Rutin Hidup Yang Memboringkan

Assalamu’alaikum

Dah hampir 3 minggu aku berlatihan industri. Apa yang boleh aku simpulkan, alam pekerjaan ni memang meletihkan. Tapi kalau dapat jadi conveyancing lawyer memang ohsem sebab setiap hari kau buat surat dan agreement yang melibatkan puluhan dan ribuan ringgit. Jadi komisyen pun mestilah masyuk jugak kan. Tapi aku rasa aku taknak lah jadi peguam sivil, setakat peguam syariah untuk membela nasib-nasib wanita di luar sana ok lagi sebab aku punya ketahanan mental dan fizikal pun belum mantap lagi.

Setiap pagi aku masuk ofis pukul 8.30, fail bertimbun-timbun dah tersedia atas meja untuk aku tutup akaun antara firm dan client. Lepas tu kejap lagi lawyer panggil suruh buat surat kepada client katanya nak uji tahap penulisan. Aku pun buatlah surat. Lepastu nanti kakak staff pulak bagi kerja suruh buat resit, buat surat dan berbagai lagi. Biasalah tu kan student praktikal, kalau tak dibuli memang tak sah tapi aku suka sebab melalui proses pembulian ni lah aku tahu macam-macam. Terima kasih semua.

Dan yang paling penting, sebelum jadi lawyer apa-apa sekalipun, kena kawin dulu lepas habis degree kerana kelak kau akan menyesal. Kalau tak kawin lepas degree, peluang untuk berkahwin tu macam samar-samar sebab sepanjang 6 tahun aku dalam bidang undang-undang ni, kebanyakan lawyer perempuan ni ramai yang tak kawin. Kalau dah kawin tu kebanyakannya anak diorang dah besar menunjukkan yang diorang berkahwin betul-betul selepas degree ataupun time belajar. Sekian :D

About adele

Penulis merupakan pelajar sepenuh masa yang sangat aktif dan cergas. Mula berblogging sejak tahun 2007. Sentiasa memandang kehidupan ini sebagai medan untuk mengutip pengalaman dan untuk dikongsikan buat mereka yang menghargainya. Sama-samalah kita mencipta kenangan dan mengejar impian.
This entry was posted in Bicara Hati, Info dan Artikel and tagged . Bookmark the permalink.

5 Responses to Rutin Hidup Yang Memboringkan

  1. akubiomedNo Gravatar says:

    Nampak gaya kena cari jodoh cepat-cepat. :?:

  2. titanNo Gravatar says:

    hemm..gi kahwin cepat-cepat..
    titan recently posted..Laptop gua masuk hospital lagi..

  3. LilyNrmanNo Gravatar says:

    baguslah. Kalau kita sentiasa positif, perkara dibuli itu akan beri banyak lesson kepada kita dalam kehidupan. chill saja.

    Senang2 kahwin ngan abang saya je laa. Abang kiter doktor… nak? Oopss??!! HAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHA
    LilyNrman recently posted..Ramadhan di Hometown – with Baby & Popo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge