Assalamu’alaikum
Perperiksaan Sudah Tamat
Alhamdulillah…syukur sangat-sangat akhirnya peperiksaan akhir aku bagi tahun 4 tamat juga seperti yang diimpikan. Sebenarnya aku berangan je, sebab esok ada 1 paper lagi. Sepatutnya dah habis hari ini tapi disebabkan ada masalah teknikal untuk subjek Rundingcara dan Sulh, subjek ini terpaksa ditangguh ke petang esok pukul 3. Sepatutnya lagi, subjek ini jumaat lepas, tapi terpaksa diberhentikan masa tengah-tengah jawab exam baru 50 minit, aku dah tulis 4 mukasurat disebabkan keyakinan yang melampau dan meluap-luap. Sangat sadis bila ketua pengawas umumkan bahawa peperiksaan bagi subjek Rundingcara dan Sulh dibatalkan serta merta. Kiranya kejap lagi aku refresh semula apa yang aku dah hafal khamis lepas. hewhew
Pingpong
Bercakap mengenai sukan kegemaran aku ini, sabtu dan ahad ini akan diakan UNITEN Table Tennis Tournament di Dewan Seri Sarjana, UNITEN. Macam biasa lah, team aku pasti tidak ketinggalan untuk menyertai sukan pingpong yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat hari ini (skema). Kalau Kejohanan Pingpong IPT 2012 hari tu aku mampu ke semi final, maka tak mustahil jika sejarah itu berulang kembalikan? Tapi open tournament ni bukanlah target aku. Target aku ialah MASUM pada bulan Julai nanti yang bakal diadakan di UTHM Johor. Harap-harap bolehlah ke final untuk menambahkan koleksi medal aku. hekhekhek. Sweet derr gambar medal aku kat atas tu.
Latihan Industri
Kalau tahun lepas aku praktikal di firma guaman syarie dan mahkamah syariah, Isnin ni bermulalah pengalaman baru aku dalam bidang sivil pulak. Firma guaman sivil dan mahkamah sivil yang aku pilih semuanya di Bangi. Dekat dengan rumah, dekat dengan tempat yang boleh aku jalan-jalan. Boleh balik rumah kakak aku kalau malas balik Semenyih. Boleh balik rumah abang aku yang ada Tutti Frutti di situ. Arggghhhh. Best sangat. Tapi tetap tak boleh melawan keenakan bila berada di dalam bilik aku sendiri di Semenyih. Home Sweet Home kan.
Itu sajalah yang aku nak kongsikan. Dah habis semua nanti bolehlah aku blogging kencang-kencang. Sekian






study dulu. baru leh main lepas tu.
titan recently posted..Portugal kalah la pulakk..
tau ler..
Wahhhhh banyaknya pingat! Jelesnya. Hehe Zida pun dulu main PingPong gak kat sekolah tapi tak pernah jadi wakil, wakil rumah sukan je. Ni kat university ni pun, kalau diorang tak buat, memang takkan main sampai bebila dah kot (maklum la kat Mesir, orang Arab mana main sangat pingpong ni) hehe
Zida recently posted..The New Era of Misr, Allahu Yubarik!
kalau kat sekolah dulu pingpong mmg jadi sukan kegemaran perempuan sbb sopan kan..yg lain2 mcm ganas sikit
yeker tak ganas??
titan recently posted..Amri Yahyah vs Mario Balotelli
salam..
Tutti Frutti baru buka kat KLCC..
meh..nak belanja makan..nak berapa OZ?
Bro Zulkbo recently posted..Tanggungjawab Bapa Menunaikan Hak Anak
salam..yeke?huhu..
dia kira ikut gram kan..biasa sy
amik 250 gm..huhu..
Kalau saya stress tiba-tiba peperiksaan dihentikan serta-merta kecuali akan diberikan markah percuma.
akubiomed recently posted..Mr Bean sudah buka di Malaysia yang pertama
siapa tak suka markah percuma kan?
wah mesti terer bab undang2 ni
nnt klo ada musykil blh tanya
tak adalah terer..tp dah belajar bidang ni kena tahu jugalah undang2 ni
perkh dapat msuk semi masum… mantapnye…
insan biasa recently posted..Man in the mirror
takdelah mantap mana..rezeki tu ada..huhu
Saya percaya Study + main dapat mencergaskan badan. Nak nak ada competition untuk bidang permainan yang kita expert, (saya love tenis), seronokkkkkkkkkkk! Paling best, dapat first place. Pastu bley tayang kat kawan2. hahah
LilyNrman recently posted..Scent of Love Hingga Ke Nadi
kalau dapat medal tak adalah malu sgt kan..nnt kawan ckp kuat main tp takde hasil.hahaha
terus bersemangat selamanya
kami sokong dari jauh je
tehr recently posted..AFC U-22 | Malaysia vs Vietnam
insyaAllah selagi hayat dikandung badan
UNITEN? – University saya dulu tu.
Banyaknya medal. Erm. rasa macam nak fight dengan adele pun ada
Saya suka main pingpong, tapikan gaya orang main pingpong agak kelakar.
Goodluck adele.
nizamghazi recently posted..Time Management : Waktu Pun Terus Berlari – Untuk Dirimu Yang Sangat Bijaksana
eh..macamna tgh buat exam tiba2 boleh batal ya. kronik juga masalah tu. nasib baik tak penah kena.
Betul dele, bila dok bilik/rumah sendiri, walau kecik namun puas hati..heh
Mekar recently posted..Header Baru