Majalah Perancis Pula Hina Nabi

PENDUDUK Islam Pakistan berarak menuju bangunan konsulat Amerika di Karachi membantah filem anti-Islam, kelmarin. Polis antirusuhan menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan tunjuk perasaan itu. – AFP

PARIS 19 Sept. – Selepas filem yang menghina Nabi Muhammad SAW diterbitkan di Amerika Syarikat, kini sebuah majalah satira di Perancis, pula menerbitkan kartun yang memaparkan Nabi Muhammad dalam keadaan bogel.

Penerbitan karikatur itu dijangka memburukkan lagi ketegangan selepas tercetus demonstrasi ganas di seluruh dunia ekoran penyiaran filem anti-Islam, Innocence of Muslims, yang dihasilkan di Amerika Syarikat (AS).

Muka depan majalah Charlie Hebdo itu menggambarkan seorang penganut Islam berkerusi roda ditolak oleh seorang Yahudi Ortodok di bawah tajuk ‘Intouchables 2′.

Ia merujuk kepada filem Perancis yang berkisar tentang seorang lelaki kulit hitam yang menolong seorang golongan bangsawan yang lumpuh.

Satu lagi kartun yang dipaparkan pada muka belakang majalah mingguan itu pula menunjukkan kartun yang menggambarkan Nabi Muhammad dalam keadaan bogel yang hanya berserban.

Ia mendedahkan bahagian punggung Nabi Muhammad kepada seorang pengarah filem, adegan yang diilhamkan daripada sebuah filem pada 1963 yang dibintangi aktres terkenal Perancis, Brigitte Bardot.

Laman web Charlie Hebdo hari ini tidak boleh dilayari selepas dihujani dengan komen-komen kemarahan terhadap penyiaran gambar itu.

Majalah itu sebelum ini terkenal dalam menerbitkan isu-isu kontroversi berkaitan Islam.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Perancis, Jean-Marc Ayrault berkata, orang ramai yang tersinggung dengan penyiaran kartun berkenaan boleh membawa perkara itu ke mahkamah selepas beliau menyatakan ‘rasa tidak setuju terhadap perbuatan berlebih-lebihan tersebut’.

Bagaimanapun, beliau menegaskan Perancis tetap mengamalkan kebebasan bersuara.
”Kita berada di sebuah negara yang mana kebebasan bersuara adalah dijamin termasuk kebebasan untuk membuat karikatur.

”Kalau ada rakyat yang tersinggung dengan kepercayaan mereka dan berfikir terdapat pelanggaran undang-undang, mereka boleh membawa perkara itu ke mahkamah,” katanya kepada radio RTL.

Sementara itu, Menteri Luar Perancis, Laurent Fabius pula berkata, negara ini telah meningkatkan keselamatan di kedutaannya di negara-negara yang mungkin mencetuskan kemarahan dengan penerbitan karikatur itu. – AFP

About adele

Penulis merupakan pelajar sepenuh masa yang sangat aktif dan cergas. Mula berblogging sejak tahun 2007. Sentiasa memandang kehidupan ini sebagai medan untuk mengutip pengalaman dan untuk dikongsikan buat mereka yang menghargainya. Sama-samalah kita mencipta kenangan dan mengejar impian.
This entry was posted in Agama dan Pedoman, Info dan Artikel and tagged . Bookmark the permalink.

6 Responses to Majalah Perancis Pula Hina Nabi

  1. akubiomedNo Gravatar says:

    Nampak pihak barat sengaja mengapi-apikan kemarahan umat islam.
    akubiomed recently posted..Gempar Aaron Aziz langgar tiang

  2. mazaNo Gravatar says:

    maza berharap dan berdoa, jangan ada Muslimin yg mati udah ler kat negara Islam sendiri..
    naik ngerilah fulaks..
    maza recently posted..Kejar-mengejar Ambulan

  3. MekarNo Gravatar says:

    Diaorg ni tak de sensitiviti langsung
    Mekar recently posted..Hijaukan Halaman Rumah

  4. titanNo Gravatar says:

    cari pasal nampaknya diorang nih..
    titan recently posted..Berpoya-poya di Sarawak.

  5. wah, jangan menghina… orang yang menghina pasti celaka
    jelly gamat luxor recently posted..Cara Pemesanan Spirulina Pacifica

  6. LilyNrmanNo Gravatar says:

    sis, we cannot shut people’s mouth, insulting our prophet sebab perkara yang sama telah berlaku LAMA zaman ada Rasulullah dulu. Apa yang boleh kita buat ialah berkongsikan kebenaran secara istiqamah sbb mereka adalah orang2 yang tidak mencari kebenaran.
    LilyNrman recently posted..My Blogging Mistake

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge