Menanggung Rindu

Assalamu’alaikum

Dua tiga hari ni, aku pergi office, lawyer aku cerita pasal dia pergi umrah. Seronok tau dengar orang pergi umrah ni sebab aku tahu perasaan tu macamana. Hari ni aku masuk office, ada pulak gambar Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di ruang legar tu, lama aku tenung gambar tu, jiwa melayang ke sana. Oh, indahnya perasaan tu hanya Allah saja yang tahu. Perasaan ni tertarik-tarik kerana terlalu rindu. Hanya mampu berdoa agar aku diberi peluang untuk menjadi tetamuNya lagi…..

Video kat bawah ni malam terakhir aku berada di Masjidil Haram. Lama aku bertenggek di tepi tu menatap kaabah yang dijanjikan 20 rahmat jika memandangnya sahaja. Merakamkan memori Maghrib dan Isyak aku yang terakhir di Masjid yang mulia dan suci ini. Ramainya manusia kan? Kalau korang tengok video ni, ada orang ramai lalu depan kamera ni tu sebenarnya mereka sedang bertawaf. Tawaf boleh juga dibuat di tingkat atas bukan berdekatan kaabah tu saja. Asalkan lengkap 1 pusingan maka itupun dikira tawaf.

 

 

Aku harap sangat-sangat agar satu hari nanti aku boleh menjejakkan lagi kaki ke sana. Sangat-sangat berharap sebab aku terlalu rindu. Dan aku pelik kenapa ada segolongan manusia ni yang suka mempersoalkan orang lain yang pergi umrah banyak-banyak kali padahal kalau dia tu melancong merata satu dunia tu ada orang nak kisah? Pergi sana sini seluruh pelusuk dunia tapi Tanah Suci Haramain tak pernah pulak masuk senarai untuk pergi? Nampak tak sebenarnya Allah masih belum nak menjemput dia ke sana dan lebih baik berdoa agar Allah sudi menjadikan kamu sebagai tetamu di sana. Sekian :)

About adele

Penulis merupakan pelajar sepenuh masa yang sangat aktif dan cergas. Mula berblogging sejak tahun 2007. Sentiasa memandang kehidupan ini sebagai medan untuk mengutip pengalaman dan untuk dikongsikan buat mereka yang menghargainya. Sama-samalah kita mencipta kenangan dan mengejar impian.
This entry was posted in Agama dan Pedoman, Bicara Hati, Haramain, Info dan Artikel and tagged , . Bookmark the permalink.

17 Responses to Menanggung Rindu

  1. Bro ZulkboNo Gravatar says:

    salam..
    insyaallah..
    dengan izin-Nya
    akan kesana jua nanti :)
    Bro Zulkbo recently posted..Lubang Misteri Yang Terus Misteri Dan Terbaru Di Lebuhraya China

  2. insan biasaNo Gravatar says:

    tanah suci yang cukup melapangkan hati…
    insan biasa recently posted..Pizza Hut Smart Lunch: Dari RM8.90

  3. LilyNrmanNo Gravatar says:

    Azan di sana kedengaran begitu merdu dan syahdu sekali. Sayu pulak Lily dengar. :sad: :sad:

    Semua orang fokus nak menunaikan ibadah sahaja kan? Cantik betul rekaan-rekaan di sana.
    LilyNrman recently posted..Komitmen Baru di Soon-To-Be Kota Metropolitan

  4. akubiomedNo Gravatar says:

    Ada rezeki nanti dengan bakal suami pula.
    akubiomed recently posted..Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati bukan level AkuBiomed

  5. Sama-sama kita menanggung rindu tanah suci-Nya. Pada penantian ada seninya.
    muhammad fakhruddin recently posted..Pengakuan Perempuan Nan Bercinta

  6. tehrNo Gravatar says:

    moga2 aku juga diberikan Tuhan rasa rindu ini
    amin
    tehr recently posted..Pantun Baju Kotak

  7. nizamghaziNo Gravatar says:

    Indah sungguh suasana di sana. Suara azannya sungguh merdu dan menenangkan. Wajah adele juga sunguh bersih dan bercahaya. Kita adalah sangat jauh berbeda dari segi pendekatan agama. Mungkin one day saya akan ke sana :cry:
    nizamghazi recently posted..Paranoid Web Administrator : Dari Comment Spam, Wifi Hacking Sehingga ke Korean Drama – Apakah Yang Saya Buat On Weekend?

  8. MekarNo Gravatar says:

    Tak pernah pegi sana lagi. InsyaAllah ada rezeki pasti sampai ke sana juga :-)
    Mekar recently posted..Jangan Tanya Mereka ….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge