Kolestrol oh Kolestrol

Assalamu’alaikum

Aku ni kecik dan kurus je orangnya. Semua orang nak badan macam aku. Yang perempuan lah. :mrgreen: Kawan-kawan selalu cakap “Dila takpelah….dah kurus dah..makan banyak pun tak besar jugak badan”. Ok..ok..aku tak suka bila orang cakap macam tu sebabnya orang kurus tak semuanya sihat, betul tak? Kalau orang kurus ni makan banyak tapi tak gemuk-gemuk, tak adil lah bagi mereka yang makan banyak, terus gemuk. Jadi, orang kurus ni kekurangannya terletak pada kolestrol. Orang yang berkolestrol tinggi ni tak kisahlah kurus ke gemuk. Dua-dua pun boleh.

Itu lah yang aku risaukan sekarang. Dahlah setiap hari aku makan ayam goreng. Mujur aku tak minat minum ais. Tak adalah lemak ayam tu membeku kat dalam saluran darah badan aku ni. Sejak aku makan ayam goreng setiap hari ni, aku perasan yang aku dah jadi malas macam ayam bodoh tu. Asyik tidur je. Main pingpong pun dah tak jadi rutin harian. Hmm…

Dulu aku tak tidur lepas subuh. Sekarang ni, lepas berdoa selesai solat Subuh, mesti aku rasa berat je badan terus aku tidur semula. Umi cakap, tanda-tanda orang yang berkolestrol tinggi ialah dia rasa malas selalu dan asyik nak tidur je.

Itulah yang aku takutkan. Aku takut tiba-tiba kena serangan jantung ke sebab tak jaga makan. Aku masih muda lagi..dan masih bujang.. Nak lah juga merasa alam pekerjaan..(ceh,alam pekerjaan je ke? :cool: )

Jadi baru semalam aku tukar balik cara pemakanan aku. Semalam aku makan cendawan goreng untuk sarapan dan tengahari sebab ada pesta konvokesyen kat sini. Untuk makan petang dan malam aku makan nasi dengan ikan kembung masak 3 rasa beserta tomyam campur. Sedapnya tak terkata…..

Aku nak ubah gaya pemakanan aku mulai saat ini dan hari ni aku tak tidur lepas pun!!! :D

About adele

Penulis merupakan pelajar sepenuh masa yang sangat aktif dan cergas. Mula berblogging sejak tahun 2007. Sentiasa memandang kehidupan ini sebagai medan untuk mengutip pengalaman dan untuk dikongsikan buat mereka yang menghargainya. Sama-samalah kita mencipta kenangan dan mengejar impian.
This entry was posted in Kehidupan Peribadi, Kesihatan dan Kecantikan and tagged , . Bookmark the permalink.

25 Responses to Kolestrol oh Kolestrol

  1. titanNo Gravatar says:

    satu. ayam tak bodoh cik adele oii.
    dua. kalau ayam ada akal dan perasaan. Dia mesti merajuk.
    tiga. nak gemuk ke? berani ke nak gemuk? Senang aje nak gemuk nih. haha..
    empat. eer..masih muda? :?:

  2. suriNo Gravatar says:

    kasi tukarar..badan nak pakai lama huhu klu sakit sush huhu… :cry:

  3. chiiNo Gravatar says:

    betul..org yg kurus lum tentu lagi selamat..cam chii gak..takut gak kalau ada kolesterol tinggi..lagi2 skrg ni slalu sgt susah nak bernafas..

  4. zulkboNo Gravatar says:

    Salam Adilah..
    orang kalau betul nak jaga kolesterol
    jangan makan bergoreng..makan rebus je.. :mrgreen:
    kalau nak ala mediteranean makan la
    salad…he he

  5. zulkboNo Gravatar says:

    kancil dah okey?

  6. padinNo Gravatar says:

    ada masa pergi la periksa kandungan kolesterol dan gula dalam darah, hehee kawan aku umur 25 kandungan kolesterol tinggi, 8 berbanding 5.2 utk kandungan optimal :D

  7. tehrNo Gravatar says:

    makan ada tambah tak?
    elok benar jaga kesihatan jasmani dan rohani
    sihat sejahtera semuanya nanti

  8. Miss YatiNo Gravatar says:

    Jom sama-sama mulakan gaya hidup sihat ;)

  9. PacifistaNo Gravatar says:

    saya rasa perut ni dah semakin boroi pulak sekarang.huhu :( :cry:

  10. MekarNo Gravatar says:

    Salam.

    Sya pernah mempunyai kandungan kolestrol yg tinggi. Memang risau amat masa tu. Sya cepat2 bertindak dan pantau dgn selalu mengunjungi farmasi utk buat ujian darah. Kemudian pharmacist syorkan sya mengambil vitamin “Red Yeast Rice”. Sya amalkan dgn penuh disiplin. Disamping itu sya ubah corak pemakanan. Alhamdulilah berkat disiplin, kandunagn kolestrol skrg tak pernah melebihi 5.5mmol lagi. Sya boleh makan apa yg sya suka tapi jgn terlebih had :-)

    pst: kamu pegi check kandungan kolestrol dulu adele.

  11. ohcikguNo Gravatar says:

    jadi gemok pun best, jadi kurus pun best apa..kawan masa kurus ramai..kawan masa gemok pun ramai. kombinekan..fuhh super kawan-kawan. hehe.. :smile:

  12. bardbooNo Gravatar says:

    kita sama! mkn byk, tapi kurus..asyik nak tidur je, pemalas…kolesterol tinggikah? oh tidakk!!! huhu…

  13. ermaNo Gravatar says:

    haha lawakla cik adilah ni,

    semalam pegi cfest tu, check2 kolestrol then dia ckap kolestrol tinggi then offer barang2 dia.

    yang peliknya, fakta dia bagi lain benor ngan apa yang kita dengar membuatkan aku tidak percaya kepada produk2 macam tuh.

    pengajaran : jangan pegi cfest.hohoh utk beli cendawan goreng, oblong burger, nasi ayam, bla bla bla =)

    • adeleNo Gravatar says:

      suka cakap aku lawakkan..huhu

      tengok, kolestrol tinggi.mesti tak eksesais ni.haha
      em…tak payahla pcya produk2 yg boleh menurunkan kolestrol ni..
      tipu belaka..

      yg penting, g jumpa doktor utk pastikan angka kolestrol,
      dgr ckp doktor, jaga makan..selesaii..

      • padinNo Gravatar says:

        hehe, lepas periksa Dr bagi senarai makanan dengan jumlah kalorinya sekali, memang aku tampal di tepi dinding katil, hahaa.. organ binatang paling banyak menyumbang..maka, elaklah..

  14. amirulfaizNo Gravatar says:

    Betul tu, kurus tak pasti lagi sihat. Err, tapi kalau gemuk pastinya tak sihat kan? :D

  15. akubiomedNo Gravatar says:

    Saya mengira BMI secara elektronik yang saya perlu tambah 5kg dan mempunyai kadar metabolisme yang tinggi. Mana hendak cari?

    Ketika kawan-kawan bekas kolej semuanya sudah bulat-bulat manakala saya syukur masih maintain lagi. :-)

    Mengenai kolestrol betul tidak kira yang kurus atau obes ada kemungkinan mempunyai kolestrol tinggi. Salah 1 cara hendak menanganinya adalah mengambil Oat. Itu yang saya amalkan setiap kali bersarapan di waktu pagi,

  16. Sedap juga buat nama domain tu…ohkolesterol.com

    Just kidding :razz:

    Kadang kala kena prihatin bab kesihatan walaupun kita rasa sentiasa sihat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge