Assalamu’alaikum
Dalam beberapa minggu yang lepas, aku terdengar perbualan seorang pendengar radio Hot FM kepada DJ nya mengatakan bahawa, elok juga kalau hantar ibubapa yang dah tua ketika anak-anak pergi kerja ke rumah orang tua-tua atau nurseri untuk orang-orang yang dah berusia. Alasannya, masa kecil-kecil dulu mak hantar saya pergi nurseri, jadi bila dah besar ni saya pun boleh buat macam tu kan? Dah habis kerja petang tu bolehlah ambil dan bawa balik rumah.
Err..bunyi macam logik juga kan? Tapi lebih kepada nak balas dendam je?
Pendengar radio tu seterusnya berkata, masa ibubapa hantar anak-anak dekat nurseri, cuba fikirkan perasaan anak tu ditinggalkan ibubapa macamana? Itu dia yang kata.
Kalau aku, aku tak sanggup, tak sampai hati dan takkan buat. Lagipun masa aku kecil-kecil dulu mana ada umi hantar aku pergi nurseri. 24 jam bawah jagaan umi ok. hehe.
Kalau korang pula macamana? Bolehlah kongsi-kongsikan pendapat di ruang komen atas kerelevanan saranan tersebut. Terima kasih!

17 Comments
titan
on February 4, 2012 at 11:13 am.
rasanya aku takkan buat.
titan recently posted..Komisen ke 11 dari 701panduan
Cyza
on February 4, 2012 at 12:03 pm.
Harapnya aku dan isteri ku tak di jadikan seperti itu kelak…
Cyza recently posted..Happy Birthday To My Younger Sister
Wira Chomel
on February 4, 2012 at 1:13 pm.
itulah..saya pun xkan benarkan “bakal” isteri wat camtu.huhu..lgpun xcaye org lain didik anak2 sendiri..kalu boleh biar isteri sendiri yang didik.sebab kita yang tarbiah isteri.
Tuan Tanah
on February 4, 2012 at 3:02 pm.
aku rasa tidak ada mak bapa yang nak hantar anak-anak ke nurseri tanpa sebab…setahu aku semua yang hantar adalah mereka yang berkerja….memang tak patut la hantar ibubapa ke umah nurseri tua…..atas sbab “dulu mereka hantar kita ke nurseri”
Tuan Tanah recently posted..HTC Sensation Putih bersama Android Ice Cream Sandwich.
akubiomed
on February 4, 2012 at 3:12 pm.
Kerajaan menjangkakan perbelanjaan untuk rawatan warga emas di Malaysia akan meningkat kerana taraf kesihatan warga emas di Malaysia sudah ada peningkatan.
akubiomed recently posted..Projek hujung minggu – DIY Photography Mini Studio
Mama Murai
on February 4, 2012 at 3:23 pm.
tak sanggup, melainkan kalau ibu bapa yang hendak ditinggalkan perlu perhatian setiap masa. Itu pun kena fikir dua tiga kali, kalau boleh cari pembantu rumah, adik-adik atau pun kalau ada pendapatan sampingan berhenti kerja untuk menjaga mereka.
Tak boleh bayangkan bagaimana perasaan mereka ketika di tinggalkan sendirian.
Mama Murai recently posted..Apa Celop ke apa celup?
sabree hussin
on February 4, 2012 at 4:31 pm.
“Ya Tuhanku, kasihanilah kedua-dua ibubapaku sebagaimana mereka mengasihani aku sewaktu aku kecil.”
Doa si anak tu makbul kot
sabree hussin recently posted..Kadar Keuntungan Yang Dibenarkan Dalam Sistem Ekonomi Islam
maza
on February 4, 2012 at 5:00 pm.
sebenarnya bergantung kepada keadaan..
dunia semakin berubah..
jadi tolak ansur, toleransi dan saling memahami diperlukan..
tak semestinya bertindak sedemikian rupa sudah dikira tak menghargai org tua, dan tidak semestinya menjaga 24 jam org tua sebgai bebanan…
apa yg penting ialah bertolak ansur dan saling membantu..insyaallah akan dirahmati…
maza recently posted..Cacat tak menghalang menunggang motor besar!
tehr
on February 4, 2012 at 5:27 pm.
Sengaja mencari dan mencipta alasan
Apakah lepas tu nanti akan hantarnpula mak ayah ke sekolah?
Masuk U dan…?
Manusia sentiasa ditipu oleh kepintaran akalnya sendiri
tehr recently posted..Rasulullah Dalam Mengenangmu
zulkbo
on February 5, 2012 at 4:15 am.
salam..
ermmm..dari tinggal sendirian
di rumah atau dengan maid baik
ke nursery ada juga kawan sebayanya
di sana..ramai warga tua yang saya
jumpa prefer pergi tinggal pondok
(itupun kalau masih boleh berjalan)
mendalami ilmu agama dengan sisa2
hidup yang masih ada..apa nak buat kan
anak-anak sibuk mencari nafkah hidup
zulkbo recently posted..Semak Kualiti Telefon Bimbit Anda
zool
on February 5, 2012 at 6:39 am.
zool recently posted..Peraduan menulis entri ‘ Kraftangan dan aku’
Pingback: Kenapa lelaki kacak suka Morning Musume? | EarnCent.com
zik
on February 5, 2012 at 12:35 pm.
erm jangan2.. biar sibuk manapun.. mesti bagi masa…
zik recently posted..Keputusan terkini malaysia U23 VS Bahrain U23 [2nd leg] 2012
shraqs
on February 6, 2012 at 7:14 pm.
Bab2 macam ni memang tak suka nak komen,… kadang2 buat kita rasa nak marah,.. tapi risau jugak kita nanti camana ek…
shraqs recently posted..PageRank (PR) Pertama Untuk MobilityWorlds
Wan Gerrard
on February 6, 2012 at 7:50 pm.
patut jaga mak ayah kita, merekalah segala-galanya hingga bila-bila
Wan Gerrard recently posted..Khairul Fahmi @ Apek, Nora Danish dan Bodyguard
adele
on February 7, 2012 at 3:20 am.
btul wan..
nizam
on February 8, 2012 at 4:04 am.
keterpaksaan orang sekarang terpaksa hantar nursery kan…lau x,sape nak jaga anak2..tak gitu?
nizam recently posted..EPF Naik Ke?