Assalamu’alaikum
Aku tak minta dilahirkan takut dengan lipas. Aku tak buat-buat. Aku memang serius takut dengan lipas. Sangat-sangat takut. Perasaan tu hadir dengan sendirinya. Aku tak main-main. Macamana aku nak meluahkan dengan sungguh-sungguh biar semua orang percaya bahawa aku sangat takut dengan lipas?
Takut vs Geli
Takut dan geli adalah dua perkara yang berbeza. Aku geli dengan cicak, aku geli dengan tikus,aku geli dengan ulat bulu, aku geli dengan katak tapi aku tetap boleh halau diorang keluar pergi mana-mana yang sepatutnya. Aku boleh kejar dengan penyapu sebab aku tak takut dengan diorang.
Lipas Biasa-Biasa
Kalau aku masuk bilik air, ada ulat gonggok yang warna kuning hitam tu, aku memang sangat relax walaupun agak terperanjat sebab dah sentiasa ready dengan kemungkinan kalau-kalau itu lipas. Kalau ulat gonggok, itu small matter. Tapi kalau lipas, sikap aku serta merta berubah, menjerit seorang diri macam tak ada jiran sebelah rumah.Biasanya aku jerit sekali je tapi kuat sebab terperanjat sangat dan disebabkan takut sehingga dada berdegup kencang.
Lipas terbang
Malam tadi, sejurus aku habis menonton The Mentalist Episode 23 Season 3 (saja ulang-ulang sebab dah tak ada cerita berkualiti yang lain dah.huhu), ada lipas terbang kat pintu bilik aku. OK OK OK. Aku dah start nak menjerit dah tapi aku macam nak mengelak-ngelak daripada lipas tu nampak aku, kalau dia nampak mesti dia akan mendarat dekat aku. Aku menjerit sambil tutup mulut, panggil housemate aku yang baru je terlelap. Bab ini lah yang paling aku risaukan, aku tak suka nak menyusahkan housemate aku dengan benda kecil macam ni tapi sangat besar pada aku. Tapi dia bangun jugalah buru si Oggy dan akhirnya, BERJAYA.
Aku dan lipas.
Aku dan lipas memang ada chemistry agaknya. Kalau aku mimpi lipas, pagi esok bangun mesti akan ada lipas. Sampai macam tu sekali kan? Perkara yang paling menyayat hati aku ialah, lipas berjalan atas kepala aku masa aku tengah tidur dan ternyata ia sangat-sangat-sangat melampau!!








maza tak berkenan dgn lipas terbang, lagi2 dia merayap kat badan tatkala kita tgh tidur!
aderkkkk.. haru deh..
merayap takpe..jgn gigit sudey
ha memag selampau kataku.

pasang perangkap beli ar kucing or tikos mondok sekor dua heee
suri recently posted..Kita Pakaikan Dia Baju
uish kak suri..kucing pun tak suka kat lipas. dia ckp bau lipas busuk
umh sy ada lipas cam2 pkra buat huhu..tggl nak letak ubat gegat ker he tpi pikir juga sb takut2 anak mkn huu.dia tu pantang mengutip walau seinci benda..
suri recently posted..Kita Pakaikan Dia Baju
letak ubat gegat tak berkesan..ada je diorg nih..
saya x takut tp saya x suka lipas, saya akan cepat halau lipas
Juan recently posted..Lelaki Kacak
kalau tak takut ok lg, nampak je mesti terus halau kan.wwuuwuwu
as”kum…sy pun takut lipas..bukan geli..tapi memang takut.. nasib baik dapat suami yang tak takut lipas… lipas terbang lagi la takut…kat rumah memang sediakan racun penyembur lipas.. sekali sembur biasanya mati.. takuttttt…
wassalam…waaa..untunglah dpt suami tak takut lipas..sy harap sgt bakal suami sy seorang yg gagah perkasa tak takut lipas. sbb kalau lelaki takut lipas mmg buruk sgt rupa.. sy guna baygon..cepat je mati..bila tengok lipas tu hampir mati lepas sembur, rasa happy sgt2
Rasanya pernah diceritakan mengenai fobia lipas tahun lepas. Nampak gaya lipas minat bentuk dengan Adele. Beli ubat umpan lipas.
p/s: Pernah lipas masuk dalam kain pelekat. Melompat-lompa jadinya.
akubiomed recently posted..Happy birthday to me!!!
kalau fobia mmg spjg zamanlah nampaknya
memang terlampau melampau itu lipas
ada ke kepala orang dibuatnya lebuh raya
tehr recently posted..Pusingan Kedua Piala AFC 2012
lebuh raya wangi, sbb baru je lepas syampu. mmg sadis btul
kalau ada je lipas terbang nie sy pn akan lari jauh~ Hehehehe… GELIIIiiiI~
Izzuddin Fauzi recently posted..Hadirnya Bulan Rejab Dan Kisahnya
geli ke takut ni
la..takut lipas rupanya..
titan recently posted..Himpunan Jutaan Belia – Mei 2012
yelaaaaa
memang tak gemar sangat dengan lipas, bau agak busuk, kalau terbang, run for your life lah! hehe
MR.Z recently posted..Percutian ke Cameron Highland
sy sgt sensitif dgn bau beliau..cepat je utk dikesani..huhu..kalau nampak kelibat dia je pun sy dah lari…
saya pun sensitif dengan bau lipas… memang boleh tahu.. agaknya sebab takut sangat, sebab tu peka dengan bau makhluk tu…lipas terbang biasa bergerak lebih pantas drp lipas biasa..meremang bulu roma bila sebut pasal lipas ni..
Ini mmg melampau. Merayap kat kepala time tidur…hisssh
Aku kalau jumpe lipas, mmg kejar dan babab sampai mati lipas tu….hehe
hafizmd recently posted..Wordless Wednesday #17 Untuk Orang Bujang?
untunglah bro..ada keberanian untuk membabab..sy keberanian takde, apatah lg nak membabab..
Saya pernah terminum air sejuk dalam botol mineral yang mengadungi lipas segar. Rasanya sungguh pelik semasa minum (masa tu tak perasan ada lipas). Lepas je perasan terus arrrgh!
Sekarang ni kalau ada je lipas merayap, sure say tangkap dan terbalikkannya.
nizamghazi recently posted..Guardian Angel : Wish You Were Here – GARMIN GPS
Ok,tak terbayang. kalau saya,saya takkan maafkan diri saya yg cuai boleh tak perasan lipas segar dalam air sendiri..huwaaaaa.sadis sgt.
kalau lelaki tangkap lipas pun bagi saya dah cukup macho apatah lagi menterbalikkannya
salam
haha…eh bukan nak gelak sebab takut lipas tu…
tapi tak sangka wujud dalam realiti oggy and the cockroaches tu.heh..
wandisini recently posted..Beralah Bukan Bererti Takut
salam..hmm…tak ada benda lah yg nak dipelikkan.. kan..