Ramadhan Kareem – Live Dari Masjidil Haram dan Masjid Nabawi

Assalamu’alaikum

Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakabar. Ramadhan datang lagi buat seluruh umat Islam di muka bumi. Ramadhan yang sama semoga dengan natijah yang berbeza.

Terdetik di hati ini untuk menikmati suasana Ramadhan dari tanah suci sana tetapi tahu sama sekali tidak mampu. Aku taip di Google tanpa sengaja manalah tahu kalau ada live dari Mekah bagi merawat rindu yang membuak. Ya Allah, terjumpa aku pada website yang menyediakan video live dari Mekah. Ya, inilah channel yang aku tonton di TV semasa aku berada di sana.

Klik gambar untuk ke website yang dimaksudkan.

Biarpun jasad ini tidak di sana tetapi sesungguhnya hati ini sentiasa subur dan mekar dengan memori yang masih kukuh terpahat di jiwa. Aku rindu pada bayu dan bauan dari tanah suci itu, aku rindu pada jalanan yang pernah aku susuri, aku rindu pada keramaian manusia yang berhimpit bersesak dan aku rindu untuk mendapat ketenangan yang tak pernah aku rasakan di tempat lain di atas muka bumi ini!

Semoga dengan kenangan ini mampu menetapkan dan menguatkan jiwa aku di saat lemahnya iman aku. InsyaAllah.

Salam Ramadhan Al Mubarak buat semua.

About adele

Penulis merupakan pelajar sepenuh masa yang sangat aktif dan cergas. Mula berblogging sejak tahun 2007. Sentiasa memandang kehidupan ini sebagai medan untuk mengutip pengalaman dan untuk dikongsikan buat mereka yang menghargainya. Sama-samalah kita mencipta kenangan dan mengejar impian.
This entry was posted in Bicara Hati, Haramain, Info dan Artikel, Kehidupan Peribadi and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

7 Responses to Ramadhan Kareem – Live Dari Masjidil Haram dan Masjid Nabawi

  1. padinNo Gravatar says:

    Salam ramadhan, Dila :D

  2. FadzmieNo Gravatar says:

    Selamat menyambut bulan Ramadhan. Sama-sama kita jadikan bulan Ramadhan kali ni lebih baik dari yang lepas. ;-)
    Fadzmie recently posted..Ramadhan sudah tiba

  3. akubiomedNo Gravatar says:

    Selamat mengerjakan ibadah puasa kepada Adele.
    akubiomed recently posted..Giveways ke 2 Cik Tom rugi tak masuk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge