Perlukah Aku Membalas Salam Perkenalan

Assalamu’alaikum

       Dulu masa kecil-kecil, aku suka hantar gambar kat majalah dan suratkhabar, lepastu banyaklah dapat surat orang nak berkenalan. Aku pun suka berkenalan dengan orang yang keluar gambarnya dalam majalah dan suratkhabar, tulis surat panjang-panjang dan menyatakan hasrat untuk berkenalan,sangat manis kenangan itu! Lepas tu hubungan yang terjalin bertahan untuk tempoh 2 hingga 3 tahun. Masa aku tahun 6, teknologi semakin berkembang, cara berkenalan dah semakin lain, guna email dan messenger serta MIRC. Nampak tak bagaimana teknologi menghapuskan medium berkenalan yang sangat sweet iaitu menulis surat. Setelah itu, disebabkan usia yang semakin meningkat, hobi berkenalan aku semakin terlupakan. Tak ada masa dah untuk berkenalan. Orang yang konon-konon nak berkenalan melalui SMS pun aku malas nak layan, kecuali kalau orang mengadu bandwidth blog aku habis, aku layanlah kan walaupun berada di luar Malaysia.haha

       Sebenarnya tadi aku terima satu email yang sangat-sangat nak membuatkan aku balas email tu. Email yang seperti betul-betul ditujukan kepada aku. Tapi aku tahu, samada scam atau spam, malas nak layan. Oklah, saja nak meregang-regangkan kepala otak. Sambung buat kerja dulu!

About adele

Penulis merupakan pelajar sepenuh masa yang sangat aktif dan cergas. Mula berblogging sejak tahun 2007. Sentiasa memandang kehidupan ini sebagai medan untuk mengutip pengalaman dan untuk dikongsikan buat mereka yang menghargainya. Sama-samalah kita mencipta kenangan dan mengejar impian.
This entry was posted in Bicara Hati, Kehidupan Peribadi and tagged , , . Bookmark the permalink.

16 Responses to Perlukah Aku Membalas Salam Perkenalan

  1. Affan RuslanNo Gravatar says:

    Hahah haah kan, dulu kan ada segmen berkenalan kat majalah kanak2, kongsi gambar, alamat, hobi etc. Kalau ingat balik macam lawak je kan hehe.

    Sekarang ni ada lagi ke segmen camtu dalam majalah kanak2?
    Affan Ruslan recently posted..Gambar-gambar Aktiviti PLKN

    • adeleNo Gravatar says:

      lawak sekalipun itulah habit yg setiap budak kecik zaman dulu2 ada..skrg dah tak ada dah..smua FB je..

      tak pasti pulak masih ada lagi ada atau tak..rasanya masih ada n kanak2 yg menghargai nilai estetika je yg akn gunakan medium tu untuk berkenalan :D

  2. padinNo Gravatar says:

    kat urtv ada… kat paper Didik dulu pon ada, hahahaa…. nostalgia… :smile:
    padin recently posted..Ujian Perkakasan Gas

  3. akubiomedNo Gravatar says:

    Ada kawan mendajal dengan menghantar gambar ke URTV untuk berkenalan. :-)
    akubiomed recently posted..Dutch Lady Get Smart Get Famous Finale di Piazza@TheCurve

  4. eielaNo Gravatar says:

    abg saudara dulu pernah hantar ke majalah mana ntah. memang tak jadi kerja dia, dok berkenalan je kahwinnya tidak sampailah sekarang.
    eiela recently posted..Stress Dengan Lelaki Kacak

  5. titanNo Gravatar says:

    haha..aku banyak kali dapat email macam tu.. :smile:
    titan recently posted..Lelaki Kacak dan Gunung Kinabalu

  6. lazaacNo Gravatar says:

    erk.. tkena den.. hoho.. kita just concern jer.. almaklum la, slalu jgak melawat blogger2 lain.. xbest ler kalau asyik down yer dak..? haha.. nak msj lg boleh..? :razz:
    lazaac recently posted..Tutorial : Setup Server Litespeed

  7. kyo_9No Gravatar says:

    kebelakangan ni banyak gak dapat mesej camtu..
    tapi semua masuk spam box la..
    paling x boleh blah ialah nama je bertukar, tapi isinya tulis benda yg sama..
    lol

  8. tehrNo Gravatar says:

    zaman yang semakin laju ni
    dah tak sesuai lagi tulis surat
    mereka tulis dalam email pula bila nak cerita banyak2
    tehr recently posted..Senaman Punggung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge