Aku, Dia dan Pingpong

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Ukhwah..

 Malam ini, teringin sekali aku membebel pasal minat aku yang satu ini, iaitu pingpong. Sehingga ke saat ini, aku rasa sangat bertuah kerana bakal menyertai Kejohanan Ping Pong Piala Timbalan Menteri Pengajian Tinggi 2011 yang akan berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Ipoh pada minggu hadapan. Jauh sekali aku mengimpikan kemenangan, apa yang aku harapkan betul-betul nak menimba pengalaman dan mempraktikkan apa yang telah diajar oleh coach aku.

Main pingpong ni satu je, kena minat. Bila minat, kita akan rajin untuk training. Kalau tak minat, belilah meja mahal sekalipun meja tu akan mereput dengan sendirinya. Lebih baik beli kosmetik, confirm pakai. Tak adalah membazir.

Setelah 4 tahun aku di bumi kampus ini, baru aku tahu yang pingpong universiti aku ni aktif rupanya. Mujurlah aku masih ada dua tahun lagi di sini. Masa aku di matrik dulu, aku ada join pingpong sempena sukan fakulti, tapi entah macamana tahun 1 dan 2 aku, minat aku ni terkubur begitu sahaja mungkin disebabkan kesibukan rutin harian aku yang menuntut pengorbanan masa yang banyak. Aktiviti kokorikulum entah ke mana sehinggalah seorang teman aku mengajak aku untuk menyertai pemilihan MASUM tahun lepas. Aku pun joinlah. Seminggu..sebulan training, aku join sukan antara kolej dan pasukan aku berjaya mendapat johan. Dari situ aku berazam untuk terus training dan terpilih untuk MASUM. Boleh lihat entri Johan Pingpong Berpasukan. Alhamdulillah, impian aku untuk mewakili universiti akhirnya tercapai. Keputusan pingpong MASUM pun tak adalah mengecewakan. Sekurang-kurangnya universiti kami ada jugalah mencipta nama walau tak berapa nak tercipta.

Esok, selepas praktikal di Putrajaya, aku akan bertolak ke Nilai untuk training sebelum berangkat ke Ipoh minggu hadapan. Lepas ni praktikal kena berulang dari Nilai lah. Tak apa lah jauh sikit asal hati puas. Tak sabar nak jumpa coach dan teman-teman aku yang lain. Untuk nak ke Ipoh ni, hanya 3 orang perempuan yang akan pergi. Selebihnya terdapat kekangan untuk ke sana. Sedih tapi tetap kena teruskan. Buat coach aku yang cool, Coach Salehhuddin bin Johari, tak ada yang lain aku harapkan agar beliau dapat mencurahkan ilmunya kepada kami semua yang baru saja hendak belajar. Semoga beliau dikurniakan kesihatan yang baik untuk berulang dari Banting ke Nilai untuk mendidik kami semua. Setakat ini saja. Bubye :)

About adele

Penulis merupakan pelajar sepenuh masa yang sangat aktif dan cergas. Mula berblogging sejak tahun 2007. Sentiasa memandang kehidupan ini sebagai medan untuk mengutip pengalaman dan untuk dikongsikan buat mereka yang menghargainya. Sama-samalah kita mencipta kenangan dan mengejar impian.
This entry was posted in Info dan Artikel, Kehidupan Peribadi and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

47 Responses to Aku, Dia dan Pingpong

  1. titanNo Gravatar says:

    jap, jap. belajar kat mana nih? nilai, putrajaya? banting? wahh..dekat rupanya..
    titan recently posted..Tips naikkan Alexa rank cara Titan – Part 2

  2. Ayie AbasNo Gravatar says:

    APABILA BERCAKAP TENTANG SUKAN PING PONG SECARA AUTOMATIK OTAK AYIE AKAN TERINGATKAN NEGARA CHINA…MEMANG BUAT MASA INI NEGARA CHINA MENGGUASAI SEPENUHNYA SUKAN PING PONG DI PERINGKAT DUNIA…SUKAR MANA2 PEMAIN DARI NEGARA LAIN UNTUK MENGALAHKAN PEMAIN2 DARI CHINA…DULU ADA JUGA JAGUH PING PONG DARI SWEDEN TAPI KINI CHINA DAH MENGUASAINYA SEMULA…TAPI MANA TAU SATU MASA NANTI ADA JAGUH DARI MALAYSIA DLM SUKAN PING PONG…MUNGKIN ADELE? :lol:
    Ayie Abas recently posted..RABU KELU #2 ~ Pedang Setiawan:1

  3. mat tpo nordinNo Gravatar says:

    niatkan untuk riadah supaya kita dapat sihat tubuh badan dan mudah beribadah dan beramal… :lol:

  4. ChipcoklatNo Gravatar says:

    uih..chip suka main ping pong.. jom adele kita fight..hahhahaha…
    Chipcoklat recently posted..Tips Memilih Android

  5. Salam..

    Tahniah dgn percapaian dlm dunia sukan terutama pingpong.. Sebenarnya org melayu kita amat jarang meminati permaianan spt nie..

    Saya juga player pingpong dan merupakan bekas player UKM pada tahun 2007..
    zairi faiezil recently posted..Terlanjur dengan kekasih – Apa perlu buat

  6. akubiomedNo Gravatar says:

    Adele main didalam kategori solo atau beregu?
    akubiomed recently posted..Wordless Wednesday #5- Angry Bird

  7. FDNo Gravatar says:

    ping pong tak minat, sbb sentiasa kalah..
    FD recently posted..#WordlessWednesday – Dee Why? Dee Axe !!

  8. MDHAFiZ.NETNo Gravatar says:

    tetap juga minat bermain dengan bola…bola ping pong… dulu saya ketua kelab Ping Pong semasa di sekolah rendah dulu..
    ada berani nak lawan dgn saya tak?? eheh… :)
    MDHAFiZ.NET recently posted..Malaysia vs Arsenal 2011 (Arsenal Asia Tour 2011)

  9. sayacomelNo Gravatar says:

    yang mana satu adele ye??
    sayacomel recently posted..Comel Serius – Lapar.

  10. JaiNo Gravatar says:

    Lama dah Jai x main pingpong.. Teringat zaman sekolah, siap jadi wakil sekolah lagi.. tapi setakat sekolah jelah…he3..

  11. mazaNo Gravatar says:

    semoga berjaya.. dapat hadiah kasik tayang kat sini ya. (oppps itu sudah tentu kan kan kan)…

    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:
    maza recently posted..Didera Lelaki juga perlukan talian NUR!

  12. Ali ridhaNo Gravatar says:

    sejak minat pada bola sepak.dah tak main ping pong.

  13. titanNo Gravatar says:

    banting. dekat sangat aje tu..haha..
    titan recently posted..Tips naikkan Alexa rank cara Titan – Part 3

  14. mekarNo Gravatar says:

    Tahniah adele krn terpilih utk mewakili universiti kamu d Ipoh nanti. Good Luck.

    Sya tak pandai pula nak main pingpong ni. dulu penah cuba2 tp asyik tersangkut di jaring. saya rasa lagi mudah bermain badminton :mrgreen:
    mekar recently posted..Ayuh Kempiskan Perut Buncit..!

  15. tehrNo Gravatar says:

    selalu kalah kalau main pingpong ni
    meja sempit sangat, tak sempat nak pikir
    huhu

    selamat berjuang dan semoga berjaya
    tehr recently posted..Pantun Simpulan Bahasa

  16. JuanNo Gravatar says:

    da lama sangat saya x main ping pong
    Juan recently posted..Arsenal Vs Malaysia

  17. zulkboNo Gravatar says:

    salam..
    ermm..hebat
    juara ping pong nih..
    saya juara PING entri
    je..he he..

    **mencari mana satu
    anda dalam gambar..
    confused :roll:
    zulkbo recently posted..Testosteron Mampu Besarkan Saiz Zakar ? : 18 SX ( Lelaki Sahaja )

  18. ohcikguNo Gravatar says:

    bolehlah lawan ping pong ni..wakil universiti tu..mesti terer nih..
    ohcikgu recently posted..Permohonan Skim Pinjaman JPA Yuran Pengajian Ijazah Pertama Luar Negara 2011 secara online

  19. kak ijanNo Gravatar says:

    Salam Adele,
    Bagusnya… good luck for the tournament ya :)
    kak ijan recently posted..Fried Fusili with Rosemary, July Miscellaneous

  20. nizamghaziNo Gravatar says:

    Oh praktikal di putrajaya jelah. dekat2. hehe :mrgreen:
    Nak pergi Ipoh?? waah ipoh area mana? org ipoh ni :razz:

    BTW theme ni sesuai dgn Adele dan nampak cantik dan kemas

  21. adeleNo Gravatar says:

    testing

    • hafizmdNo Gravatar says:

      adele, nape ngn theme yg sebelum ni? ade masalah ke?

      btw, theme ni mmg dalam perhatian saye jugak, tp oleh kerana tak dapat nak adjust ape ke bendanye ntah….terus tak jadi dah…hehe

      nice and simple themes ni..
      hafizmd recently posted..Kuning Oh! Kuning…

  22. jom kita lawan ping pong.. sapa kalah belanja mee bandung :grin:
    Dulu Lain Sekarang Lain recently posted..Mahkamah Arah CTOS Bayar Pampasan RM 200,000

  23. bEeNo Gravatar says:

    Alahai……
    Minat pingpong yer budak kecik ni ;)
    Selamat Berjaya kpd Adele ye…..

    InsyaAllah, Usaha Tangga Kejayaan!!!!!!!!!!! Chaiyok… :mrgreen:

  24. AffanNo Gravatar says:

    main ping pong? wah bestnya. dah lama tak main, dulu masa sekolah asrama seronok gak main waktu lapang
    Affan recently posted..Islam di Malaysia dan Kanada, sebuah perbandingan

  25. hafizmdNo Gravatar says:

    good luck utk kejohanan kat ipoh tuh yer…

    menang kalah adat, tp pengalaman tu yg lebih best utk dikenang dan dikongsi…betul tak adele? :razz:
    hafizmd recently posted..Kuning Oh! Kuning…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge