Hembusan Hati

Lama aku termenung di sisi tasik yang tenang ini. Jika ada bahagia di dalamnya, ingin aku terjun menuju bahagia itu, jika ada ketenangan, ingin ku tangguk ketenangan itu diberikan kepada hati yang sering resah ini. Hati yang semakin tidak keruan, nafsu yang menggila tidak mengenal keinsafan. Hati, mengapa kau begini… Mengapa tidak kau berikan aku peluang untuk mengenal erti kehidupan. Puas aku tercari-cari tetapi aku tetap terjelepuk sendiri.. Menangisi hari-hari yang kulalui,hanyalah ukiran kosong langsung tidak bererti.

Dosa yang menyebabkan aku begini..Sukarnya perjalanan menuju cinta abadi.. Terkadang maruah sering dicalari.. Aku dihina sana sini..Menjadi bahan ejekan dalam diam.. Golongan yang sering mencari kesalahan diri ku.. Aku takkan melupakan bagaimana peribadi aku dikeji..Aku tak akan memaafkan mereka yang menjatuhkan maruahku di hadapan orang lain..Aku akan sentiasa ingat bagaimana aku dikhianati..Kisah hidupku dijaja, bukan dihulurkan bantuan.. Tetapi untuk dimalukan.. Lalu aku meninggalkan jalan itu kerana kejelekan peribadi yang ada pada setiap diri sesetengah manusia yang bergelar daie. Mereka berat sebelah, memandang rendah golongan minoriti..Saat itu, aku belajar membenci..Aku bukan lagi dari sendiri.. Yang suci dari kebencian, sentiasa memaafkan..Ampuniku Ya Allah….

Dia menutup diari yang menjadi tempat luahan hatinya..Lalu meninggalkan tasik yang sering dikunjunginya itu..

About adele

Penulis merupakan pelajar sepenuh masa yang sangat aktif dan cergas. Mula berblogging sejak tahun 2007. Sentiasa memandang kehidupan ini sebagai medan untuk mengutip pengalaman dan untuk dikongsikan buat mereka yang menghargainya. Sama-samalah kita mencipta kenangan dan mengejar impian.
This entry was posted in Kehidupan Peribadi. Bookmark the permalink.

One Response to Hembusan Hati

  1. Anonymous says:

    welcome

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge