Memori

Assalamu’alaikum

Minggu ni saja aku ada 2 jamuan.

1. Meraikan kepulangan classmate aku ke Brunei. Student exchange.

2. Meraikan kemenangan sempena Pertandingan Mahkamah Mut
Syariah Peringkat Kebangsaan.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Gambar berdua kat atas ni aku bersama-sama Miss Fadhlina,
Company Law lecturer yang
pernah ‘brain wash’ aku suatu ketika dahulu
masa tahun 1. Sekarang dah nak masuk tahun 5.

 

Biasalah tu, masa tahun 1 macam tak boleh nak handle
perasaan bila lecturer ‘buli’ sikit.

 

Miss Fadhlina panggil aku masuk bilik.
Dia nak counsel aku lah lebih kurang.
Aku duduk je depan dia, dengar dia
bagi kaunseling. Disebabkan dia lah aku
berjaya bertahan dalam double major courses ni
dan mampu maintain result untuk setiap sem.

 

Sungguh hebat kata-kata Miss Fadh sehingga aku
berdiri teguh hingga ke hari ini.

 

Percaya Pada Kekuatan Diri

Kadang-kadang, bila kita jatuh dalam hidup,
tatkala itulah kekuatan dalaman akan
mengambil tempat dalam kehidupan kita kan?

 

Bila kita jatuh, pastinya kita cenderung untuk
berkata

“aku tak mampu nak teruskan hidup”

“Aku dah tak tahan dengan semua dugaan yang di lalui”

 

Di saat kita mengucapkan kata-kata itu sebenarnya
kitalah manusia yang kuat kerana mampu mengharungi
sehingga suatu masa tanpa kita sedari semua masalah
itu berlalu pergi dan kita sendiri tak sangka
yang kita telah melalui fasa dugaan itu dengan
tabahnya.

Sekian.

About adele

Penulis merupakan pelajar sepenuh masa yang sangat aktif dan cergas. Mula berblogging sejak tahun 2007. Sentiasa memandang kehidupan ini sebagai medan untuk mengutip pengalaman dan untuk dikongsikan buat mereka yang menghargainya. Sama-samalah kita mencipta kenangan dan mengejar impian.
This entry was posted in Bicara Hati, Cinta dan Kasih Sayang, Kehidupan Peribadi. Bookmark the permalink.

22 Responses to Memori

  1. zikNo Gravatar says:

    rm 300 +++ plus tue… yang penting pengalaman berharga,, yang tidak dapat dibeli dgn wang ringgit…
    zik recently posted..Ukele instrumental alat muzik unik.

    • adeleNo Gravatar says:

      duit menang tu..bolehlah mkn beratus2..
      dan smestinya kenangan yg tak boleh
      dibeli dgn wang tersebut..huhu

  2. hatiputeraNo Gravatar says:

    banyaknya makan sampai RM300++
    hatiputera recently posted..AKU PAKAI CERMIN MATA

  3. tehrNo Gravatar says:

    Banyak makan banyak bayar
    Banyak pengalaman banyak pedoman
    tehr recently posted..Bagaimana Aku Pasang Gambar Profile

  4. NazriNo Gravatar says:

    Ini diner ke lunch?lama tak pekena kabsa lamb saba.. sedap
    Nazri recently posted..Pertandingan Top Commentators June 2012

  5. akubiomedNo Gravatar says:

    Ketika kolej tidak dinafikan agak stress tetapi ada pensyarah yang menawarkan diri untuk memberik kaunseling kepada pelajar kolej. Saya juga mendapatkan nasihat dan berbicara dengan masalah dihadapi samada peribadi dan pengajian.
    akubiomed recently posted..Speedlight untuk kamera DSLR Canon

  6. Lily NrmanNo Gravatar says:

    Salam. Kakak ambil double major courses? Hebat! Boleh tahu, courses apa yang kakak ambil? Bagus jika ada seorang mentor seperti Miss Fadhlina di sisi sebgai pembakar semangat/penasihat. Supaya kita tidak terus patah dan pandang ke hadapan mendaki kejayaan. InsyaAllah.

    Makan sahaja sampai kenyang. Saya dan famili pon kadang2 berhabis rm300+ untuk menikmati jamuan kebesaran untuk dinikmati ramai. Sebuah pengalaman berharga. Bukan selalu, kan? Dapat makan free, lagi seronok!

    • adeleNo Gravatar says:

      salam..akk ambil syariah law and civil law.
      mujurlah pertemuan akk dan Miss Fadhlina
      seawal tahun 1. sbb tu terbakar semangat ni :)

      siapa tak suka makan free kan? :D

  7. chiiNo Gravatar says:

    Chii ingatkan adele yg byr td. Hehe.

    Em,kejap je masa berlalu kan. Pasni hanya menunggu masa nak grad dan seterusnya start workng :)
    chii recently posted..Wajah Baru

  8. :) Makan2 dan makan.. Yang penting paling seronok dapat gath :)
    Izzuddin Fauzi recently posted..Bila Terhalang

  9. hafizmdNo Gravatar says:

    wah….ni mmg betul2 makan besar ni…agaknya duit hadiah kot? :cool:

    apapun, memiliki sorang mentor mmg penting utk terus kekal bermotivasi. nak2 time mula2 masuk u…hehe

    tahniah yer menang mut tu…hebat!
    hafizmd recently posted..Pilihan Lelaki Kacak:Juara EURO 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge