Mana Sensitiviti Artis di Tanah Suci Mekah?

Aku bukanlah manusia yang sempurna untuk melahirkan pandangan sebegini tetapi setiap manusia berhak untuk melahirkan pandangankan? Aku punya pandangan sendiri dan aku ada hak untuk melahirkan ketidakpuasan hati.

Manusia bersusah payah mengumpul duit beribu-ribu untuk menunaikan ibadah umrah dan haji di Tanah Haram tetapi artis dengan mudahnya dapat ke sana untuk melakukan maksiat.

Aku bukanlah penonton drama Melayu yang tegar tapi disebabkan aku cuti semester lama hari tu, aku tertengok drama Kau Yang Terindah di TV3 sambil-sambil nak tunggu masuk waktu berbuka. Adalah dalam 7,8 episod aku tengok lepas tu aku dah tak tengok dah. Hari ni aku terbaca kontroversi yang melanda menerusi drama arahan Erma Fatima ni.

Bila tengok scene yang dibuat di hadapan Kaabah ni, tak ada ruh langsung. Menangislah di depan kaabah tu takkan terkesan pun di hati aku sebabnya semua lakonan semata-mata. Siap boleh pegang tangan padahal bukan mahram pun, dalam rumah Masjidil Haram pulak tu. Tak hormat langsung kesucian Tanah Haram tu.

Apa nak jadi lah artis-artis kat Malaysia ni, cerita tak ada lah berkualiti mana pun, bayar duit nak pergi Tanah Haram mahal-mahal tapi buat maksiat kat sana, berlakon, berposing-posing tak tentu pasal. Kadang-kadang ada baiknya juga kamera dilarang bawa masuk ke dalam Masjidil Haram disebabkan manusia macam ni lah yang akan menyalahgunakan kemudahan untuk kepentingan peribadi dan duit untuk poket diorang. Semua langgar apa pun tak boleh.

Semoga perfileman di Malaysia ni dapat ditingkatkan kualiti dan sensitivitinya terhadap agama. Apa salahnya buat drama tanpa scene yang dilarang agama kan?

p/s: Tengok Abang Patrick Jane dalam The Mentalist dah tentu-tentu dapat kebaikan 100 kali ganda daripada drama melayu!

About adele

Penulis merupakan pelajar sepenuh masa yang sangat aktif dan cergas. Mula berblogging sejak tahun 2007. Sentiasa memandang kehidupan ini sebagai medan untuk mengutip pengalaman dan untuk dikongsikan buat mereka yang menghargainya. Sama-samalah kita mencipta kenangan dan mengejar impian.
This entry was posted in Agama dan Pedoman, Bicara Hati, Info dan Artikel and tagged , . Bookmark the permalink.

21 Responses to Mana Sensitiviti Artis di Tanah Suci Mekah?

  1. daddydeeNo Gravatar says:

    Memang menda tak patut buat…Itu yang sedih…

    Konon nak masukkan elemen islam tapi lupa halal haram….hurmmmm
    daddydee recently posted..Ikutlah Keperluan Semasa

  2. akubiomedNo Gravatar says:

    Melakukan perkara yang mengundang fitnah menyusahkan. Lebih baik dari awal jangan melakukan perbuatan tersebut. Setuju tak Adele?
    akubiomed recently posted..Misteri penyelongkar sampah terungkai

  3. padinNo Gravatar says:

    emm tulah banyak juga dah diperkatakan hal2 berkaitan dalam filem/drama tempatan
    tu pasal aku tak minat tgk drama/filem..
    aku lebih suka tengok bola dengan Nat Geo wild, :smile:
    padin recently posted..Saat Bersama Siri

  4. Bukan muhrim perpegang tangan di depan kaabah.. Memang perbuatan yang tidak sepatutnya berlaku.
    Hazmin Hamudin recently posted..Blog Aku Sangat Bosan

  5. tehrNo Gravatar says:

    tak tengok drama ni
    jadi mereka buat penggambaran dalam masjid la ya?
    tehr recently posted..Gajah Depan Mata

  6. mazaNo Gravatar says:

    ada kebenaran yg Cik Adele perkatakan itu..

    usahlah buat perkara2 tak senonoh di masjidl haram.. aderkkk!
    maza recently posted..Hilang

  7. AdilaNo Gravatar says:

    Xtgk cite ni
    Tp ishhh biar btul diorg ni
    Adila recently posted..Paris: Disneyland Paris

  8. titanNo Gravatar says:

    marah nampaknya ye..
    titan recently posted..Malam ini, gua terasa dihargai.

  9. NazimanNo Gravatar says:

    Filem malaysia sekarang dah banyak buat tak senonoh tapi boleh lepas di panggung. Contoh filem 3GP, mungkin dorang ada niat sendiri tapi niat tidak menghalalkan cara. Walaupun niat pun dah dapat pahala. Ada juga yang sedar. Kadang-kadang orang tengok cerita begini, cakap sweet ja.
    Naziman recently posted..Review jana pendapatan melalui adf.ly

  10. LilyNrmanNo Gravatar says:

    adoi…selamba rock jer pegang tangan? sudah tidak ada sensitiviti langsung! lily berpendapat pengarah filem sekarang perlu lebih kreatif bila menganjurkan cerita2 yang melibatkan konflik cinta. mereka harus melihat karya habiburrahman al heizy dalam ketika cinta bertasbih. sudah berkahwin pun, tapi masih tak menyentuh kerana terlalu berpegang kepada agama. kagum betul. sebenarnya kan kak, bahasa badan pun dah cukup. sentuh2 ni tak payah lah.. dua orang lelaki perempuan masuk kamar pun dah faham dah nak buat apa. tak perlu obvious sgt kan? kreatif! islam is beautiful meh..
    LilyNrman recently posted..Biadap #1: Parkir Kereta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge