Scholl? Walaupun harganya agak mahal berbanding jenama kasut lain seperti Xes yang semestinya banyak pilihan, tetapi Scholl tetap di hati aku. Sandal Scholl di atas telah berkhidmat untuk kaki aku dengan keselesaan yang maksimum selama 1 tahun 5 bulan untuk aku. Segala hujan, panas, badai dan ombak ditempuhi bersama tetapi masih utuh sehingga ke hari ini. Sebab tu aku suka beli mahal-mahal terus, pakai mencecah tahunan. Best. Aku tak suka beli yang murah-murah sebab tak sampai dua bulan mesti kena beli yang lain. Ya, kawan-kawan aku kebanyakannya macam tu. Sebab tu dekat rumah aku berlambak kasut, bertimbun-timbun orang lain punya yang feminine style sedangkan kasut aku hanya ada dua sahaja. Sandal Scholl dan Kasut Scholl, termasuk kasut sukan yang disayangi. Kalau malas aku sarung je sandal pergi kuliah, kalau rajin dan nak melawa sikit aku sarung kasut.
Tapi hari ni aku terpaksa beli kasut hitam Bata untuk tujuan formal event. Takkan nak sarung sandal je kan? Macam unta je nanti. Terpaksa juga aku korbankan nafsu aku nak memiliki kasut Scholl latest design yang ada kat Scholl Giant Nilai tu. Sedih memang sedih tapi kalau tak ada duit buat cara tak ada duit kan? wuhuu. Kalau aku dapat band 4 muet hari tu mesti ummi dah belanja aku sepasang kasut Scholl. Tapi apakan daya, kita hanya merancang, Allah yang menentukan..









Salam..
ermm..nampak macam best je..
yang penting keselesaan kaki
bila banyak berjalan..satu lagi
tak panas tapak kaki..tidak berpeluh
alahai..berbau kaki
Bro Zulkbo recently posted..Alexa Ni Bukannya Betul Sangat?
saya pun pakai sandal dan kasut scholl…memang puas hati, kaki tak sakit…dan tak payahlah asyik nak tukar je…
Puan Bardboo recently posted..Dah Guna Thesis 1.8.5
Yang penting keselesaan kepada kaki. Maklumlah bebanan badan yang perlu ditanggung oleh kaki bukan sedikit.
akubiomed recently posted..Fenomena Sun Halo @ Halo Matahari
betul tu. kalau beli yg mahal boleh tahan lama kan.
ni la pempuan. tak lari cite bab kasut..
titan recently posted..Laptop Fujitsu sudah ada adik baru.
samalah macam kau.hahaha