Selamat Ulangtahun Kelahiran Ayah

Assalamu’alaikum

          Hari ini ulangtahun kelahiran ayah. 5 Mei hari tu ulangtahun kelahiran Syafi. 11 Mei ulangtahun along. 23 Mei pula Muna. 26 Mei pula Ameenah dan seseorang. Wah, rasanya dalam keluarga aku memang ramai lahir bulan Mei. Nak buat macamana kan, itulah namanya takdir.

          Aku korek pictures folder, tak ada pun aku ambil gambar berdua dengan ayah. Itulah aku kan. Asyik nak ambil gambar dengan orang lain tapi dengan ayah tak pernah. Tapi tak apa, aku ada gambar ayah yang paling istimewa.

          Nama ayah aku Hamzah bin Md. Salleh. Aku doakan beliau agar punyai semangat dan peribadi seperti Hamzah bin Abdul Mutholib. Aku juga doakan semoga beliau dikurniakan kesihatan yang berpanjangan agar dapat menunaikan amal kebajikan di dunia ini untuk dibawa ke akhirat kelak. Aku juga mendoakan agar beliau dikurniakan umur yang panjang dan sempat melihat aku membesar lagi. Aku tahu aku dah tua pun. Tapi aku tahu di mata ayah aku tetap anak perempuannya yang masih kecil. Dan sesungguhnya memang aku tak matang dalam menempuh kehidupan ini. Tiadalah aku di tempat yang aku berdiri hari ini tanpa ayah di sisi. Selamat ulangtahun kelahiran yang ke 60 ayah. Akak sayangkan ayah. Sobss

About adele

Penulis merupakan pelajar sepenuh masa yang sangat aktif dan cergas. Mula berblogging sejak tahun 2007. Sentiasa memandang kehidupan ini sebagai medan untuk mengutip pengalaman dan untuk dikongsikan buat mereka yang menghargainya. Sama-samalah kita mencipta kenangan dan mengejar impian.
This entry was posted in Info dan Artikel, Kehidupan Peribadi, Lelaki dan Wanita and tagged , . Bookmark the permalink.

5 Responses to Selamat Ulangtahun Kelahiran Ayah

  1. akubiomedNo Gravatar says:

    Rasanya macam baru sahaja Adele menulis mengenai ulang tahun kelahiran ayah Adele.

  2. titanNo Gravatar says:

    aah. betul. tak matang lagi. :twisted:

  3. tehrNo Gravatar says:

    Pengalaman akan menjadikan kita matang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge