bru tau..eeee nape la xtau sblm ni..bhyenye utk pmpn..ain ad dengar pantiliners je yg boleh dpt jangkitan..avail ad jual kt kdai biase x?
ain,tp kajian yg sy buat ni x berasas pun..huhu..tuala wanita bknlah faktor utama kmandulan..
avail ada jual di mana-mana kedai kosmetik..atau herba2..kedai biasa kalau maksudkan kedai runcit mmg xde..
mntx share ehh….sy akan link kn ke web ney
thaq recently posted..- all da best -
oo..ok..sila2..tq
terima kasih berkongsi info…wife saya ada juga jual tuala wanita yang boleh dibasuh dan tanpa gunakan bahan kimia boleh refer kat link ni…maaf yer bukan nak promote cuma untuk berkongsi
http://zigieshop.blogspot.com/p/menstrual-pad-panty-liner.html
salam..
alamak!!
ada ulat la..
bahaya..berpenyakit
tapi rasanya sifat
“asid” wanita mampu
membunuh ulat tu kan?
zulkbo recently posted..C-I-N-T-A Suri Cahaya Cinta
sifat asid wanita? maksudnya apa tu bro..hehe..xtaulah sifat asid tu bleh bunuh ke x tp kalo ridsect mmg ulat tu mati trus
nasib baik orang lelaki
tak de masalah bergini..
bersyukur di lahirkan
seorang lelaki..alhamdulillah
zulkbo recently posted..C-I-N-T-A Suri Cahaya Cinta
alhamdulillah..dua2 jantina ada klebihan mereka sendiri..cuma pempuan ni byk mslahnya..haha
Assalamualaikum…
Allah tu maha adil… tiada bezanya jantina lelaki dan wanita.. Masing-masing dianugerahkan kelebihan dan kelemahan… tak penting bagaimana penghidupan kita di dunia yang penting bagaimana keadaan kita waktu mati dan berapa banyak timbangan amalan di akhirat… Wanita lebih mudah untuk menjejak kaki ke syurga lebih2 lagi wanita yang dah berkahwin…
waalaikumussalam..terima kasih atas komen saudara/i yg sgt bermakna..
teringat ada seorang sahabat lelaki menjual tuala wanita avail.
student recently posted..Ranking pasukan bola sepak Malaysia
kawan yg berani tu.bkn senang nak jumpa lelaki jual tuala wanita..huhu
memang betul bukan tuala wanita je diapers anak tu pun ..hukss…
Penipuan isu dioxin (bukan DIOKSIN!) pula. Ada ke gas dioxin boleh terlepas daripada proses pemeluapan daripada pad wanita yang ada darah tu? Biar betul? “Ini berbeza sama sekali dengan bio sanitary pads yang mana mempunyai formulasi khas…. bla bla bla”. Dah sasau ke apa? Apa kaitan nya ni? Mana ada la pulak gas dioxin boleh masuk rahim, pegi fallopian tube dan masuk ovari? (Kita akan bincang isu dioxin dengan lebih lanjut selepas ini).
Dan lagi… website promosi Avail ini ada meletakkan keratan muka-depan Utusan Pengguna bertarikh Julai 2002… 2002? Ini zaman tok kadok ni, macam-macam sudah berlaku dalam masa 8 tahun. Tapi, tak apa… saya terima. Apa sebenarnya kata Utusan Pengguna dalam keratan itu? Penulis mengatakan bahawa terdapat bahaya toksin dalam pad pakai-buang dan gambar di kanan menyarankan pemakaian pad kain kapas alternatif pakai-semula. Pad pakai-semula la beb! Avail FC Biosanitary Pad adalah pad pakai-buang!!! Apa hal nya neh? Promosi tak kena gaya betul.
opps.. tumpang lalu sambil tangan kanan dijatuhkan ke lantai dan badan dibongkokan… seketika itu juga membaca dgn pejamkan mata.. hehehe
psst; wah banyak betul minat kat ‘perempuan’ ya.. dari lelaki sampai ke binatang sekecil bakteria.. heheheh
maza recently posted..Penerbitan buku foto oleh Maza & company
apalah rupanya tu cik Maza bca sambil pejam mata..xpe2..haha
wanita kan makhluk yg indah mmg ramai suka smpai cik Maza pun dah bwk kuar borang pendaftaran kan?
tuala wanita susah nak percaya.
bukan semua iklan pada janji iklan.
Ali ridha recently posted..Urusan dipermudah kerana rajin solat
Yang duk kutuk pad avail ni org lelaki..diaorang bukan pakai pon..yg tanggung sakit kita kaum wanita..mmg ms sy pakai pad biasa dulu mcm² penyakit sy dapat..lps tukar pd pad avail alhamdulillah dah tak sakit lagi..semua kuasa Allah tp kita kenalah berusaha..
Rina AVAIL a.k.a cik betty recently posted..Tidak Suka MLM Tapi Memilih Produk MLM Untuk Berniaga
http://aididmuaddib.blogspot.com/search/label/Avail%20Beauty
LEBIH LANJUT
Di atas adalah contoh pertama kenyataan (senang cerita, cakap aje penipuan) yang tidak boleh di terima oleh akal yang analatikal, dan yang waras. Kanser serviks atau kanser pintu rahim adalah sejenis kanser yang tiada kaitan sama sekali dengan penggunaan tuala wanita. Biar pun tuala wanita daripada kotex, stayfree, libresse dan apa jenama sekali pun… atau pun ianya pula boleh dihindari dengan pemakaian pad berasaskan kapas seperti Avail FC Biosanitary pad. IT IS JUST PLAIN RIDICULOUS AND STUPID! Kanser serviks adalah satu kanser disebabkan oleh jangkitan kronik Human Papilloma Virus dan tidak lain daripada itu. Kalau tak mahu kena kanser serviks, jangan buat seks. Itu saja. Tapi yang lebih praktikal, jangan buat seks rambang dan jangan buat dengan banyak pasangan… baik yang lelaki atau yang wanita. HPV berjangkit melalui hubungan seks.
terpulang nak percaya ke tak…boleh google lg ttg bahaya tuala wanita
aku pkai anion-love moon
Assalam,
Itu ke ceritanya…hmm..biasa skrang pakai pentiliner..huhu…tiap2 hari plak tuh..
Nozi recently posted..Tips Pemakaian Premium Beautiful
betul tu adele…tuala wanita sekarang ni sangat bahaya…patutla ummi tak bagi adik perempuan saya guna tuala wanita selain kain yang ummi beli khas untuk adik…
mungkin ini sebabnya…
SyafzMagz recently posted..15 Koleksi Wallpaper HD Yang Cantik
bgus ummi awk jga kbaikan utk anak perempuan..tp masih rmai yg memperlekehkan perkara ni..
salam.. info yg sgt berguna.. mohon share~
missz recently posted..AIS!!!!! kesan minum minuman berais selepas makan
…terdapat makhluk lain yang hidup dalam tuala tersebut jika sudah lama dipackagingkan tapi tak terjual.
Kalau di China dulu jumpa ulat (masih hidup). & biasa dgr tentang Toxin Shock Syndrome? X terhad kepada tampons saje…
mmg benar kanser servik adalah dari virus HPV mmg bukan dari pad dsb. Tapi penggunaan pad yang dibuat dari kertas recycle terdedah kpd ancaman2 lain walaupun bukan kanser tetapi penyakit2 lain.
ciksembang recently posted..Selamat ke tuala wanita yang kita pakai selalu
OMG !!!
Saya juga bakal menjadi seorang doktor!!!!
Betul ke nih?
Macam tak caya..sebab asal period aje since darjah 5 terus pakai PAd..
wow, i’ve been wearing it for more than 10 years….
Ini kena siasat betul-betul nih.
Habis tu, panty liner pun sam ala kan?
Sebab tu, gel tu orang kata elok sebagai pengganti?
Hurm…
tahniah hawa bakal menjadi seorang doktor!
mungkin hawa boleh buat kajian mengenai tuala wanita kita hari ni..sy pun bukanlah pakar sgt pun..
tp cuba refer kpd link ni, sedikit sbnyk membantu
http://www.ciksembang.com/selamat-ke-tuala-wanita-yang-kita-pakai-selalu/
share sikit ea artikel nih!
Siti Hawa Khairuddin recently posted..Epi bday Malik!!!!
silakan2..
tolong jawabannya bagi kawan-kawan yang tahu.
fikihnya pembalut wanita di cuci dulu atau langsung di buang.
bagaimana hukum.
islam itu indah,mementingkan kebersihan..kalu kite buang tnpa cuci adakah kite mengikut ape yang diajar oleh islam atau pon tidak?
pikir-pikir kan lah.
Thanks for sharing this nice blog.it is really interesting blog.so,thanks again.
Artikel yang penuh manfaat, semoga terus berkreasi
busana muslim recently posted..Baju Muslim Anak Refanes–Angel
terima kasih
ingat kotex jer ada.. muehehe…
lazaac recently posted..Jom Ke Perjumpaan Komuniti Envato 2012 Di Kuala Lumpur
nice artikel… kudos utk pencipta tuala wanita yg selamat tu. FYI, p’cipta tuala wanita jenama Avail ialah seorg lelaki ! sy pun baru dpt tahu…
Ummi Hanie recently posted..Update dari gajet impian
aduhh seramnya baca artikel nie…slalu guna kotex je…tak tahu ler kotex tu ada bahan kimia ke tak….
Cik Honney recently posted..Koktel Semangka
semua tuala wanita yg berada di pasaran pastinya terkandung bahan kimia..yang paling selamat ialah menggunakan cloth pad. try google, cantik, menarik dan selamat utk digunakan!
Orait..thanks..
Cik Honney recently posted..Koktel Semangka
yang herba tu macam mana?
Oh! budu recently posted..tips hilangkan jerawat dan parut
kAK!! Menjerit baca entri ni dgn kawan!!
Tahu dah tuala wanita tu bertoksin, cuma tak tahu sedalam fakta ni.
OMG!!!!!
Lepas ni kena guna tuala Good Morning tu mungkin lebih bagus. Teruk betul. Pembikinnya tak bertanggungjawab.
LilyNrman recently posted..Blog/ Web Design with Readability
seram bila baca artikel ni.. minta dijauhkan perkara-perkara sebagini. sentiasa berdoa minta perlindungan dariNya. terima kasih kerana sudi berkongsi info ini. lama tidak baca majalah CAP.
donnyien recently posted..Keputusan Liga Perdana Inggeris EPL 27 Oktober 2012
Sebab tu skarang dah ade clothpads and cloth pantiliners. Siap boleh basuh dan pakai ulang2. Lagi jimat dan selamat
saya ingin share kepada kaum hawa yang ingin selamat kan mahkota yang amat bernilai…sesiapa yang pernah dengar produk tuala
insyallah saya
wanita lexee yang amat terkenal sekarang 100% kapas.untuk maklumat lanjut boleh hubungi ayu 0194082833
akan bantu kaum sesama kita..megapa perlu buang duit sedangkan banyak masaalah yang akan timbul di kemudian hari..harga untuk
tuala wanita lexee hanya RM15.00 (PENJAGAAN WAKTU SIANG + PEJAGAAN WAKTU MALAM) UNTUK MAKLUMAT DETAIL BOLEH LAYARI
lexeetualawanita.blogspot.com.