Akhirnya Akhirnya Akhirnya

Sejak kebelakangan ni banyak posts aku yang dijadikan draft. Idea ada tapi baru beberapa kerat ayat aku dah save draft. Tak tahulah kenapa kenapa kenapa. Harap-harap entri yang ini berjaya di publish. Ya, kalau kamu sedang membaca bermakna saya berjaya menyiapkan satu entri. Akhirnya…!

Hari ini merupakan hari pertama perkuliahan bagi pelajar tahun akhir Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang. Sebenarnya semua student course lain pun mula hari ini juga. Saja aku nak bagi tahu yang aku dah berada di tahun akhir. Alhamdulillah!

Hari ini pergi ke kuliah dengan perasaan yang berbeza. Gembira, cerdas, cergas dan aktif sebab terlalu teruja berada di tahun akhir. Mesti pelikkan sebab apa aku terlebih teruja, sebabnyaaa program yang aku ambil ni selama 5 tahun. Teman-teman yang masuk tahun 1 sama-sama dengan aku dulu tetapi dalam bidang yang lain dah habis belajar bulan Jun yang lalu. Jadi bila dah tahun akhir ni mestilah sukakan sebab sah-sahlah akan habis belajar tak lama lagi. InsyaAllah :D

Subjek yang pensyarah masuk hari ialah Professional Practice. Untuk subjek ini, kami perlu membentuk sebuah firma guaman sendiri yang terdiri daripada beberapa orang pelajar. Kemudian pensyarah akan memberikan kami masalah untuk diselesaikan dan perlu dihujahkan di dalam mahkamah pura-pura. Macam menarikkan? Harap-haraplah menarik sebab pensyarah aku ni kalau mengajar 2 jam tu asyik bagi motivasi je. Cemuih jugaklah kadang-kadang.

Oklah, sekian untuk kali ini :)

About adele

Penulis merupakan pelajar sepenuh masa yang sangat aktif dan cergas. Mula berblogging sejak tahun 2007. Sentiasa memandang kehidupan ini sebagai medan untuk mengutip pengalaman dan untuk dikongsikan buat mereka yang menghargainya. Sama-samalah kita mencipta kenangan dan mengejar impian.
This entry was posted in Bicara Hati, Info dan Artikel, Kehidupan Peribadi. Bookmark the permalink.

9 Responses to Akhirnya Akhirnya Akhirnya

  1. akubiomedNo Gravatar says:

    Apa yang pasti sudah menjadi akak paling senior dan otai. Jangan main-main nanti kena gigit akan senior yang garang ini. :-)
    akubiomed recently posted..Baby Aslah Oppa Gangnam Style

  2. Bro ZulkboNo Gravatar says:

    salam..
    ermm..bila nak dapar degree ni..
    rasa macam lama je?
    Bro Zulkbo recently posted..Jadual Waktu UPSR 2012 : Sila Semak Ibu Bapa Semua

  3. shraqsNo Gravatar says:

    Bila dah final year,.. memang perasaan tu berbeza. Belajar baik2. :)
    shraqs recently posted..Apa Dan Siapa Yang Menginspirasikan Anda Untuk Berblog

  4. hafizmdNo Gravatar says:

    wah…dah sampai tahun akhir dah…ni mesti paling otai dan mungkin glamer :lol:

    harap tahun akhir ni tiap2 hari ke kuliah dengan perasaan yg sama :cool:
    hafizmd recently posted..Terima Kasih Daddydee & Cik Tom

  5. titanNo Gravatar says:

    nanti jangan lupa rakam masa mock court tu yekkk..hehe
    titan recently posted..Terima kasih Gadis Tomato..

  6. padinNo Gravatar says:

    hehee betul2.. bila dah sampai semester akhir, memang teruja habis..
    padin recently posted..Dialek Negeri Perak

  7. Mama MuraiNo Gravatar says:

    dan akhirnya berjaya juga saya habiskannya… ok good luck Adele, hari semangat baru ni akan memberikan motivasi kepada adele supaya mendapat keputusan yang baik di akhir pengajian nanti… chaiyok.
    Mama Murai recently posted..Cara mengira BMI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge