Maher Zain VS Sami Yusuf

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Ukhwah..

Minggu lepas, dalam perjalanan menghantar adikku pulang ke kolejnya di Melaka, beliau memasang lagu Sami Yusuf daripada albumnya yang terbaru iaitu ‘ Wherever You Are’. Ya Allah, seperti ada sesuatu yang menyentuh hati dan perasaanku dengan kelunakan muziknya, aku memang sangat mengagumi Sami Yusuf dengan pembawaan lagu dan muziknya yang bersifat universal dan memuatkan segala budaya dan bahasa dalam penciptaan lagu-lagunya. Tidak ketinggalan juga Bahasa Melayu di dalam sebuah lagunya yang bertajuk No Word Is Worthy. Satu je aku tak bekenan dengan Sami Yusuf ni, suara dia yang sangat perlahan sampai aku tak faham apa yang dia nyanyikan sebab sebutan beliau sangat tak jelas, mungkin disebabkan lahjah arabnya. Berbeza dengan Maher Zain, sebutannya amat jelas dan cepat ditangkap. Maka aku dan adik aku pun bergaduhlah dalam kereta tentang mereka berdua ni. Macamlah diorang dengar dengan apa yang kami gaduhkan.huhu

Walaupun begitu, kedua-dua penyanyi ini memiliki matlamat yang sama iaitu kembali menuju ke Tuhan dengan gaya mereka tersendiri. Seperti yang sedia maklum, Maher zain merupakan komposer lagu dan pernah mencipta lagu untuk artis-artis terkenal seperti Lady Gaga dan dan Sami Yusuf dibesarkan dalam keluarga yang mempunyai latar belakang muzik dan juga merupakan komposer lagu. Sami Yusuf sudahpun lama terkenal dan Maher Zain hanyalah melonjak dalam tempoh dua tahun ini. Mereka memiliki identiti sendiri dalam menyampaikan dakwah dan yang paling nyata mesej mereka sampai kepada para mad’u mereka.

Mereka yang mendengar lagu daripada dua ikon ini akan merasakan ketenangan dan kedamaian hati kerana mereka sendiri adalah insan-insan yang hebat, takkan manusia yang mendengarnya tidak mendapat ketenangan. Tidak seperti lagu-lagu yang didendangkan oleh artis yang sememangnya kurang penghayatannya terhadap agama Islam itu sendiri, tiada kesan terhadap jiwa-jiwa insan yang mendengarnya. Subhanallah, melihat wajah kedua-dua insan ini saja membuatkan kita merasa tenang kerana hanya insan-insan yang ikhlas saja akan membuat orang lain terkesan dengan dakwahnya. Wallahua’lam.

*** Dapatkan Album Terbaru Sami Yusuf ” Wherever You Are” dan dengarkan lagu “Make Me Strong”, sangat tersentuh.

About adele

Penulis merupakan pelajar sepenuh masa yang sangat aktif dan cergas. Mula berblogging sejak tahun 2007. Sentiasa memandang kehidupan ini sebagai medan untuk mengutip pengalaman dan untuk dikongsikan buat mereka yang menghargainya. Sama-samalah kita mencipta kenangan dan mengejar impian.
This entry was posted in Info dan Artikel, Kehidupan Peribadi and tagged , , , . Bookmark the permalink.

41 Responses to Maher Zain VS Sami Yusuf

  1. zikNo Gravatar says:

    maher zain.. katanya nak buat lagu insyallah version melayu punya.. on the way.. tungguew..
    zik recently posted..Kedamaian yang ku pinta

  2. nazihahisaNo Gravatar says:

    saya suka maher zain sbb lagu dia simple carry meaning. kalau lagu2 sami yusuf saya suke sbb mcm lebih matang, lebih menyayat hati. dua2 lah saya suka! hehe

    psst: ada contest dkt blog G&W hadiah utama RM50, jom join :)
    nazihahisa recently posted..Contest Mudah dan Lumayan dari DKDM

  3. etomyamNo Gravatar says:

    belum pernah dengar rasanya Sami yusuf ni, nak kena cari jugak lepas ni
    etomyam recently posted..Entry 11-59

  4. dnoBizNo Gravatar says:

    Harap mereka akan menjadi ikutan arti kits…

    Ps : yang ikut lady gagap dah ramai
    dnoBiz recently posted..Kereta terkena Ludah – Kanak Kanak Dibelasah hingga Lembik

  5. Mama MuraiNo Gravatar says:

    Assalaamu`alaikum Adele,
    saya lebih suka Sami Yususf kerana muziknya yang lebih matang dan variasi. Betul saya setuju kalau suaranya kadang-kadang kurang jelas, terutamanya pada sebutan. Mungkin kerana ingin memberikan kesan kepada muzik itu sendiri. Berbanding dengan suara Maher Zain yang boleh ditangkap oleh gegendang telinga. Pasal ikhlas tak ikhlas, agar sukar untuk saya memberi komen kerana saya rasa ianya tidak berkaitan secara langsung dengan penghayatan. Faktor kurang mahir dengan penghasilan lagu dan fizikal mungkin membatasi kesan kepada pendengar itu sendiri. Wallahua’lam.

    Selamat tahun baru 2011 untuk Adele dan keluarga di sana. :)
    Mama Murai recently posted..Cukupkah dengan hanya berdoa

    • adeleNo Gravatar says:

      Waalaikumussalam Mama..
      Bagi saya kalau seseorang itu ikhlas dalam berdakwah, orang sekeliling pasti terkesan dgn dakwahnya..Apapun terima kasih dgn pandangan bernas Mama..

      Selamat Tahun baru 2011 juga untuk Mama dan keluarga :)

  6. Ali ridhaNo Gravatar says:

    Sami Yusuf lagu dia aku
    dengar masa Jejak Rasul.
    Ali ridha recently posted..Malaysia Juara Piala AFF Suzuki 2010

  7. Ali ridhaNo Gravatar says:

    bila la aku nak
    makan mee segera
    bersama Maher zain.
    Ali ridha recently posted..Malaysia Juara Piala AFF Suzuki 2010

  8. MR.ZNo Gravatar says:

    selalu dengar lagu Maher Zain..lagu Sami Yusuf pernah dengar namanya., tapi tak pernah dengar lagi lagunya.. kena cuba dengar ni :)
    MR.Z recently posted..Selamat Tahun Baru 2011 dan Hukum Sambutannya

  9. mankuchaiNo Gravatar says:

    Minat juga lagu2 dari maher zain dan sami yusuf..semoga mereka teruskan lagu dakwah :)

  10. FaizulNo Gravatar says:

    Wah, selamat tahun baru ye, dan saya pun nak start dengar lagu2 sebegini lah pulak. Maybe dpt mendorong menjadi sorang warga muslim yang lebih baik tahun ini. :)

    Nak kene donlod lagu cepat2 ni.

  11. wazyNo Gravatar says:

    Sami Yusuf dan maher Zain dua personaliti berbeza tapi memperjuangkan lagu di dalam konsep yang sama
    tapi Maher Zain memang femes sejak album dia tu dapat sambutan
    wazy recently posted..Seorang Yang Berjaya – Seorang Yang Gagal

  12. akubiomedNo Gravatar says:

    Wah, dah ada variasi untuk halwa telinga dan tak sangka Sami Yusof lebih kemunculan dari Maher Zain
    akubiomed recently posted..Good Friends Are Always Close To The Hearts – Anwar’s BlogShop

  13. AffanNo Gravatar says:

    zain bikha, sami yusof dan maher zain. masing2 punya aura tersendiri.

    Masa program RIS dua tahun lepas, maher zain datang.
    ris tahun lepas (baru2 ni), zain bikha datang.
    harap2 sami yusof pula datang hehe
    Affan recently posted..Terima kasih

  14. zulkboNo Gravatar says:

    salam..
    mula mengenali sami yusof
    sebelum maher zain..kedua2
    nya unik dan saya minati..
    zulkbo recently posted..No Archive Perlukah Tip Blogging

  15. KhidhirNo Gravatar says:

    Selama ni kenal maher zain je. lepas ni nak try dengar sami yusuf lak. thanks untuk cadangan lagu tu
    Khidhir recently posted..Maher Zain – For the Rest of My Life Video with Lyrics

  16. dyaNo Gravatar says:

    Selama ini tak terbuka hati mendengar lagu2 sebegini. But first time, ramadhan ini tergerak hati type *Healing* dekat youtube then hati tergerak click Sami Yusuf – Healing

    only Allah know. Lagu ini betul2 menyembuhkan segala keresahan hati. It true Healing.

  17. sueffiraNo Gravatar says:

    mulai perhatian dan tertarik terhdp sami yusuf setelah mendengar lagu supplication diakhir rancangan jejak rasul ” the last massenger’,memiliki kedua dua album penyanyi maher zain dan samy yusuf,alhamdulillah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge