Idola Kecil – Tanda Keruntuhan Akhlak

Setiap sabtu malam jam 9 akan ke udara lah rancangan Idola Kecil di TV9 dekat di hatiku. Aku pun suka tengok,ish2, tapi jauh di sudut hati aku, memang aku tak sokong 100% rancangan ni. Bayangkan anak-anak sekecil 10 tahun, 12 tahun dah pandai terkinja-kinja di atas pentas tanpa rasa malu. Hilang segala rasa malunya. Betapa hebatnya pendidik mereka menanggalkan rasa malunya. Wahai adik-adik Idola Kecil, mereka sesungguhnya langsung tak bersalah, tak berdosa melainkan mereka dah akhil baligh. Ibubapa mereka yang bersalah!! Aku tersangatlah pelik bila melihat ibubapa yang menangis bila anak mereka disingkirkan. Bukankah ibubapa sepatutnya menangis dengan kejayaan sebenar anak-anak mereka? Oh, mungkin bagi mereka inilah perjuangan sebenar anak-anak mereka. Terkinja-kinja, terlenggok-lenggok di atas pentas. Jom bandingkan antara tiga video ini:

” Anak ibarat kain putih yang suci dan bersih
Terpulang bagaimana untuk mencoraknya”

Tepat sekali lirik lagu ini mengatakan anak itu adalah kain putih dan ibubapalah yang sepatutnya mencorakkannya samada dengan warna hitam atau putih. Jika dah corak putih, tapi anak nak hitam bila dah besar, bukan salah ibubapa lagi. Wallahua’lam.

About adele

Penulis merupakan pelajar sepenuh masa yang sangat aktif dan cergas. Mula berblogging sejak tahun 2007. Sentiasa memandang kehidupan ini sebagai medan untuk mengutip pengalaman dan untuk dikongsikan buat mereka yang menghargainya. Sama-samalah kita mencipta kenangan dan mengejar impian.
This entry was posted in Kehidupan Peribadi and tagged , , . Bookmark the permalink.

24 Responses to Idola Kecil – Tanda Keruntuhan Akhlak

  1. adib ahyarNo Gravatar says:

    aku stuju idola kecil ptt dibubrkan..
    adib ahyar recently posted..SUMPAH-Hanya Album Lama

  2. iEra NaDiRaNo Gravatar says:

    Yang terbaru ialah program Kamilah Bintang yang bersiar di Astro Ceria. Program macam ni sekali imbas memang nampak bagus. Boleh mengasah bakat kanak2. Tapi bagi saya program macam ni lebih mengajar budak2 bahawa pergaulan bebas tu tak salah. Bahawa berpakaian ketat sendat tu trend. Aduh dunia~
    iEra NaDiRa recently posted..Bolehkah Berdiri Di Atas Bayang-Bayang Sendiri

  3. AdamNo Gravatar says:

    seusia kecil macam tu pun mereka dah dididik memakai pakaian dedah sana dedah sini.

    dah besar? mungkin lebih lagi. sedangkan yang di ajar pakai macam biasa pun bila besar dah berani tampil seksi. apatah lagi Idola Kecil
    Adam recently posted..Menghukum Lebih daripada memberi Jalan Penyelesaian

  4. fiDoooNo Gravatar says:

    budaya hedonisme makin lama makin meluas kat negara kita nie.
    fiDooo recently posted..Selamat datang dunia blogger YAHOOO

  5. deCrewzNo Gravatar says:

    Saya pun sokong… Kecik2 lagi diajar benda2 macam ni? Umat akhir zaman macam2 jadi cuma kita sedar x sedar je..
    deCrewz recently posted..Amaran – 18 SX sahaja!! Gambar Kurang Sopan Pelajar Mahasiswa

  6. gabanMorkaNo Gravatar says:

    media xkesah sume tu, janji rating mereka tinggi
    gabanMorka recently posted..Dari Lensa KuKuBesi

  7. AffanNo Gravatar says:

    patut dari kecil dididik dgn agama :)

    *tade button retweet ke? susah nak retweet :)
    Affan recently posted..Kelebihan menggunakan sistem operasi Sumber Terbuka

  8. Mama MuraiNo Gravatar says:

    Assalaamu`alaikum adele,
    artikel yang bagus untuk dijadikan renungan. Sebenarnya saya baru terfikir untuk menulis mengenainya. Mungkin lebih baik saya kaitkannya dari segi hiburan yang terlampau. :)
    Mama Murai recently posted..Alahai… Baiknya pak menteri bila berkempen

  9. TheKHAINo Gravatar says:

    Dulu kat NTV7 ada rancangan Australia nama Hi5 ; tu pun salah satu cara untuk melatih budak2 pi disko gak tu…

  10. amaninaNo Gravatar says:

    rancangan ‘adik-adikku’ di tv1 best,,kcik2 dh d didik mnjadi pendakwah,,yg menang dpat pakej umrah n duit..huhu,,kcik2 dh dpat g mekkah,,skrg xtau ade lg ke x rancangan realiti 2 ,,dh lamer xtngok tv..

  11. shazianz elemaNo Gravatar says:

    assalammualaikum.pada pendapat sya xlh sebenarnya idola kecil tu yg slhnya adalah pengisian idola kecil itu sendiri bakat yg dtunjukkn menjdi slh andainya dslh guna..andaikanlh sekiranya idola kecil itu d isi dengan pengisian seperti pertandingan lgu2 nasyid ke ataupun pertandngn mtq djdkn sbg pengisian.jdi yg d luar sna jgn lh cpt mrh2 ok..

    • adeleNo Gravatar says:

      waalaikumussalam..
      mmg idola kecil tu tak salah jika ia diisikan dgn program ilmiah, tapi hakikatnya mmg idola kecil hari ini mmg utk menghakis rasa malu kanak-kanak..tak mungkin idola kecil tu akan digantikan dgn program ilmiah melainkan inisiatif pihak penyiaran mewujudkan program ilmiah yg lain..tiada siapa yg marah cuma melahirkan pendapat peribadi..semua manusia berhak dgn pendapat masing2 kan? :)

  12. Oh! buduNo Gravatar says:

    best dengar rakyat negara lain baca quran. :grin:
    Oh! budu recently posted..kembalikan keremajaan anda dengan Cocoa Collagen Power Plus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge