Kucing Mahkluk Paling Comel

Aku memang suka kucing. Dulu aku ada kucing nama Megat Jonid dan Megat Ayob. Bila salah sekor tu mati, tinggal yang seekor lagi tu aku panggil Megat je. Masa pindah rumah baru, kucing aku nama dia Jimmy, nama penuh dia Jimmy Asmara. Lepas Jimmy ni, ada sekor lagi aku bela tapi tak sempat nak bagi nama dia dah kena baham dengan haiwan lain. Sedih tau, aku tak sanggup tengok jenazah dia, adik aku je yang menguruskan pengkebumian dia. Lepas Jimmy, kucing aku yang lain nama Tanggang. Entahlah, nama dia tu memang serasi sangat dengan dia. Majoriti kucing aku ni warna oren putih kecuali yang Megat Ayob tu warna hitam belang-belang. Dan yang latest kucing aku bela ialah Mueeza dan Mitcha. Mueeza warna belang-belang hitam, ada stokin putih dekat kaki dia dan Mitcha warna hitam sepenuhnya. Mueeza dan Mitcha dah pun selamat aku serahkan kepada tuan yang baru, dengan harapan mereka bahagia di sana.

Mitcha dan Mueeza

Itulah nama-nama untuk kucing-kucing yang aku pernah ada. Semuanya masih aku ingat sebab kucing ni lah penghibur aku di kala aku kebosanan.

Jom layan gambar anak kucing ni.

About adele

Penulis merupakan pelajar sepenuh masa yang sangat aktif dan cergas. Mula berblogging sejak tahun 2007. Sentiasa memandang kehidupan ini sebagai medan untuk mengutip pengalaman dan untuk dikongsikan buat mereka yang menghargainya. Sama-samalah kita mencipta kenangan dan mengejar impian.
This entry was posted in Info dan Artikel, Kehidupan Peribadi and tagged , , . Bookmark the permalink.

10 Responses to Kucing Mahkluk Paling Comel

  1. akubiomedNo Gravatar says:

    Saya dahulu ada bela kucing sekarang tidak lagi kerana ada ahli keluarga yang mempunyai asma.
    akubiomed recently posted..Ragam si kucing mencuit hati

  2. mazaNo Gravatar says:

    aik.. dah dua blog maza jenggah, semuanya perihal kucing..
    ker ada hari istimewa bagi memperingati kucing ek?
    hehehe

    maza juga pencinta kucing.. ahaks..
    org kata, pencinta kucing orangnya encem.. alahai.. kan kan kan.
    hehehe
    maza recently posted..Peragut disembelih

    • AmirezNo Gravatar says:

      samalah kita maza. ini dah 3 blog saya masuk hari ni, semua cerita pasal kucing. Hari Kucing Sedunia agaknya hehe.

      saya dari kecik lagi suka dengan kucing tapi masa arwah mak ada dulu dia tak bagi bela kucing kat rumah. jadi saya selalu main dengan kucing makcik saya.

      masa menyewa kat Sg. Buloh dulu saya bela sekor ibu kucing yg baru beranak 4. kucing sesat, tiba2 ada kat belakang rumah. beranak pulak dalam hujan. kesian. saya bela dari merah lagi sampailah dah pandai panjat pokok tapi tak reti nak turun hehe. tapi tak sempat besar, sekor mati, 3 lagi hilang…
      Amirez recently posted..Statistik Blog Bulan Oktober 2012

  3. titanNo Gravatar says:

    aku belum terbuka hati nak bela kucing.. :cry:
    titan recently posted..Komisen ke 8 dari Bidvertiser

  4. AkmaomarNo Gravatar says:

    Dulu arwah mak saya suka bela kucing, ada berpuluh ekor, abis semua kucing yg dia jumpa tengah jalan dia bawak balik..macam-macam nama ada..huhuhu
    Akmaomar recently posted..Resepi Kek Coklat Moist

  5. padinNo Gravatar says:

    hehehe kucing besar pon comel hapa..
    tengok anak singa & harimau, comel jugak :razz:
    padin recently posted..Pengaruh Iklan

  6. LilyNrmanNo Gravatar says:

    kakak, i think kita dua ada deep common interest! KUCING!!!!

    I tak tahu nk describe how I love kucing so much!! two kittens tengah tidow kat tepi laptop sekarang ni. Sayang baby!
    LilyNrman recently posted..My Blogging Mistake

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge