Salam Eidulfitri dan Semoga Dia Insaf

Assalamu’alaikum

Selamat Hari Raya buat semua, maaf zahir dan batin. Lama sungguh aku tak update blog tetapi tak bermakna aku sudah bersara dari dunia blogging. Cuma terlalu sibuk dengan urusan harian sehingga tidak mengizinkan untuk aku membebel di sini.

Di kesempatan yang ada, Salam Eidulfitri diucapkan buat semua pembaca. Semoga sentiasa dirahmati dan diberkati selalu.

Oh ya, malam tadi masa aku bangun nak solat isyak, aku terima satu komen yang amat dahsyat, seorang pembaca yang mengutuk junjungan besar Nabi Muhammad Sallahu ‘Alaihi Wassalam di hari kemenangan yang suci. Apa yang aku mampu buat hanyalah berdoa agar pemberi komen ini insaf dan bertaubatlah sementara dunia masih belum berakhir. Dalamilah sirah Baginda agar terbit rasa cinta di hati, timbul rasa ikhlas untuk mengamalkan sunnahnya. Tak guna aku nak bertekak layan manusia yang ego dan tak sedar diri macam ni kan. Pada aku, jika dia seorang Islam, pastinya dia seorang yang sakit mental sehingga sanggup menghina dan mencerca penghulu nabi kita Muhammad Sallahu ‘Alaihi Wasallam.

Salam Lebaran buat semua :)

About adele

Penulis merupakan pelajar sepenuh masa yang sangat aktif dan cergas. Mula berblogging sejak tahun 2007. Sentiasa memandang kehidupan ini sebagai medan untuk mengutip pengalaman dan untuk dikongsikan buat mereka yang menghargainya. Sama-samalah kita mencipta kenangan dan mengejar impian.
This entry was posted in Info dan Artikel. Bookmark the permalink.

9 Responses to Salam Eidulfitri dan Semoga Dia Insaf

  1. titanNo Gravatar says:

    kalau dia Islam, dia takkan fikir dan tulis macam tu. atau mungkin dia masih JAHIL. tapi kalau dia kafir..aku harap terbuka hatinya untuk peluk Islam. Kalau dia cantek, leh la jadi bini nombor 4 aku nanti. haha..

  2. padinNo Gravatar says:

    hehe toksah di layan sangat orang macam tu, berkawan dgn org pandai kita pon dapat pandai, gitulah sebaliknya…

  3. akubiomedNo Gravatar says:

    Susah juga mengunakan akal semata-mata sebab itu ada panduan Al Quran dan Hadis supaya manusia tidak tersesat.

  4. FadzmieNo Gravatar says:

    Haha. Dia ni nak buat isu time raya macam ni, memang tak patut lah. Semoga dibukakan pintu hatinya untuk terima kebenaran. Amin.

    Oh ya. Selamat Hari Raya! :cool:
    Fadzmie recently posted..Selamat Hari Raya 1433H

  5. samdaddycoolNo Gravatar says:

    Kalu dia Islam, moga bertaubat..

    Selamat Hari Raya, maaf zahir batin
    samdaddycool recently posted..Takbir Raya bidaah

  6. Bro ZulkboNo Gravatar says:

    Ermm..semoga Allah membuka
    pintu hatinya untuk bertaubat…

    Selamat Hari Raya Aidil Fitri
    Maaf zahir dan batin….
    Taqabalallahu minna wa minkum…

  7. JuanNo Gravatar says:

    benda ni bagi saya xda hal punya, sebab dia x tau kenapa nabi buat itu dan ini, dia hanya nampak pada teksnya sahaja, dia x nmpk conteksnya apa.

    Contoh, dalam quran menunjukkan islam perang. Dia (pengomen) nmpk islam tu ganas sebab perang dan beliau hanya nmpk teks nya sahaja, sedangkan dari segi conteks nabi berperang ada banyak sebab salah satu nabi perang sebab “diperang”. Islam terlalu di publish seolah perang sentiasa sedangkan org kafir yg perang islam lagi teruk perbuatan mereka terhadap org awam, ini mereka x nmpk
    Juan recently posted..Salam Raya dari Admin wanwidget.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge