Berat Badan Naik dan Herbalife

Assalamu’alaikum

          Tadi aku jalan-jalan dekat Pusat Kemudahan Pelajar, pelajar Fakulti Sains dan Teknologi ada buat jualan sempena hari keusahawanan diorang. Biasanya kalau program macam ni mesti akan ada satu section untuk Herbalife. Aku tahu dah apa diorang akan buat iaitu promote produk Herbalife dan scan body. Aku, Sarah dan Mar pun dengan terujanya minta adik tu scan badan kitorang. Timbang berat badan, berat tulang, berat mulut, berat hati dan sebagainya. Dan ini hasilnya:

          Keputusannya semua berada di tempat yang sepatutnya. Tak ada yang terlebih,tak ada yang terkurang. Berat badan je naik tapi masih belum sampai tahap gemuk. Dulu aku timbang 52 je tapi sekarang 55. Sarah pun tak puas hati sebab dia naik 3 kg macam aku jugak. Semua salah penimbang lah ni tak pandai timbang! Yang paling best badan aku berfunsgi seperti seorang remaja berumur 18 tahun. Awet muda tu.hahaha

          Pendapat peribadi aku tentang produk macam ni yang ada di pasaran, aku rasa siapa yang ada duit lebih bolehlah nak consume. Kalau student kalau sebulan sampai RM100 tak berbaloi rasanya sebab kita ni masih muda, sepatutnya amalkan gaya hidup yang sihat je. Kalau nak diet, pagi-pagi minum oat memang effectnya sangat besar. Kalau ambil produk semata, tapi exercise tak buat pun tak guna juga. Kulit pasti menggeleber. Sekian..

About adele

Penulis merupakan pelajar sepenuh masa yang sangat aktif dan cergas. Mula berblogging sejak tahun 2007. Sentiasa memandang kehidupan ini sebagai medan untuk mengutip pengalaman dan untuk dikongsikan buat mereka yang menghargainya. Sama-samalah kita mencipta kenangan dan mengejar impian.
This entry was posted in Info dan Artikel, Kehidupan Peribadi, Kesihatan dan Kecantikan, Sukan dan Rekreasi and tagged , , . Bookmark the permalink.

8 Responses to Berat Badan Naik dan Herbalife

  1. lazaacNo Gravatar says:

    55..? cantheeekkkk… lazaac 56 jer… kui3x… sama la kita, awet muda.. :p

  2. pakcikNo Gravatar says:

    Ada satu petua..tapi untuk pengetahuan sahaja la…SILA JANGAN IKUT…….kalau patah hati pun…badan leh susut…hahahahaha….

  3. nohasNo Gravatar says:

    Memang byk produk utk kurus di pasaran tapi yg lebih berkesan exercise n jaga pemakanan..

  4. akubiomedNo Gravatar says:

    Masa belajar biasalah tetapi bila bekerja esok tentu naik berat badan dan membulat. :-)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge