Assalamu’alaikum
Aku kan tengah final sekarang. Adalah sebab tertentu yang membuatkan aku perlu pergi ke klinik. Sampai kat klinik panel, aku daftar nama. Tiba-tiba aku dengar ringtone seorang budak perempuan ni berbunyi dengan kuat dan bergema satu klinik.
DISKRIMINASI MENJATUHKAN AKU…BLA BLA BLA..
Bayangkan kerancakan lagu tu dan betapa gempaknya bunyi ringtone tersebut dalam klinik. Adalah beberapa orang dalam klinik tu. Tak ramai, termasuk aku yang tengah tension ni. Muka tegang je.
Selesai daftar,aku pun duduk. Tiba-tiba, handphone budak perempuan tu berbunyi lagi. Bingitnya laaah. Ahaai. Monolog dalaman aku terdetik begini “silentlah HP tu,inikan klinik….”
Selang beberapa minit, handphone budak perempuan tu berbunyi dengan bingitnya lagi.
Aku masih bersabar sambil membebel sendiri “inikan klinik…semua orang sakit dalam ni, macam tak manis pulak handphone tu berdering kuat macam tu“.
Aku dengar kawan budak perempuan tu suruh dia silentkan handphone.
Tiba-tiba, handphone budak tu berbunyi lagi. OKAAAAAAAY. Aku dah hilang sabar sangat dah ni. Dekat 6 kali dah berbunyi, aku yang dah bertukar jadi HULK ni pandang budak perempuan tu sambil berkata.
SILENTKAN HP TU BOLEH TAK??
Terus dia silentkan. Tahupun salah. Kadang-kadang budak mentah macam ni memang kena bagi sedas gitu. Macam tak reti-reti pulak hidup bermasyarakat, kenalah hormat dan jaga tingkah laku masing-masing jangan sampai orang jadi benci.
Walaupun peraturan meng’silent’kan handphone bukanlah termasuk dalam mana-mana akta untuk dikuatkuasakan tetapi ia merupakan tindakan moral bagi seseorang yang mempunyai perasaan prihatin terhadap satu sama lain. Semua undang-undang itu punyai moraliti tetapi bukan semua moraliti itu adalah undang-undang.
Moralnya ialah, sebagai manusia yang diberi akal fikiran, bermorallah bila kita berada dalam kalangan masyarakat yang kita ada. Walaupun nampak ringkas tapi sungguh impaknya sangat besar! SEKIAN.







ambik kau! best lah kakak! Mesti muka kakak hijau cam HULK je kan? Hahahha. Gurau2.
Adoi….boleh plak kat klinik tu ringtone tu punya sopan?! Saya paling geram bila orang tu lambat2 nak jawab telefon. Bukan nak jawab cepat2. Memang saja buat orang naik HULK!
Ada je kes macam ni berlaku, tapi nak bagi sedas macam kakak tak berani lak..sebab orang tu orang dewasa….kang saya pulak didasnya!
LilyNrman recently posted..Retro Vintage – Awak Terlalu Semporna
Cuba membayangkan
Cik Adilah jadi HULK
mesti dah tak cantik
kan
Bro Zulkbo recently posted..Iklan PTPTN Di Innity Dan Nuffnang
mestilah best dik..hik2.bukan setakat hijau muka malah hijau kehitaman.haha
kalau orang tua kenalah ubah cara sikit.perli2 ke. jgn bagi sedas, sbb nnt mmg dapat sedas pny.
salam..

marah nampak
sampai lupa letak tajuk entri
cian dia..moga sabar dan tabah
sabar kan separuh dari iman
Bro Zulkbo recently posted..Iklan PTPTN Di Innity Dan Nuffnang
salam..balik rmh tak marah dah..
time kejadian je marah..huhu..
tajuk dah letak,tenet plak ngeng masa publish..
bila publish kali kedua, tajuk hilang
aii..marah?
titan recently posted..Pemenang Cabaran SEO Lelaki Kacak 2012
ganas nyer sampai bertukar jadi HULK…
Tidak dapat bayangkan apabila Adele bertukar menjadi hulk habis klinik dimusnahkannya.:-)
akubiomed recently posted..No Posts Were Found!
saya setuju dengan tindakkan adele, memang patut, saya yg baca ni pon jadi tension ngan budak tuh
Juan recently posted..Car Loan Early Settlement Malaysia
hmm memang angin kalau ada yang camtu, bertambah sakit jadinya bila dengar bunyi hp yang kuat. prihatin la sikit agaknya.
eiela recently posted..Pengalaman Merentas Desa
wah, mana dapat gambar kucing tu!!
penyelamatdunia recently posted..Penyelamat Dunia – Thamil Arasu
Kalu senggugut yg guling2 kat rumah pun boleh buat hati kita panas… inikan tgh sakit sambil dok tengok kerenah org2 yg tak prihatin hidup bermasyarakat !
Good job adele
Mekar recently posted..Header Baru