Assalamu’alaikum
Apa yang istimewanya belajar di Institut Pengajian Tinggi Awam ialah cuti semesternya yang berbulan-bulan. Paling lama setakat ni yang pernah aku harungi, selama 3 bulan. Sem kali ni 2 bulan je tapi dengan jadual waktu yang sangat padat dengan praktikal, tak bolehlah aku nak bersenang lenang sangat. Entah bila lah aku boleh bercuti dalam erti kata ‘cuti’ yang sebenarnya.
Esok aku akan mula berpraktikal di Tetuan Elida, Imran and Partners. Persiapan fizikal dan mental pun tak seberapa lagi. Masih letih akibat daripada minggu peperiksaan.
Dan seperti biasa, bila dah cuti, bolehlah aku cuba-cuba resipi baru kek yang aku godek di blog orang. Dalam masa terdekat ni aku nak buat kek batik yang sempurna rupa dan Oreo Cheesecake. Kek batik tu aku tahu buat sejak form 3 tapi selalu je rupa cacat. Lepas ni aku nak buat yang sempurna. Nanti aku update
Malam ni abang kesayangan aku nak belanja Tutti Frutti. Bestnyaaa. Rugi betul sape yang tak suka makhluk sedap ni.
Sekian






wah…dah start cuti yer…adalah sikit mase utk update lebih byk…hehe
tutti frutti? mmg rugi kalau sape tak suke…sekali makan, aduyai…teringat saje…hahaha (baru balik belanja anak isteri tutti frutti jugak..hehe)
p.s, rindu pulak zaman cuti lama2 dulu…
p.s lagi, selamat berpraktikal…iyeahh!
hafizmd recently posted..Akhir Euro 2012:Italy Benam Spain?
Pingback: Amri Yahyah vs Mario Balotelli | EarnCent.com
tutti-tutti tu tak sedap. cendol lagi sedap.
titan recently posted..Amri Yahyah vs Mario Balotelli
Serius belum pernah makan “Tutti Frutti”..
samdaddycool recently posted..Contest Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati
Eloklah memahirkan kemahiran maklumlah tempoh hari kata tidak sabar hendak membina mahligai indah kerana terlalu lama belajar.
akubiomed recently posted..Baby Aslah bermain arnab comel di Floria Putrajaya 2012
minta ckit leh..?
Seronoknya dapat cuti. Kirim sikit resepi baru tu
muhammad fakhruddin recently posted..Biblioholisme, Sakit Yang Bukan Penyakit
Selamt bercuti adele. Mesti lega kan slps bertungkus lumus dgn study dan exam.
Mesti byk plan ni utk mghadapi 2 bulan yg indah..hehe.
Selamat praktikal dan mkn tutty fruty
Mekar recently posted..Header Baru