Sementara tunggu muka kering untuk pakai krim malam yang baru aku beli semata-mata untuk merawat sunburn yang aku hidap sejak main tenis 2 minggu lepas, aku nak update pasal aku berenang tadi. Secara rasminya aku isytiharkan yang aku dah pandai berenang! Perasaan pandai berenang ni lebih hebat berbanding jika aku dapat siapkan assignment sebab berenang ni tak pernah aku paksa diri tapi bila buat assignment, memang aku terpaksa memaksa diri.
Sebenarnya hampir 2 tahun aku cuba belajar berenang, aku ikut orang pergi swimming pool, aku ekori orang pergi mandi laut dan air terjun dalam tempoh 2 tahun ni untuk belajar menyelam dulu. Walaupun tak konsisten dan berkala pergi ke tempat-tempat mandian awam tapi bila aku dah pergi aku akan cuba sampai boleh untuk menyelam selama yang boleh dan mengapung-apungkan badan. Mula-mula memang akan rasa takut untuk menyelam sebab risau aku akan lemas dan aku selalu pesan dekat orang yang mandi sebelah aku kalau nampak au terkapai-kapai lama sangat tu maknanya aku lemas lah tu dan tolonglah selamatkan aku! Tapi setakat ni alhamdulillah aku masih belum pernah lemas lagi.
Perkara asas untuk belajar berenang ialah menyelam dan tahan nafas di dalam air. Walaupun pada awalnya kita memang rasa takut, kita kena lawan perasaan tu sekental-kentalnya. Dah pandai menyelam, biarkan badan kita terapung sendiri dengan meluruskan badan kita sehingga 180 darjah. Best! Aku dah ketagih untuk tahan nafas dan mengapungkan badan aku sendiri dalam air. Kalau dah lepas step ni, bolehlah kayuh sikit kaki dan tangan tu untuk menolak badan kita ke hadapan. Yang ni pun aku dah ketagih jadi minggu depan aku kena pergi swimming pool lagi. hekhek.
Bila fikir-fikir balik, rugi rasanya kalau sampai nak masuk kelas renang sebab bila dah dapat ilmu renang tu dengan sendirinya kita akan improve sedikit demi sedikit. Masa yang akan meningkatkan kualiti kita dalam sesuatu perkara. Begitu jugalah dengan ilmu kemahiran yang lain, masa adalah segalanya. Contoh terdekat yang dapat aku ketengahkan ialah adik aku sendiri dalam bermain alat muzik. Hanya masa yang diperlukan untuk hasil yang terbaik. Setahun..dua tahun..sekarang dia mampu untuk bermain dengan baik dan boleh pergi lebih jauh.
Untuk itu, bermulalah untuk melakukan sesuatu yang baru dalam hidup. Jangan terlalu terikat dengan rutin harian yang memboringkan seperti membuat assignment, pergi ke kuliah dan kelas dan sebagainya. Buatlah sesuatu yang boleh menghilangkan stress anda!







sy blaja berenang time form 5 haha
tp mmg kejap je lps tu dah tau berenang
so cikgu renang tu dok ulang yg sama je
skrg ni dah lama xberenang
rindu la pulak!!
Adila recently posted..Paris: Magic Circus Hotel
Hebat sudah pandai berenang. Saya sampai la ni tak reti-reti asyik tenggelam sahaja.
akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – # Kusyuk baca
wahh..dah main teniss plak. jom lawan!
titan recently posted..Gua – 3 tahun lagi.
berenang boleh menyihatkan badan.. sayang sekali tenpat aku xda swimming pool
donnyien recently posted..Keputusan Liga Perdana Inggeris EPL 27 Oktober 2012
hehee setakat mandi pantai, air terjun tu bolehlah,
nak gerakkan badan dalam air atau berenang ni tak pandai..
mmg best terapung…
padin recently posted..Basuh Kereta
sukan yang bagus.. teringat zaman kanak2 dl, parit di sawah la tempat praktis berenang
nazri recently posted..Nak Jaga Mak
dulu boleh berenang terlentang. sekarang tak boleh dah. sbb Kiter berat sangat…. WAKAKAKKAh! tenggelam kiterr
LilyNrman recently posted..My Blogging Mistake