Resipi dan Cara-Cara Membuat Blueberry Cheesetart

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Uhkwah..

resipi blueberry cheesetartMasuk kuih yang ni,3 jenis kuih aku berjaya buat. Semakin meningkat usia ni, semakin aku buat kuih raya sorang-sorang. Kalau masa kecil-kecil dulu, masa semua orang belum kawin, kami semua buat sama-sama. Sekarang aku sorang je duk dapur sebab semua orang ada hal masing-masing. Tapi tak apalah, skill memasak aku pun berjaya ditingkatkan dari hari ke hari. :D

Atas permintaan seorang adik ini,Amira, aku tunaikan permintaan beliau untuk diberi tunjuk ajar cara-cara membuat blueberry cheesetart. Perasan pro sangatlah kan. Padahal ramai lagi chef pakar kat luar sana tapi orang dah mintak takkanlah aku nak tolak pulak kan. :oops:

Resipi Blueberry Cheesetart (diambil dari Myresipi.com)

Bahan untuk Sweet Pastry:
125 gm mentega / margerin
60 gm gula aising
1 biji telur (gred B) saiz sederhana besar
240 gm tepung gandum

Untuk yang pastri ni aku dah edit guna resipi aku. Tapi yang ini pun masih baik juga sebab ramai yang komen hasilnya tetap sedap :)

Bahan untuk Cheese Filling(inti):
250 gm cream cheese
50 gm gula aising
20 gm mentega (lembutkan)
1/2 sudu besar perahan lemon
1 biji telur (gred B)
Blueberry pie filling

Cara membuat pastri
Pukul mentega/marjerin dan gula aising sampai creamy. Masukkan telur, pukul lagi. Selepas itu masukkan tepung. Gaul hingga membentuk doh. Tekankan doh tadi ke dalam bekas tart. Tekan kedalam kemas-kemas. Trim tepinya dengan batang sudu atau pisau. Bakar pada suhu 180 C untuk 15-20 minit. Tunggu sejuk dulu baru keluarkan daripada acuan tart. Dan haruslah rupa mereka adalah seperti dibawah. :D

Cara membuat cheese filling:
Pukul cream cheese, mentega dan gula aising till fluffy. Akhir sekali masukkan telur dan perahan lemon, pukul.

Sudukan blueberry ke dalam pastri kemudian pipekan cheese filling sehingga menutupi keseluruhan blueberry. Hiaskan dengan blueberry mengikut citarasa sendiri. Macam saya ni gaya bebas je. :D

Bakar blueberry cheesetart 5-10 mnit sehingga cheesetart dan blueberry tadi nampak kering. Sejukkan dalam peti ais dan boleh dihidangkan. :)

Selamat Mencuba :)


39 Comments

Ayie AbasNo Gravatar on August 20, 2011 at 12:55 am.

nampak sedap adele…menarik sama seperti menariknya template baru blog adele nie… ;-) :lol: …raya nanti adele ada buat biskut dlm entry nie ke…?
Ayie Abas recently posted..5 Tips Mendapatkan Jodoh Terutama Bagi Yang Lambat Temu Jodoh

Reply

adeleNo Gravatar on August 20, 2011 at 1:03 am.

mesti ayie x baca apa yg sy tulis nih..mmg ni biskut utk raya nnt..huhu

Reply

zulkboNo Gravatar on August 20, 2011 at 2:38 am.

salam..
cantiknya kueh dia..
macam empunya diri..
sayang pulak nak makan
:D
zulkbo recently posted..Ramadhan Juga Menjadikan Kita Kedekut Dan Tamak

Reply

adeleNo Gravatar on August 20, 2011 at 8:09 am.

salam..yelah tu cik zul..haha..kalo syg frame je lah jd hiasan.. :D

Reply

akubiomedNo Gravatar on August 21, 2011 at 5:02 am.

Dah agak kalau kuih cantik sangat sampai tidak boleh dimakan :-)

Reply

zulkboNo Gravatar on August 20, 2011 at 2:40 am.

ni belum kahwin..harapan
sampaii beranak cucu nanti,
ringan tulang buat kueh sendiri
ye..

takut dah kahwin,”kueh tunjuk”
je lah di bazar ye…RM
:D
zulkbo recently posted..Ramadhan Juga Menjadikan Kita Kedekut Dan Tamak

Reply

adeleNo Gravatar on August 20, 2011 at 8:10 am.

insyaAllah..selagi minat dan sikap rajin tu ada,haha..kalo malas mmg tunjuk aje lah jwbnya :D

Reply

tehrNo Gravatar on August 20, 2011 at 10:21 pm.

aku suka ‘kuih tunjuk’ tu
macam2 warna ada
huhu

tahun ni memang tak berpeluang nak buat kuih / biskut

Reply

nizamghaziNo Gravatar on August 20, 2011 at 3:46 am.

I would like to say “Wow!!”
Theme baru yang nampak jambu lah :)
Suka..suka..suka..

p/s resipi ni nak suh adik buat
nizamghazi recently posted..Kepentingan Theme Kepada Bloggers

Reply

adeleNo Gravatar on August 20, 2011 at 7:58 am.

thanks Nizam..haha..mmg theme ni satu mslh bsr bg sy utk pilih mereka.. :D

ps:suruh,jgn x suruh!!

Reply

Mama MuraiNo Gravatar on August 20, 2011 at 3:59 am.

Oh yang nie biskut raya yang ke-3 lagilah nie? :) 2 lagi biskut apa? Tapi saya rasalahkan, kalau masukkan biskut terus ke dalam peti sejuk biskut akan jadi lembab dan lemau selepas dikeluarkan. Ke saya yang silap? Hehe..
Mama Murai recently posted..Hantaran kahwin mahal? Ikut trend atau jual anak?

Reply

adeleNo Gravatar on August 20, 2011 at 7:54 am.

skrg dah keempat, ada tart nenas,chocolate cookies, almond london dan yg ini.. :D

owh,yeke mama? tp kalo biskut ni mmg tak perlu kepada kerapuhan sbb tu msuk peti sejuk..kuih ni kena sejuk2 bru sedap dimakan sbb ada cheese.. :)

Reply

atiqahzayadiNo Gravatar on August 20, 2011 at 5:41 am.

wahh tgk gambar je dah rase nak makan! blueberry cheesetart dah la sangat sedap!
thanks for the recipe, seniorrr! nak try la buat bile2 nnti. hehe :)
atiqahzayadi recently posted..cerita cicak

Reply

adeleNo Gravatar on August 20, 2011 at 7:55 am.

haha..kna try lps ni tikah..bru terserlah kewanitaan..haha

btw,time ksih sudi singgah sini :)

Reply

puanbeeNo Gravatar on August 20, 2011 at 6:48 am.

salam adele .. sedapnya kuih dia… blog pun dah cantik.. bee tk pandai buat tart n tk pernah cuba lagi nihh
puanbee recently posted..Terkini Lirik Lagu Raya Nubhan Aidilfitri Limpah Kurniaan Ilahi

Reply

adeleNo Gravatar on August 20, 2011 at 7:57 am.

salam..cantik gitu2 je kak bee..huhu..pas ni kena cuba buat k,sesuai utk anak2 kak bee :D

Reply

puanbeeNo Gravatar on August 20, 2011 at 8:16 am.

kalau mai mood rajin tu akk geledeah sini cr resepi lerrr
puanbee recently posted..Terkini Lirik Lagu Raya Nubhan Aidilfitri Limpah Kurniaan Ilahi

Reply

Mama MuraiNo Gravatar on August 20, 2011 at 8:45 am.

Almond london dan tart nenas tu saya suka. Kalau macam nie bolehlah siapkan 7-9 jenis biskut raya, lagi pun raya ada seminggu lagi..
Mama Murai recently posted..Kak Pornah Malaysiandigest kenapa awak sentiasa ke hadapan daripada saya!!?

Reply

adeleNo Gravatar on August 20, 2011 at 3:07 pm.

uish..7-9 jenis byk tu mama..sy buat 6 jenis je..itupun utk rumah mak ni 1 adunan n 1 adunan lg utk abg sy yg dh mintak tlong buatkan..mmg tak larat nk buat byk2,sorg2 je yg mengadunnya..letih…

Reply

titanNo Gravatar on August 20, 2011 at 9:22 am.

err..hantar sikit ke rumah orang..leh? :oops:
titan recently posted..Komisen ke 22 dari Paid-to-Promote.net

Reply

adeleNo Gravatar on August 20, 2011 at 3:05 pm.

boleh jer.. :-P

Reply

Hairul HissamNo Gravatar on August 20, 2011 at 11:07 am.

tengok rupa pun dah tahu sedap… yummy…
rugi tak cuba nie…pandai buat.. mana belajar nie..
Hairul Hissam recently posted..Resepi buat tepung goreng pisang paling rangup. Jom pelbagaikan lagi hidangannya

Reply

adeleNo Gravatar on August 20, 2011 at 3:05 pm.

kenalah cuba lepas ni :)

belajar sndiri je..biasalah,nk g kelas pastri tak mampu dr segi wang dan masa lg..hehe

Reply

DuluLainSekarangLainNo Gravatar on August 20, 2011 at 2:29 pm.

Waduh-waduh berseni tangan.. cantik ehh kuih tu bila dah siap. Rasanya tentulah sodap! Boleh order online dan sampai sebelum raya ker? Kalu kawe buat blueberry yg kaler putih, mangkuk blueberry tu yang jadi hitam… :D
DuluLainSekarangLain recently posted..Buka Puasa Dengan Big Apple Donuts

Reply

adeleNo Gravatar on August 20, 2011 at 3:04 pm.

kuih ni tak sesuai order online sbb ia kena tempat yg sejuk oleh sbb ada cheese di situ..hehe

kalo mcm tu lah jadi kuihnya, warna hitam..ni mmg hebat sgt dah ni :D

Reply

DuluLainSekarangLainNo Gravatar on August 20, 2011 at 10:00 pm.

hebat? he he.. mau order online? … rasanya rangup skali.. :lol:
DuluLainSekarangLain recently posted..Di Mana Anda Di Pagi Raya?

Reply

AdilaNo Gravatar on August 20, 2011 at 3:30 pm.

waaaaahhhh!!!!! peberet!!
kalau buat combination choc + cheese agak2 sedap tak?
slalu nampak blueberry + cheese je

sy xreti buat (malas yg sebetulnya)
rajin makan je hihihihih
Adila recently posted..Rinduuuuuuuuuuuuuu~

Reply

NorasikinNo Gravatar on August 20, 2011 at 3:55 pm.

Cheese tu tak tahan lama. Kena simpan dalam peti ais. Sempat ke sampai raya? Takut habis sebelum masanya
Norasikin recently posted..Resepi Popia Nestum Bercoklat

Reply

adeleNo Gravatar on August 20, 2011 at 4:41 pm.

mmg simpan dlm peti ais..lgpun kalau habis buat lain je lah :)

Reply

NikThohaNo Gravatar on August 20, 2011 at 4:57 pm.

Wah nampak sedap dan berselera je bila tengok biskut ni. Saya pernah beli ada kawan yang jual masa belajar kat universiti. Harga dia pun boleh tahan. Saya beli banyak terus baru puas hati makan biskut cheesetart ni. Memang sedap sangat rasanya. Kalau boleh nak buat sendiri tapi tak pandai. tengok la raya nanti kalau ada rezeki nak beli biskut ni.
NikThoha recently posted..Jangan Mudah Percaya Berita Palsu

Reply

akubiomedNo Gravatar on August 21, 2011 at 5:05 am.

Nampak macam lembut dan boleh bayang tekstur jika berada didalam mulut. Tahun ini saya beli kuih tunjuk sahaja :-)
akubiomed recently posted..Misi makan ais krim

Reply

Kak Long Mawar MerahNo Gravatar on August 21, 2011 at 6:26 am.

Puas hati kan dapat buat biskut sendiri. Biskut kegemaran Kak Long ni. Rasa nak buat juga untuk raya. :idea:
Kak Long Mawar Merah recently posted..Rendang di Aidilfitri : Cabaran Blogger I Suatu Hari Di Hari Raya

Reply

zackNo Gravatar on August 27, 2011 at 8:28 am.

Waduh… sungguh enak…. baru tengok jer… belum makan lagi
zack recently posted..Ajim Dan Hidungnya

Reply

mekarNo Gravatar on August 29, 2011 at 5:56 pm.

Bagus tu muda2 mcm ni dah pakar membuat kuih. Tak mcm sya bila dah kawin baru terhegeh2 belajar masak..hehe

Sya pernah juga buat cis tart ni. tp selalu fail bab membuat cheese itu. dia jadi berketul.huhu
mekar recently posted..Amalan sunnah Rasulullah Sempena Aidilfitri

Reply

adeleNo Gravatar on September 5, 2011 at 10:51 am.

Byk masa terluang kak..hehe..

Owh,sy rasa mesti akak putar cheese tu masa dia tgh sejuk..kalau akk nak cheese cantik bila diputar, akk perlu kuarkan cheese dulu spy sama dgn suhu bilik :)

Reply

Rina AVAIL a.k.a cik bettyNo Gravatar on October 1, 2011 at 3:24 am.

terjumpa blog ni secara x sengaja waktu sdg surf car buat cheese tart..kelakar x? raya dah abes baru sibuk nk belajar buat cheese tart hahaha..

salam kenal ya :)
Rina AVAIL a.k.a cik betty recently posted..Cara Mengatasi Ulat Bulu Yang Dah Naik Daun…

Reply

adeleNo Gravatar on October 1, 2011 at 4:35 am.

hehe..sy masih igt cik Rina yg pernah komen di entri sy yg bertajuk Beza wanita Dulu dan Sekarang Pada Tuala Wanita..

selamat membuat kueh tart ye :D

Reply

Leave Your Comment

Your email will not be published or shared. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge