Assalamualaikum W.B.T dan Salam Ukhwah..
Entri ini dibuat khas untuk kak Suri bagi menyahut cabarannya sempena menyambut ulangtahun blognya yang sudahpun setahun iaitu CAHAYACINTA.COM. Kepada yang berminat untuk menyertai contest ini bolehlah ke ULANGTAHUN CAHAYA CINTA.COM 30/12/2010.
Ketika membuat entri ini, jam menunjukkan pukul 4.21 a.m. Aku tersedar dari tidur untuk cek result malangnya websitenya down sekarang. Sangat menghampakan. Aku terlihat bro Akubiomed sudah pun membuat entri tentang cinta dan aku merasakan alangkah ruginya kalau aku tak buat jugak. Kak Suri, terima lah..
Pernahkah anda bercinta atau jatuh cinta atau jatuh hati dengan seseorang? Pastinya pernah bukan. Sudah menjadi lumrah alam seseorang itu mempunyai naluri, hati dan perasaan. Sifat kasih sayang…cinta…melihat…mendengar dan merasa betapa nikmatnya kurniaan yang dianugerahkan oleh Ilahi. Tapi…apa yang anda tahu tentang cinta. Adakah cinta itu semata-mata untuk keseronokan?
Ya…cinta dan perasaan kasih sayang yang wujud itu memang menyeronokkan. Setiap ciptaan Ilahi itu dijadikan berpasang-pasangan. Haiwan… jin… dan insan yang bergelar manusia. Suatu hakikat yang perlu diterima oleh setiap insan. Tiada siapa pun didunia ini mampu mengelak dari perasaan cinta. Kerana… Cinta… sungguh meluas… Mengapa kita perlu mengelak dari perasaan cinta dan kasih sayang sedangkan ia merupakan nikmat yang dikurniakan Ilahi. Mengapa kita tidak menggunakan nikmat kurniaan-Nya sebaik-baiknya. Tapi…kita harus ingat! Cinta yang lahir itu tidak boleh sesekali pun disalahgunakan. Mengapa kita harus menggunakan cinta untuk kepentingan diri sendiri. Sekadar untuk memuaskan nafsu sendiri… Keseronokan untuk diri sendiri… Bukankah cinta itu milik Ilahi. Fikirkanlah…
Pasti anda tertanya-tanya bukan? Dari mana datangnya cinta? Bila? …dan… Di mana? Cuba anda renung kembali… Cinta itu datangnya dari mata yang memerhati. Putera melihat Puteri… dan… hatinya mula tak menentu dan berdebar-debar bila berhadapan dengan Puteri idamannya dan hatinya akan mula mengungkapkan kata-kata indah “……. Indah namanya seperti wajah pemiliknya…lemah lembut…berbudi bahasa… Tak tenang diriku dibuatnya… Melihat perwatakannya…gerak-gerinya yang penuh dengan sifat kewanitaan…senda guraunya…tangis tawanya… Siapalah yang tak tertarik dengannya… Kalaulah dapat aku bertakhta di hatinya… Alangkah bahagianya… Namun… Mimpiku terlalu jauh. Aku sedar!! Aku terlalu jauh buat mereka…terlalu jauh…” Perasaan cinta yang lahir dari pandangan pertama itu kemudian turun ke hati… Alangkah nikmatya cinta yang dikurniakan Ilahi… “Hatiku telah dicuri oleh Puteri…adakah dia inginkan hatiku itu?” tanya Putera kepada hatinya yang ditinggalkan sekerat… Si Putera pun mulalah mengorak langkah untuk menawan hati Si Puteri… Tapi… Si Putera akan kecewa…kecewa…dan…kecewa bila cintanya tidak berbalas… Adakah Si Puteri sengaja memainkan perasaan Si Putera… Padahal … Si Puteri juga seperti Si Putera… Mempunyai naluri… hati… kasih sayang… dan… perasaan cinta. Hakikatnya Si Puteri juga menaruh harapan yang tinggi terhadap Si Putera… Cuma… Perasaan cinta itu disorokkan jauh di sudut hati… Supaya… Ia tidak diketahui… Tetapi mengapa perlu begitu… Salahkah… Salahkah… Salahkah wahai Puteri idamanku.
Syabas wahai Puteri… Kalian telah menang dengan menyimpan perasaan cinta anda jauh di sudut hati… Walaupun pada hakikatnya Puteri juga menaruh harapan yang tinggi terhadap Putera… Atau… ada di kalangan Puteri berani tampil dan mengaku yang dia tidak pernah jatuh cinta atau jatuh hati dengan Si Putera… Ya… memang ada… Tapi… itu hanyalah lafaz dari lidahnya… bukan dari hatinya… Puteri sememangnya ingin disayangi… disukai… Tapi… itulah hakikat sebenarnya… Biarkan… Biarkan… Biarkan wahai Puteriku… biarkan Putera dengan impiannya… biarlah Putera menjadi Punguk yang rindukan bulan… biarlah Putera dengan kisah-kisah cintanya… Tapi… Kenapa pula? Persoalan demi persoalan mula timbul. Memang salah wahai Putera… Apa yang salahnya? Bukankah bercinta itu tidak menjadi suatu kesalahan… Ya… memang bercinta dan berkasih sayang itu tidak menjadi suatu kesalahan… Tetapi… bukankah ia menjadi suatu kesalahan bila bercinta tidak kena pada tempatnya, bukan pada masanya. Bukankah pada usia remaja kita pelajaran itu wajib diutamakan… Atau… kita sudah lupa… alpa… Emak dan Ayah menghantar kita ke medan pelajaran untuk mengubah nasib keluarga yang sedia sederhana… Atau… cita-cita kita hanyalah untuk mengikut jejak langkah emak dan ayah kita yang hanya menjadi seorang penoreh getah… pekebun… Renungkanlah… Sedarlah wahai Putera… Bangunlah dari mimpi indahmu… Sedarlah… Masa takkan menunggu kamu seiring dengannya… Simpanlah cintamu sebagaimana Puteri menyimpan cintanya… Cukuplah sekadar kita suka akan Puteri… tapi… bukan untuk menaruh harapan yang tinggi terhadapnya.
Ingatlah!! Cinta itu datang dari Ilahi… Cinta itu milik-Nya yang hakiki… Dan… hanya Dia cinta yang mutlak… Cintailah Ilahi melebihi segala-galanya…. Bukankah kita milik-Nya… Cinta akan Rasul-Nya Muhammad s.a.w… kemudian… Emak dan Ayah kita… Sempurnakanlah impian Emak dan Ayah kita yang ingin melihat kejayaan anaknya… Dan… Bila tiba masanya… Sempurnakanlah cintamu…
Wahai Puteri idamanku… Hanya satu permintaanku… Terimalah Puteramu dengan seaadanya bila masanya sudah tiba… Terimalah Puteramu yang dapat membimbingmu ke jalan Ilahi… ke jalan kebenaran… Tetapi… ingatlah wahai Putera Puteriku… Ada apa dengan cinta? Jawablah seikhlas hatimu… Ilahi ada dengan cinta… Dan… CINTA itu hanya milik-Nya… Wallahua’lam…..
***Kak suri, untuk menjadi Top Commentor rasanya memang tak boleh..Kak Suri tau kan saya memang tak boleh nak komen dalam blog kak suri? Ini perkara yang paling menyedihkan sepanjang saya berblogging. Harap dapat selesaikan masalah ini kak suri..

60 Comments
suri
on December 29, 2010 at 12:33 am.
salam cinta..
menarik.. dah selam dalam2 setiap yang ada perlu dijaga agar rasa cinta tidak di balas dengan tingkahlaku sendiri.
Itulah yang tepat CINTA ILAHI cinta kekal abadi.
terima kasih kerana melibatkan diri dalam contes yang tidak seberapa ini
ya, itulah yang sering mejadi masalahnya sejak awal testing blog cc mmg ada masalah meninggalkan komen. Terima kasih atas makluman tersebut. Suri akan memperbaiki mana-mana bhgian yang lemah tu
adele
on December 29, 2010 at 12:56 am.
terima kasih kak kerana menjenguk..hehe
sy rsa mungkin mslh pada theme kut..
Ladfe Amir
on December 29, 2010 at 9:31 am.
langsung tak bleh tinggalkan komen ke?
adele
on December 29, 2010 at 11:41 am.
ye,mmg x bleh..kalo komen x kuar..spam pun x msuk..agknya nape ye bro?
adele recently posted..Jangan Bermain Mata!
akubiomed
on December 29, 2010 at 3:19 pm.
Cuba cari plugin spam lain seperti anti spambee. Yang Adele pakai ni pun dah okay cuma kena tick dekat box tu jer
akubiomed recently posted..Keputusan akhir kedua Piala Suzuki AFC
adele
on December 29, 2010 at 3:36 pm.
oo..gtu ye..tq bro
Pingback: SBY: Timnas Jangan Diganggu, Biarkan Ditangani Pelatih | Indonesia Search Engine
Pingback: Cahaya Cinta » Blog Archive » Update Penyertaan Ulangtahun CahayaCinta.Com
intankuterpilih
on December 29, 2010 at 1:36 am.
waduh2…sungguh menarik sekali… sungguh puitis ayat2mu itu…
p/s : anda telah ditag, sila jawab jgn nak ngelat ea…hehehe
intankuterpilih recently posted..Seharian Aku Mengerjakan
adele
on December 29, 2010 at 1:39 am.
aduh..kena tag lg..oklah,utk kak intan sy x kisah lah..haha
intankuterpilih
on December 29, 2010 at 2:00 am.
cuma yg blog-ayie tu tukar kepada intankuterpilih.com, kira mcm komen pasal blog akak la.. tu jerk…
intankuterpilih recently posted..Seharian Aku Mengerjakan
akubiomed
on December 29, 2010 at 3:20 pm.
Saya dah kena tag pun nanti saya cuba usaha sebaik mungkin tapi saya tak tag sampai 10 blogger ramai sangat
akubiomed recently posted..Keputusan akhir kedua Piala Suzuki AFC
adele
on December 29, 2010 at 3:41 pm.
sy rsa x tag org kot..sbb nnt mesti ulang2 je..hehe..sian kt satu blog kena buat byk review..hihi
ermafatiha
on December 29, 2010 at 1:52 am.
ehem3x
pabila cetusan hati berbicara tentang cinta……….
adele
on December 29, 2010 at 2:16 pm.
tu la erma.mcm pelikkan? eh,igtkan dah pergi jauh dah..
Anwar Osman
on December 29, 2010 at 2:46 am.
Lemah betul aku nak baca cerita cinta nie. Aku baca pun sekerat nie je “Pernahkah anda bercinta atau jatuh cinta atau jatuh” pastu terus scroll kebawah. Sorila adele. Jiwa aku x sampai la nak teruskan membaca entry nie.
(benda sama berlaku kat mana2 blog, sampaikan aku dah lama x singgah blog.ariff sebab dia asyik cerita pasal fida aishah je) Adakah hati aku mcm batu skrg nie?
Anwar Osman recently posted..Show Me Your Desktop Contest Last Call
adele
on December 29, 2010 at 3:33 am.
oh tidak..bro,jgnlah x singgah blog sy lagi..sy bknlah penjiwang tegar..xde lelaki yg perlu sy ceritakan di blog ini..kisah cinta pun jauh skali..ni nak masuk contest kak suri lah..huhu
xnak bca, p baca entri lain..
mmg hati batu kut..
Anwar Osman
on December 29, 2010 at 6:01 am.
Lepak la cik kak. Cuma jgn kerap2 sangat entry cinta nie, boleh buat aku mual. eh mual ???
Anwar Osman recently posted..Good Friends Are Always Close To The Hearts
Ladfe Amir
on December 29, 2010 at 9:32 am.
sesekali boleh baca kot.
tapi Tuan Blog cuma menghadirkan diri utk join contest.
Anwar Osman
on December 29, 2010 at 9:48 am.
xleh gak.. alergic plak tambah.
Anwar Osman recently posted..Good Friends Are Always Close To The Hearts
adele
on December 29, 2010 at 11:41 am.
mana ada byk kali..first time nih.
adele recently posted..Jangan Bermain Mata!
akubiomed
on December 29, 2010 at 3:54 am.
Aduhaii, sesak nafas membacanya kesian kedua-dua insan ini tidak dapat meluahkan perasaan masing-masing. Samalah masa dikolej kami hanya bahasa isyarat(bukan oku yer). Orang tua kata habis belajar dahulu lepas itu baru cari cinta.
Selepas belajar dan ada kerjaya ingatkan dapat apa yang dihajati rupanya bertepuk sebelah tangan atas alasan ‘I’m too good for her’
akubiomed recently posted..CINTA
adele
on December 29, 2010 at 3:57 am.
haha..cerita je ni bro..jgnlah sesak nafas btul2..susah nnt.yg dah ada skrg ckup baik utk bro kan
akubiomed
on December 29, 2010 at 4:02 am.
Ha..haa..malas nak layan feeling-feeling perkara dah lepas pun. Kalau sesak nafas dekat depan desktop ofis baca Adele punya entri pun tidak masalah sebab di ofis ada Emergency Respond Team(ERT) boleh bagi CPR
akubiomed recently posted..CINTA
adele
on December 29, 2010 at 4:04 am.
hahahaha..baguslah mcm tu..perkara dah lepas buat apa dikenang2 lg..apa yg penting masa skrg dan hdpan..boleh lah pasang alat tu sblum mmbaca
adele
on December 29, 2010 at 4:08 am.
eh..eh..alat apanya.nama pun team,mestilah manusia.sori2,slh fhm.biasalah,bkn bidang perubatan.hihi
Anwar Osman
on December 29, 2010 at 6:05 am.
Aku x baca pun dah sesak napas, kalau baca boleh K.O. Hati aku rapuh sangat, kisah2 cinta nie xleh baca. Bahya.
Anwar Osman recently posted..Good Friends Are Always Close To The Hearts
akubiomed
on December 29, 2010 at 6:26 am.
Boleh tahan juga jiwa sentimental. Teringat melihat gambar rambut paras bahu bro ala-ala penyanyi spoon
akubiomed recently posted..CINTA
Anwar Osman
on December 29, 2010 at 9:50 am.
yang nyanyi lagu rindu serindu rindunya ka? favourite aku tu lagu.. x tau pulak ada iras dia.(mmg jenis x amik bab betul ngan artis nie)
Patutla bini aku anti kalau aku nyanyi lagu tuh. Dia kata seram.(cewah belahak macho kat sini plak aku ni)
Anwar Osman recently posted..Good Friends Are Always Close To The Hearts
adele
on December 29, 2010 at 12:16 pm.
sy tau sbb apa..bila bca tentang cinta confirm nangis..haha.hati rapuhkan..u ni mcm AI lah.hahaha
iza
on December 29, 2010 at 7:58 am.
Salam….
Wah, cerita cinta…
Gud luck….
Pandai mengarang.
Kalau bab CINTA ni, bukan kata nak mengarang, nak membaca pun terasa malas.
iza recently posted..Antara Sains Moden Dan Ilmu Wahyu
adele
on December 29, 2010 at 12:17 pm.
salam..kak Iza malas ke..x pyh baca lah kak..baik akak baca buku yg bermanfaat
deCrewz
on December 29, 2010 at 8:14 am.
huhu.. Dcni cinta, dsana cinta.. Takut jugak kdg2 buatkan kisah pahit lama…
deCrewz recently posted..Shoutbox Sudah Tidak Relevan Lagi
Ladfe Amir
on December 29, 2010 at 10:40 am.
mengingatinya boleh bro..tapi jangan asyik terkenangkannya smp tertutup pintu hati. masih ramai lagi yg boleh dijadikan pasangan cinta. InsyaAllah
deCrewz
on December 29, 2010 at 10:53 am.
Insyaalah.. Apakata bercinta lepas kawin? Pendapat?
deCrewz recently posted..Shoutbox Sudah Tidak Relevan Lagi
adele
on December 29, 2010 at 2:14 pm.
cinta selepas berkahwin itulah terbaik..muktamad.huhu
adele
on December 29, 2010 at 12:19 pm.
ye betul ckp bro Amir..cinta kepada manusia bukanlah utama..just cheer up ur life ok..lupakan segala kisah silam
zulkbo
on December 29, 2010 at 9:18 am.
salam..
teringat lagu lama Shidee..
“rasa cinta..pasti ada..
pada makhluk yang bernyawa…”
zulkbo recently posted..Suzuki-Suzuki San-Suzuki Motor-Suzuki Cup 2010
zik
on December 30, 2010 at 9:14 am.
cinta itu gula2..hehe ada manisnya.dan kadang2 ada lah kurangnya..
zik recently posted..Cara Membuat Bunga dari Sedotan – Straw
zulkbo
on December 29, 2010 at 9:20 am.
anda memang pandai mengarang..
semoga di cintai dan mencintai..
cintakan suami pun dapat pahala
juga kan..?
zulkbo recently posted..Suzuki-Suzuki San-Suzuki Motor-Suzuki Cup 2010
adele
on December 29, 2010 at 12:20 pm.
cintakan suami semestinya dapat pahala berganda2
Anwar Osman
on December 29, 2010 at 9:52 am.
Salam singgah lagi sekali walaupun aku x baca entry nie tapi aku nak maklum gak yang aku dah masuk kali ke-4 bukak entry nie. Disamping tu nak mklumkan gak yang anda sekali lagi telah ditag untuk entry lain pulak. Hee hee.. jgn marah ha.
Anwar Osman recently posted..Good Friends Are Always Close To The Hearts
adele
on December 29, 2010 at 11:43 am.
eleh..sbnrnya dah hbs baca pun kan? ngaku je lah bro! kui3
adele recently posted..Jangan Bermain Mata!
Ladfe Amir
on December 29, 2010 at 10:31 am.
cinta adalah satu keperluan. tidak kira kepada sesiapa pun. Lebih2 lagi kepada Allah.
cinta pada Nabi saw
cinta pada ibu dan bapa
cinta pad pasangan hidup serta anak2
cinta kan garget
cintakan kerjaya dsb
adele
on December 29, 2010 at 12:21 pm.
nice words..tp bro, garget tu apa ye?
Ali ridha
on December 29, 2010 at 2:24 pm.
dari mata turun ke hati.
apabila selami hati…
pula hati dah busuk.
Ali ridha recently posted..PILIH THEME BLOG sw33tdarlingcom
adele
on December 29, 2010 at 2:25 pm.
busuk sbb nafsu.
Ali ridha
on December 29, 2010 at 2:35 pm.
sudah busuk tak kan kita nak.
manusia semua buat silap.
tapi orang melayu ni????
Ali ridha recently posted..PILIH THEME BLOG sw33tdarlingcom
adele
on December 29, 2010 at 2:44 pm.
kalau hati tu berubah dan bersih kembali, nape x boleh terima pulak..kdg2 hati yg bersih kemudian ni lbih baik drpd hati yg tak pernah dibersihkan.huhu
etomyam
on December 29, 2010 at 3:54 pm.
teringat pulak kat lagu cINTA XPDC.. hehehe, boleh layan jugak tu
etomyam recently posted..Malaysia Juara AFF Suzuki CUp 2010
adele
on December 29, 2010 at 3:56 pm.
ala,x layan lah lagu rock kapak ni..cr kt youtube jap lah
JejakaLombox
on December 29, 2010 at 6:25 pm.
Jejaka lombox tumpang lalu…
waduh-waduh.. tempat gue kalah 2-4 dong.. enggak ada masa mahu berchenta-chenta lagi dong..
zik
on December 30, 2010 at 9:30 am.
ya udah.. tak usah gusar2… bisa kita harus teruskan perjuangan ini.. tiba2 lak indon…
zik recently posted..Cara Membuat Bunga dari Sedotan – Straw
adele
on December 30, 2010 at 9:32 am.
ntah bro..kekalkan identiti ok..
Fahmi Raazali
on December 31, 2010 at 2:10 am.
cinta Manusia… seronok… tp jika dapat letakkan cinta kpd Allah kat tempat yg teratas… lagi bagus
Fahmi Raazali recently posted..Tips Belajar Saat Akhir-Last Minit
adele
on December 31, 2010 at 7:08 am.
btul tu Fahmi
student
on December 31, 2010 at 7:59 pm.
mengejar cinta jangan sesekali dilupa pada CINTA!
student recently posted..Entri pengubat rindu!
student
on January 5, 2011 at 9:56 am.
Cinta itu adalah milikNYA..:)
student recently posted..Apa ada dengan Dendam
Setya Amrih Prasaja
on January 7, 2011 at 7:50 am.
Wah Cinta memang tak pernah lekang oleh sang waktu…….beribu tahun cinta selalu didendangkan…..digosipkan….namun ia tetap menjadi sesuatu yang tak kunjung padam….
Jogja tetap Istimewa….salam hangat…
adele
on January 7, 2011 at 8:05 am.
salam hangat dari Malaysia