Radix Koko HPA Berganda Lazatnya Berbanding Minuman Koko Lain

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Ukhwah..

radix koko HPA Baru-baru ini, saya berborak dengan classmate mengenai isu kesihatan dan makanan kesihatan yang tercetus daripada susu kambing saya itu. Seronok berbual begini kerana dapat bertukar-tukar pendapat. Entah macamana saya boleh bertanya mereka, pernah minum radix koko tak? Mereka semua terpana tidak ketahuan akan kewujudan radis koko produk dari HPA tersebut. Alangkah ruginya bagi mereka yang tidak pernah merasakan kenikmatan, kelazatan dan kelemakan radix koko ini. Sangat mengujakan dan berkhasiat! Pasti masih ramai di luar sana yang masih tidak tahu akan kewujudan radix koko yang tidak seperti kopi radix terkenalnya di seluruh pelusuk Malaysia, maka dengan ini saya ingin memperkenalkan produk ini kepada kalian :D

Jika dulu saya sukakan minuman Milo anda jadi sihat dan kuat, tetapi tidak lagi pada masa kini kerana radix koko sudah berjaya menawan tekak saya. Mungkin kerana radix koko yang telah dimasukan ekstrak tunas barli yang mula bercambah menyebabkan lemaknya memang mengancam. Kalau anda pernah melihat taugeh daripada kacang hijau tentu anda akan faham tentang tunas yang baru bercambah pada biji barli. Oleh sebab itu rasanya bagitu lemak dan berkhasiat. Koko memang terkenal untuk afrodisiak namun bagitu Radix koko HPA ekstrak barli mempunyai kesan serat yang tinggi untuk berfungsi sebagai pelawas dan koko sendiri boleh mendatangkan ketenangan pada penggunanya.

radix koko papan

Radix koko boleh didapati di setiap cawangan HPA berdekatan di kawasan anda:

Paket 1kg
Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 22
Sabah & Sarawak: RM 26
Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 18
Sabah & Sarawak: RM 22

Paket Segera
Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 20
Sabah & Sarawak: RM24
Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 16
Sabah & Sarawak: RM20

Radix Koko Papan
Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 23
Sabah & Sarawak: RM 25
Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 19
Sabah & Sarawak: RM 21

About adele

Penulis merupakan pelajar sepenuh masa yang sangat aktif dan cergas. Mula berblogging sejak tahun 2007. Sentiasa memandang kehidupan ini sebagai medan untuk mengutip pengalaman dan untuk dikongsikan buat mereka yang menghargainya. Sama-samalah kita mencipta kenangan dan mengejar impian.
This entry was posted in Info dan Artikel, Kesihatan dan Kecantikan and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

44 Responses to Radix Koko HPA Berganda Lazatnya Berbanding Minuman Koko Lain

  1. puanbeeNo Gravatar says:

    haruslah pernah rasa , ahli HPA mesti dah merasa..dulu ank2 bee minum milo skrg radix koko..

  2. FDNo Gravatar says:

    kak dilah sedikit kurang maju..
    sy tanam je koko kat rumah.. then bila dah cukup matang, sy perah sendiri.. hasil perahan itu, sy campurkan dengan air solat hajat… tak hairanlah pemikiran saya cepat matang dari orang lain … :P

    **not for sale
    FD recently posted..Applikasi Penetapan Gred SPM

  3. zulkboNo Gravatar says:

    Salam Cik Adele..
    ermmm..bila nak
    belanja saya secawan nih
    :D
    zulkbo recently posted..Menakutkan Dan Sedih Rumah Hanyut Hingga Ke Lautan Pasifik Akibat Tsunami Jepun 11-Mac-2011

  4. zulkboNo Gravatar says:

    Saya ni ketagihan kopi
    semua jenis kopi..
    selalu ada stock kopi
    DXN je..
    zulkbo recently posted..Menakutkan Dan Sedih Rumah Hanyut Hingga Ke Lautan Pasifik Akibat Tsunami Jepun 11-Mac-2011

  5. akubiomedNo Gravatar says:

    Anatara produk HPA yang saya guna adalah garam bukit sebab ia baik untuk kesihatan berbanding garam hasil sejatan air laut
    akubiomed recently posted..Mari bermain Light Painting @ Light Graffiti

  6. izaNo Gravatar says:

    As salam…
    Ruginya org yg tak minum minuman manis ni kan. Asyik minum air masak je, rasa puas…
    Di rumah ada kopi, teh, nescafe tp hubby kak iza je yg minum selain utk tetamu…
    InsyaAllah, nanti nak cuba la…
    iza recently posted..Contest Anjung Streamyx

    • adeleNo Gravatar says:

      Salam kak Iza..
      tu la kak Iza..akk kena cuba minum manis2 ni..
      sumber tenaga..lagi2 yg berkhasiat..
      nnt baby pun sihat tau ;-)

  7. zikNo Gravatar says:

    saya mesti pilih!!.. belum try… takda demo2 punya.. ker… nak kasi tertimonial.. huhu
    zik recently posted..Perniagaan yang mengalami inovasi- bagaimana

  8. JaliNo Gravatar says:

    Kalau pergi kedai makanan segera air segelas harganya lebih kurang RM2 begitu la.

    Lebih baik bawa satu sachet serbuk air minuman macam radix atau lain-lain, lepas tu minta air suam. Jimat! :)
    Jali recently posted..Beberapa Fakta Berkaitan Gempa Bumi Yang Menyebabkan Tsunami di Jepun

  9. decrewzNo Gravatar says:

    Eh, baru ke ni?
    decrewz recently posted..Kesan Gempa Bumi Di Jepun

  10. suriNo Gravatar says:

    salam sayang..
    teringin nak makan ayam RFC HPA tu..eh betul ke ejaan tu heee..

    • adeleNo Gravatar says:

      salam sayang juga buat kak suri..

      kat melaka kan ada kak suri? di Mydin besar tu..org melaka tak cuba lg mmg pelik ni :D

  11. mazaNo Gravatar says:

    wah! harus terjah ke kedai HPA kat kawasa rumah ni.. hehehe

    psst: dah jadi ejen ke? Meh ler sign dgn maza, ahaks!

    *nyorok dlm kemalu-maluan.. ihik!.
    maza recently posted..Pondok Kecil di Tepian Pantai Jepun

    • adeleNo Gravatar says:

      ahaha..terjah..jgn tak terjah..rugi tu..

      dah lama jd ejen..cuma aktif tak aktif je..

      msa bru sign je bsemangat :D

  12. iraheheNo Gravatar says:

    betul..ira selalu minum air koko hpa neh. bagi pendapat ira, koko hpa lagi sedap dari milo.dia macam ada ummphh. rasa macam berkrim lebih kot. entah, tak reti nak explain.
    irahehe recently posted..Smartphone dan juga Ipad PERCUMA! RM 0

    • adeleNo Gravatar says:

      time kasih bg testimoni Ira..btul ckp Ira,mmg susah nak explain..bila kena kat lidah tu,aduhlah..mmg sedap sgtlah! :D

  13. hafizmdNo Gravatar says:

    Nampaknya…salah salah seorang yg termasuk dalam manusia yg belum@jarang sekali minum kopi radix…

    Sebabnya mmg kurang minum kopi, tapi kalau dah kata sedap…nk juga merasa…hehe…
    hafizmd recently posted..Percayakah anda pada kad super ajaib ini

  14. tehrNo Gravatar says:

    saya juga antara yang belum pernah try radix koko ni
    teringin pulak rasanya :D
    tehr recently posted..Negeriku Tercinta

  15. MDHAFiZ.NETNo Gravatar says:

    sokonglah produk tempatan…hehehe…

    • adeleNo Gravatar says:

      mmg kena sokong..kdg2 produk malaysia tu sendiri bgus tp dsbbkan mentaliti masyarakat kita, produk luar jd pilihan..

  16. mekarNo Gravatar says:

    Salam dele, Tak pernah tahu pula ada koko radix. kalu kopi radix tu selalu la sbb Abah ku suka minum. Sy selalu minum MILO dan susu Anlene jer. bila2 blk kg nanti nk cuba la sbb Abah ku jd ahlinya & suka mcuba minuman keluaran hpa ni.
    mekar recently posted..Ubat yang paling Mujarab

  17. JuanNo Gravatar says:

    kalau macam tu, nanti saya nak pi makan, nak tengok kat kedai ader x radix koko, saya nak try

  18. WeenaNo Gravatar says:

    Skrg dah xde lg ke radix koko? Kat mana ada jual? Nilai, shah alam xde stok. Sedihnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge