Hampir 5 bulan sudah aku pakai retainer. Tahu tak retainer itu apa? Retainer itu ialah besi yang dipakai selepas braces dicabut untuk mengukuhkan kedudukan gigi. Walaupun gigi sudah teratur tak bermakna gigi kita berada dalam keadaan yang kukuh dan akan kekal cantik sampai bila-bila bahkan bila braces sudah dicabut, gigi cenderung untuk bergerak semula disebabkan faktor-faktor seperti memakan benda keras, gigi bongsu yang mula keluar dan berbagai lagi. Eh, bunyi macam doktor gigi je kan? Dulu cita-cita aku memang nak jadi dentist pun tapi SPM teruk, terpaksalah ambil undang-undang je. Itupun undang-undang cikai je.
Nasihat aku buat mereka yang memakai braces, nanti dah pakai retainer, silalah konsisten! Sebab memakai retainer boleh membantu gigi kita untuk terus tersusun sampai bila-bila. Walaupun tempoh 6 bulan memakai retainer sudah lepas, amalkan memakai retainer setiap malam ketika tidur sebabnya kalau lipas gigit gigi kita nanti, terus tak cantik. Tak ada kaitan pun kan?
Ini adalah struktur gigi aku sebelum memakai braces. Gigi aku tak berlapis cuma ruang yang terhad menyebabkan gigi tidak terusun.
6 bulan selepas itu, pergerakan gigi semakin jelas ketara. Setiap bulan dengan rajinnya aku pergi appointment untuk hasil gigi yang cantik. Dan gambar di bawah ini, gambar selepas sebulan braces dicabut! Sangat menakjubkan.
Kepada siapa harus berterima kasih? Kepada ayah aku kerana dengan jasa beliaulah impian aku ini tercapai.
Semoga dengan tulisan yang tidak seberapa ini dapat memberikan semangat buat mereka yang masih teragak-agak untuk memakai braces. Bayaran yang mahal pasti takkan membuat anda kecewa. Aku bersedia menjawab persoalan di benak kalian sebaik mungkin. Terima kasih







Yup, lepas menjalani terapi, memang gigi nampak tersusun sempurna
dan berikan senyuman lebih menawan
padin recently posted..Blues 80 – 90′an (Part 2)
Yang bersepah tu pun
ada tarikannya Bro
Bro Zulkbo recently posted..Filem Innocence Of Muslims Yang Menghina Nabi VS Filem The Message
amboi2..elok2 ckit ayat tu..bersepah tu sensitif tau
yup, masih ada tarikan..
padin recently posted..Hidup Yang Singkat
Mcm nak tp isshhhh mahal!!
Nak kena cabut lg isshhh~
My sis buat tp skrg gigi dah lari balik eventho dia pakai retainer
Adila recently posted..Lego: Olympic GB & Series 8
Salam..
kalau saya suka yang lama tu
ori dan natural..cute gitu
Bro Zulkbo recently posted..Filem Innocence Of Muslims Yang Menghina Nabi VS Filem The Message
Gigi pun sudah tersusun dan senyuman terukir menawan. Tiada lagi gadis bergigi besi.
hoho..dah tak sepah-sepah dahh..nampak dah taring dia..tajam menyilau
titan recently posted..Gadis comel dan tali-temali.
ko mmg jahat.haha
bukan dulu ko kata aku lelaki paling baik kah?
titan recently posted..Malam ini, gua terasa dihargai.
masa bila?oh..sungguh perasan!
wah, bagus nih
Juan recently posted..Sebab dan Punca Utama Saya Menulis di Blog
wah, bagus nih
Juan recently posted..Sebab dan Punca Utama Saya Menulis di Blog
Selalunya gigi bersepah ni suara sedap bila menyanyi.. Hehe
Hazmin Hamudin recently posted..Wordless Wednesday | Di Gigit Gajah
owh..patulah..
bleh taw x brape btg gigi yg anda kena cbut before pkai braces?? sbb gg sy lebih kurg mcm gg anda before pkai braces
yadam recently posted..Dugaan di hari Interview
sy kena cbut 4 batang gigi..standard utk yg nak pakai braces
owh ok thanz..
yadam recently posted..Dugaan di hari Interview
welcome yadam
Assalamualaikum..nak tanya. Awak pakai sebulan je ke braces? Ada ke orang pakai braces dalam masa sebulan? kalau gigi jarang kat tengah, agak2 berapa lama kena pakai ye?
Miss NR recently posted..ERTI PERSAHABATAN