Assalamu’alaikum
Daripada kita sibuk-sibuk post kat FB pasal valentine sesaja, lebih baik baca novel Islamik ni. Kisah perbandingan agama antara Islam dan Kristian yang dapat membuka mata korang semua tentang hakikat dua agama ni. Sebenarnya novel ni tak ada kaitan pun dengan valentine tu. Tapi valentine tu ada kaitan dengan Isabella.hehe. Tak faham? Cari sendiri.
Novel ini merupakan kisah benar seorang gadis Kristian bernama Isabella, seorang puteri Ketua Pendeta tersohor di Cordova,sebuah kota nan indah dan bersejarah di Sepanyol.
Beliau mempelajari agama Kristian secara mendalam dan tekun, mencuba untuk mencari kebenaran doktrin Kristian dengan mengkaji prinsip-prinsip dasar Kristian. Suatu ketika,beliau meragui dengan ajaran Kristian itu sendiri.
Tatkala kebenaran terbentang di hadapannya, beliau mula meninggalkan agamanya dan meraih Islam sebagai agama baru. Beliau dengan berani dan gigih menghadapi tentangan serta siksaan dari ayah, guru, serta umat Kristian di Cordova.
Kisah Isabella telah menjadi lagenda dalam sejarah Islam dan Kristian. Kegigihan dalam menggenggam keyakinan telah menjadi inspirasi jutaan perempuan di berbagai belahan bumi. Sementara bagi para akademik dan teologi, kisah Isabella tidak pernah kering dikaji untuk mempelajari perbandingan agama.
Novel ini merupakan sebuah karya yang sangat bermanfaat,dikemas dalam sebuah kisah yang menarik, menjelaskan perbandingan keyakinan Islam dan Kristian. Satu lagi karya klasik yang akan memberikan pencerahan pada kita. Sebuah novel spiritual yang menyentuh hati.
Ada 2 versi, pilihlah bahasa mana yangn korang lebih fasih
12 Comments
akubiomed
on February 14, 2012 at 7:53 am.
Memang berdasarkan kisah benar ker?
akubiomed recently posted..Update ringkas: Baby Aslah masuk hospital
Adele
on February 14, 2012 at 8:45 am.
Yup bro
eiela
on February 14, 2012 at 12:31 pm.
pernah dengar pasal isabella nih, masa sekolah dulu. dia anak paderi tapi masuk islam.
maza
on February 14, 2012 at 2:37 pm.
alamak.. sekali novellah.. hehehe
hebat ni.. nanti maza buat ulangkaji ya
skrg ni maza sedang busy utk proses pendaftaran dan kelas pertama disessi persekolah masak-masak kelas ERT yg itew.. jhehehe
maza recently posted..Meraikan Cinta
bardboo
on February 14, 2012 at 5:15 pm.
insyaAllah akan dimasukkan dalam senarai yang akan dibaca..
bardboo recently posted..Jom Terjah Blog AkuBiomed [Blog Review]
Cyza
on February 14, 2012 at 5:15 pm.
Oh ada pulak kisah lain di sebalik ni. Ingatkan versi lain…Tapi yang ni versi lain pulak…
Cuma tak sempat nak baca novel tu la…kasih habis belajar dulu…
Cyza recently posted..iPhone 5 Review – I’m Blown Away by it’s Concept!
Dulu Lain Sekarang Lain
on February 15, 2012 at 1:32 am.
Novel ni dah lama ehhh.. Kawe baca masa time skul lagi. Hujung2 cerita mmg sedih sehingga lelaki macho ni hampir termena…. [sensor ckit]. Good read utk sapa2 yg suka hal2 berkaitan perbandingan agama.
Dulu Lain Sekarang Lain recently posted..Wajarkah Hamza Kashgari Di Hantar Pulang?
chii
on February 15, 2012 at 3:31 am.
hurm..nak baca skrg ni mmg x sempat la..xpe2..chii save..kalo sempat..leh baca kat umah nnt..
chii recently posted..Wordless Wednesday #17 – No Sharing
lazaac
on February 15, 2012 at 3:34 am.
isabella adalah…. muehehe, teringat lagu amy search kalo xsilap..
lazaac recently posted..Jom Ke Perjumpaan Komuniti Envato 2012 Di Kuala Lumpur
Juan
on February 15, 2012 at 7:04 am.
panjangnyer, nak baca rasanya lebih baik buku
Juan recently posted..Silent Hill 2006 Movie
puanbee
on February 15, 2012 at 7:07 am.
novel ye kena cari masa betul2 free baru boleh baca , apa pun lepas baca sinopsis memang rasa nak baca je novell ni ..
puanbee recently posted..Sebutkan Agar Mereka Tahu
suri
on February 15, 2012 at 7:15 am.
suri ada baca kisha ini tahun lepas tapi tka dapat baca sampai habis huhu…