Blogger dan Plagiat : Suatu Tindakan Yang Tidak Beretika

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Ukhwah..

Minggu lepas di dalam subjek Research Methodology, pensyarah aku telah menerangkan sedikit sebanyak berkenaan plagiat yang semakin berleluasa dalam masyarakat kita tidak kisahlah samada dalam dunia akademik, blogging dan sebagainya. Hakikatnya, plagiat merupakan suatu tindakan yang sangat tidak beretika kerana kita dengan sengajanya mengakui idea dan hasil karya orang lain sebagai hak atau hasil karya kita dengan sengaja mengabaikan kredit terhadap penulis asal.

Bagaimana plagiat didefinisikan?

Plagiat terjadi apabila:

  • Menjadikan sesuatu hasil karya individu lain sebagai hasil karya kita
  • Menggunakan idea individu lain tanpa memberi kredit kepada penulis asal
  • Gagal meletakkan sumber asal di kaki nota
  • Meletakkan sumber yang salah berkaitan maklumat tersebut

Jika elemen-elemen diatas dipenuhi, maka anda bertanggungjawab atas tuduhan plagiat. Jika nak lebih advance dalam berblogging, daftarkan copyright untuk blog anda, bila ada orang plagiat entri, boleh saman terus!

blogger dan plagiat

Bercakap mengenai plagiat ni, dunia blogging dan plagiat memang tidak boleh dipisahkan kerana terdapatnya blogger yang perasan bagus dan syok sendiri dengan mengakui hasil karya orang lain dengan sengaja mengabaikan kredit terhadap penulis asal.

Saya yakin terdapat beberapa blogger yang tidak kisah jika entri mereka diambil bulat-bulat tetapi bagi mereka yang kisah, pasti tidak senang duduknya.

Bagi saya, idea dalam berblogging merupakan satu harga yang sangat bermakna dan bayangkan jika harta yang kalian sayang diambil orang, pasti kita akan merasa marah bukan?

Saya tidak faham bagaimana segelintir blogger yang begitu susah untuk meletakkan sumber atau rujukan di dalam penulisan mereka. Mungkin untuk memberikan kredit kepada blogger lain adalah suatu benda seberat 1 Tan. Sebab tu susah sangat nak bagi kredit kot?

Sekadar meluahkan pendapat..Pendapat kalian pula bagaimana? :D

About adele

Penulis merupakan pelajar sepenuh masa yang sangat aktif dan cergas. Mula berblogging sejak tahun 2007. Sentiasa memandang kehidupan ini sebagai medan untuk mengutip pengalaman dan untuk dikongsikan buat mereka yang menghargainya. Sama-samalah kita mencipta kenangan dan mengejar impian.
This entry was posted in Info dan Artikel, Kehidupan Peribadi and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

49 Responses to Blogger dan Plagiat : Suatu Tindakan Yang Tidak Beretika

  1. KujieNo Gravatar says:

    Kes macam ni sering menjadi isu, bagi Kak Jie mudah
    kesedaran datang dari diri sendiri – etika dalam semua hal
    di situlah ‘nilai diri ‘ – dimana kita nak letakkan ‘nilai diri’
    ditempat yang sebaik² atau sebaliknya
    Kujie recently posted..Kerana Seketul Yang Degil

  2. suriNo Gravatar says:

    bahaya..harap pasni kan d kuragkan..klu nak tru dah jadi biasa sush juga..try buat ayat2 sendiri sikit2 lama oklah tu yer tak :)

  3. zulkboNo Gravatar says:

    salam..
    saya memang sokong sangat
    setiap yang kita copy apa la
    salahnya di selitkan sumber kan?

  4. zulkboNo Gravatar says:

    khabarnya student PHD pun
    ramai yang main copy paste
    je tesis sekarang ye..alahai..
    macam mana tu..?

    • suriNo Gravatar says:

      bahaya juga tu sampi plar berani bt lagu tu..

      penat blajr2 last bukan dari hasil sendri..mmg tak berbaloi klu bljr cam tu.. rasanya sijil yd dpt tdk dtgkan apa2 makna..

    • adeleNo Gravatar says:

      btul tu cik Zul, ada lecturer yg ambil PHD, mereka suruh
      student buat assignment, lps tu mereka copy hasil kerja pelajar..
      mmg memalukan..tiada kredibiliti lgsung..lps tu x kredit pula
      kpd pelajar tersebut..

  5. Salam admin,

    Ini semua bergantung kepada tuan punya diri masing-masing.Kalau ada rasa tanggungjawab dan tiada rasa pentingkan diri sendiri pastinya mereka akan tahu apa sahaja tindakan mereka.

  6. ermafatihaNo Gravatar says:

    hurm…for me, plagiat dalam blog bukan isu yg sangat penting.Plagiat dalam research method mahupun tesis sendiri terlalu la melampau=)

    • adeleNo Gravatar says:

      bg sstengah blogger sgtlah penting spt sy..huhu. kalau dah biasa copy paste dlm blog, nnt dlm research n thesis pun asyik nak copy je :D

  7. NorasikinNo Gravatar says:

    Pernah ada orang mengedarkan ebook saya sesuka hati. Memula tu terbakar juga. Bukan senang nak buat. kalau ebook2 lain kebanyakkannya duduk je depan komputer. Ada jugak yg semuanya huruf dalam ebook. Tp ebook saya memerlukan saya duduk didapur sambil mengambil gambar
    Norasikin recently posted..Beranikah Anda Menjadi Perempuan Yang Tak Pandai Memasak

  8. Ladfe AmirNo Gravatar says:

    jika saya tidak tahu penulis asal lbh2 lg jika diambil dr email, paling tidak saya akan doakan kebaikan penulis tersebut.

    Dlm blog saya satu lg, saya telah letak reminder iaitu minta kebenaran terlebih. Setakat ni takde isu sgt walaupun ada juga yg copy n paste
    Ladfe Amir recently posted..Maksud Bacaan Di Dalam Solat

  9. eastbulletNo Gravatar says:

    plagiat ni memang lumrah ramai manusia. susah nak elak. semua nak mencapai kejayaan dengan cepat.

    dunia blogging di Malaysia mungkin tidak berapa serius kerana isu plagiat ni kurang dibawa ke mahkamah. Kalau semua dah makin serius, memang takut lepas ni orang nak plagiat.. kene saman berjuta-juta-juta… :D
    eastbullet recently posted..TutorialBuat Achives Page Di WordPress

  10. eastbulletNo Gravatar says:

    plagiat ni memang lumrah ramai manusia. susah nak elak. semua nak mencapai kejayaan dengan cepat.

    dunia blogging di Malaysia mungkin tidak berapa serius kerana isu plagiat ni kurang dibawa ke mahkamah. Kalau semua dah makin serius, memang takut lepas ni orang nak plagiat.. kene saman berjuta-juta-juta… :D

    test/…( sekadar menambah ayat takut komen tadi tidak diterima..)
    eastbullet recently posted..TutorialBuat Achives Page Di WordPress

  11. Mama MuraiNo Gravatar says:

    Assalaamu`alaikum adele,
    mungkin pendekatan saya yang lebih kepada perkongsian menjadikan saya penulis culas yang enggan memperbincangkan isu plagiat apa lagi dalam dunia penulisan blog. Sebab itulah saya tidak pernah/akan melatah sama sekali sekiranya idea saya diambil oleh penulis lain. Dan seingat saya sekali sahaja saya membincangkan isu ini tetapi ianya lebih menjurus kepada plagiarisme di kalangan pelajar universiti yang mana saya ulas dari sudut agama.

    Saya setuju kalau artikel ‘copy paste’ perlu menyertakan pautan asal atau kredit kepada penulis asal, tapi bagaimana dengan sesetengah kes yang nampak meniru di mata kita tetapi sebenarnya tidak, maksud saya terdapat persamaan isi di antara hasil karya kita dengan penulis lain? Perlukah kita menyertakan pautan kembali kepada mereka-mereka yang tidak kita kenali, yang telah menulis isi yang sama dan terdahulu daripada kita, selepas menyedarinya?

    Tidak bukan, sebenarnya skop isi yang kita ada kecil dan terhad, persoalan yang mungkin berbangkit di sini cuma siapa yang terlebih dahulu terfikir mengenai sesuatu isu atau kemudian sahaja.

    Kita ambil contoh pelajar yang duduk dalam peperiksaan, apabila mereka menjawab soalan, adakah pensyarah akan menduga bahawa dalam 100 orang pelajar tersebut, semuanya akan mempunyai isi yang berbeza di antara satu sama yang lain? Kalau begitu apa rasionalnya penggunaan skema pemarkahan? Bukankah lebih baik setiap isi atau hujah diberi markah yang sama, tanpa mengikut skema yang disediakan.

    Bagaimana pula dengan artikel copy paste yang kita tahu itu adalah hasil penulisan bangsa lain yang telah diubahsuai, perlukah kita menyertakan pautannya kembali?

    Saya rasa, penulis kita sememangnya berniat meletakkan pautan, cuma apa yang menjadi masalah, meletakkan sumber sebenar artikel tersebut berikutan terlalu banyak sumber yang sama. Kesannya penulis jadi keliru dan malas untuk mencari pemilik asal.
    Mama Murai recently posted..Televisyen &amp anak saya

    • adeleNo Gravatar says:

      Wa’alaikumussalam Mama..
      terima kasih mama utk pendapat yg bernas..
      ada benarnya dlm buah fikiran mama..
      apa yg sy kesalkan di sini..
      sy rajin menulis cerpen dan sy tak suka
      org lain tidak meletakkan penulis asalnya ialah sy..
      jadi bila cerpen tersebut di pindah-pindahkan
      dr satu blog ke blog yg lain, sy bukan lg penulis cerpen tersebut..
      mungkin bg segelintir blogger tidak kisah dgn situasi ini
      tp sbnrnya sy teramatlah kisah..
      mungkin lepas ni kena daftar utk copyright bg menghalang org lain
      drpd menyalahgunakan hak sy..huhu

      • Mama MuraiNo Gravatar says:

        setuju adele,
        harta intelek itu wajib didaftarkan, dan saya tabik dengan keberanian adele mengakui sifat sendiri. Satu yang pasti penulis lain sudah buka mata dengan hasil karya adele. Teruskan usaha…

        Salam manis dari saya untuk adele..

  12. Ali ridhaNo Gravatar says:

    hari ni aku pun salah seorang plagiat blogger.
    cuba baca serba sedikit isu bola sepak,
    malaysia menetang pakistan.

    bukan salin semua bulat-bulat.kena juga
    ada idea penulisan sendiri.paling tak malu
    nak letak hak cipta.sedang artikel tu dia dapat
    dari pelbagai sumber termasuk emel.
    Ali ridha recently posted..Keputusan Malaysia lawan Pakistan pusingan pertama Kelayakan Olimpik 2012

  13. akubiomedNo Gravatar says:

    Saya tidak tahu bagaimana hendak mula kerana pada suatu situasi saya dikejutkan oleh idea kita tiba-tiba sama dengan orang lain walaupun saya tidak pernah berkonsi idea dengan sesiapa cuma beza saya dengan dia adalah dia terlebih dahulu membentang idea tersebut. Saya tidak rasa ia adalah plagiat tapi ilham yang dikurniakan tuhan bukan setakat saya dapat malah dia pun dapat.

    Apa yang saya hendak ketengahkan adalah ibarat menjual pisang goreng. Ramai yang diluar sana yang menjual pisang goreng tapi ramuan tepung dan cara goreng tidak sama walaupun sama-sama menjual pisang goreng. Fikir-fikirkan
    akubiomed recently posted..Tiada lagi koning tapi kuning

    • adeleNo Gravatar says:

      idea dan plagiat dua perkara yg berbeza..tak salah mempunyai idea yg sama tetapi takkanlah idea yang sama akan dizahirkan dgn perkataan yg sama..bila perkataan semuanya sama maka itulah plagiat..huhu

  14. ishakNo Gravatar says:

    hohohohoh,setakat ini tak ada orang berani plagiat entri aku huhuhuu
    ishak recently posted..Alhamdulillah leman raja lawak 5 tersingkir

  15. MDHAFiZ.NETNo Gravatar says:

    cakap pasal saman ni teringat saya video kt youtube tu.. cepat2 saya delete takut kena saman.. hahaha…bahaya ni..
    :)
    MDHAFiZ.NET recently posted..Adobe Photoshop CS5 Tutorial – Remove The Object Content Aware Fill

  16. zikNo Gravatar says:

    kebanyakkan memang ada ramai yang copy paste.. tengok dari penulisan dah boleh agak sangatla…. tapi bagi yang letak cr, it ok… cuma originality ataupun kemalasan untuk menaip, mengarang semula ayat tuh tampak kita nie boleh digambarkan bagaimana orangnya?? kalau blog bm cepat sikit nak buat entri baru.. kalau blog english…wahhh.. seminggu pun belum tentu siap…. susah woo , dan google senang detect blog english ni… hehe
    zik recently posted..Pencipta mesin pengeluar wang automatik ATM

  17. NotakakiNo Gravatar says:

    kalau sy orang nak copy paste blog sy xkisah. cuma perlu sertakan kredit sebagai notakaki..

  18. Pingback: Blogger dan Plagiat : Suatu Tindakan Yang Tidak Beretika ...

  19. Susahlah kalau berdepan orang macam ini (plagiat).
    Oneblogsocial.com recently posted..Image SEO (Membuat Image SEO Friendly)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge