Beberapa hari lepas, ada kata-kata memasuki facebook feed yang menarik minat aku. Bila dibaca ayat ini maka ianya amat memujuk hati. Benarlah rahmat Allah Subhanahu Wa Ta’ala itu luas, jalan dan pintu taubat itu ada di mana-mana. Sekecil mana pun amalan itu jika diamalkan dengan janji yang tersedia, pasti taubat kita diterima.
Sesiapa yang mengucapkan tasbih (subhanallah) setiap kali selepas solat sebanyak 33 kali, dan tahmid (alhamdulillah) sebanyak 33 kali, dan takbir (allahu akbar) sebanyak 33 kali, jadi kesemuanya 99 kali, kemudian menyebut: La ilaha illallah wahdahula syarikalah Lahulmulku walahulhamdu wahuwa ‘ala kulli syai`in qadir, untuk menggenapkannya sebanyak 100 kali, nescaya diampunkan dosa-dosanya walaupun umpama buih di lautan.
(Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim Rahimahullah dari Abu Hurairah RA daripada Rasulullah SAW.)
Ringkas saja kan? Duduk 5 minit selepas solat confirm boleh habiskan zikir ni. Dosa umpama buih lautan? Banyak tu.
Bila ianya adalah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, ternyata hadith ini sahih dan kuat maka siapa kita untuk menolak janji manis ini kan?







sepekara lagi, patut pun org2 dulu selalu usung tasbih.. bukan mau kasik gentel2 bila tak der kerja.. tetapi mengingatkan diri utk berzikir.. hehehe
maza recently posted..Peragut disembelih
kalau takde duit beli tasbih boleh pakai jari je kan kan kan
Sebenarnya boleh dilakukan. Boleh dilakukan ketika ke tempat kerja dan balik kerja.
akubiomed recently posted..Ragam si kucing mencuit hati
yup. mana2 pun boleh..
kalau dah biasa buat dah tak terasa lama mana pun ..cabarannya kena istiqamah.. biar sikit tapi istiqamah
kita aje yang selalu lupa..
titan recently posted..Sikit-sikit Gunung Everest.
Salam Kenal Sis..
Betul tu. Selalu amalkan ini semasa mengandung malah lebih lagi untuk tenangkan fikiran. Thanks share. Moga dimanfaatkan bersama kerana begitu mudah kita boleh dekatkan diri dengan Allah dan juga dosa kita insyaAllah diampunkan. Amin…
Mummy Akmar recently posted..iPhone 5 Gadget IMPIAN
Memang mudah Adele, tapi yang mudah itulah yang selalunya kita (diri saya khususnya) abaikan… ada jer alasan nak percepatkan bangun dari sejadah… kadang-kadang sampai doa pun terlupa… urusan dunia punya pasal
Mama Murai recently posted..Tanda-tanda suami curang
jadi..banyak-banyakkanlah bertasbih selalu.
ohcikgu recently posted..Cikgu-cikgu suka tonton drama Adam dan Hawa ? Adam dan hawa episod 42 dan 43