Bismillah..
Wah,sungguh menyakitkan hati tajuk ini kan. Terimalah hakikat bahawasanya masih ada juga manusia dalam dunia ini yang
berpendapat sebegitu. Masih relevankan hukum fiqh yang dikeluarkan oleh Imam Shafie sedangkan ia terpakai untuk suatu masa pada tempoh 197H – 204H. Ya, hukum islam tidak sesuai lagi untuk diguna pakai untuk masa kini kerana zaman semakin maju dan kita berada dalam era globalisasi dan hukum islam perlu diletakkan di tepi sehingga terkeluarlah kenyataan ‘negara akan huru hara jika hukum Islam dilaksanakan’, ‘sup tangan’, dan berbagai lagi.
Kebanyakan mereka yang berpendapat sebegini adalah dari golongan sekular di mana mereka mengasingkan kehidupan seharian dengan agama. Mereka terlalu menyanjung dan mengagungkan undang-undang sivil sehingga undang-undang syariah dipandang enteng. Tidak sedarkah mereka bahawa undang-undang sivil itu adalah buatan manusia semata-mata dan hasilnya, lihatlah, begitu banyak jenayah sehingga ia tidak boleh dikawal lagi.
Jika kita ditanya, sesuai lagi ke pendapat Imam Syafie untuk dilaksanakan sekarang?
Pastinya sesuai kerana Islam itu bersifat universal dan sejagat. Biarpun beribu tahun masa berlalu, Islam akan tetap terpakai cuma perlaksanaannya adalah berbeza. Mengapa kita nak cakap undang-undang sivil saja yang sesuai sedangkan jika dilihat pada sejarahnya, undang-undang sivil atau nama lainnya ‘common law’ juga berasal dari masa lampau jugak. Jadi, janganlah memperlekehkan mereka yang sedaya upaya mengeluarkan fatwa tanpa kita menghargai kesungguhan imam-imam terdahulu dalam mengeluarkan hukum. Betapa mereka insan yang mulia mendambakan cinta Allah, pernahkah kita merasakan akan kesusahan waktu-waktu mereka dalam mengeluarkan hukum? Mereka beristikharah sebelum berijtihad dalam mengeluarkan hukum sedangkan kita hari ini sesuka hati dalam membuat keputusan (maknanya bagi mereka yang tak berlandaskan islam).
Ada juga yang berkata begini, kenapalah sampai ada empat mazhab? Satu mazhab pun dah cukup!
Ini satu lagi, siapalah kita yang hina dina ini untuk mempertikaikan empat mazhab tersebut? Berilmu kah kita untuk berkata begini. Adakah setanding ilmu yang kita ada hari ini dengan imam-imam terdahulu? Kalau setanding, cubalah fatwakan sesuatu yang memberikan impak yang besar dalam masyarakat kita hari ini. Mazhab-mazhab yang wujud pastinya sesuai mengikut masa imam-imam ini. Zaman imam hanafi berbeza, imam maliki berbeza, imam syafie berbeza juga imam hanbali yang berbeza. Mereka tetap berlandaskan hukum Islam cuma perlaksanaannya yang berbeza macam kita hari ini kan ada islam hadhari menjadikan terbentuknya empat mazhab ini.
Wallahu’alam..Sekadar pandangan peribadi.. :-)







Salam Adel.
Maaf ye lambat pulak kak Ijan balas kunjungan. Terima kasih add link blogresipi. Akak pun dah letak link Adel…
Kak Ijan recently posted..Roti Burger Poket
xpe kak ijan…terima kasih kerana sudi exchange link..
hurm,kenapala kita perlu gaduh hal ni kan?satu mazhab pun tak habis lagi belajar.eh,nak buat mazhab lain pula ?
erma fatiha recently posted..Cerita Zun-Nun
yelah..jgn gaduh2..belajar je dulu..kita msh bdk lg..