Video yang sangat-sangat memberikan harapan buat mereka yang kerapkali jatuh dalam kehidupan. Sesungguhnya rahmat Allah s.w.t itu luas, jangan sesekali kita berputus asa dengan rahmat Allah..
Antara ayat-ayat yang sangat menyentuh jiwa aku. Lihat video penuh penghayatan yang lebih bermakna.
Islam tidak pernah meletakkan perantaraan antara manusia dengan tuhan, bila-bila masa sahaja siapa insan itu di mana saja dia berada, bangsa apa dia, keturunan apa dia, siapa mak bapanya, siapa sahaja datuk neneknya, jika dia ingin berhubung dengan atau kembali kepada Allah Azzawajalla maka tak pernah ada halangan.
Islam suruh tutup (keaiban diri), Islam suruh manusia baiki diri dia, bila-bila masa sahaja, Islam tak suruh dia pergi buat pengakuan untuk ceritakan keaiban dia, Dia istighfar kepada Tuhan, dia balik kepada Tuhan, dia minta ampun kepada Allah, pintu keampunan Allah, Allah buka pintu keampunan pada waktu siang, untuk Dia mengampun orang yang buat dosa pada waktu malam, dan Dia buka pintu keampunan pada waktu malam untuk Dia mengampun orang yang buat dosa pada waktu siang.
Selagi mana dia ikhlas, dia tidak berniat pun nak tipu, dia memang nak taubat betul-betul, dia tergelincir, Tuhan kata: “Sesungguhnya hambaku itu bukan apa, dia tahu baginya Tuhan yang mengampunkan dosa”
Apabila orang nak balik kepada Tuhan, Tuhan tak pernah tanya, bapa kau siapa, mak kau siap, datuk kau dulu siapa?






Dosa antara manusia hanya boleh diampun oleh manusia.
akubiomed recently posted..Misteri penyelongkar sampah terungkai
salam..
sayangi diri anda..Allah pasti sayangkan
anda..sembunyikan aib sendiri..hidup
di berkati..tapi jangan lupa bertaubat
setiap masa..insyaallah
Bro Zulkbo recently posted..Iklan Jawatan Kosong Guru J-QAF Pengambilan 2013
saya memang suka dr maza, terbaik
Juan recently posted..Perancangan dan Impian Dalam Berblogging
pintu taubat sentiasa terbuka
moga2 kita tergolong dalam golongan hambaNYA yang bertaubat
tehr recently posted..Gajah Depan Mata