Selamat Ulangtahun Kelahiran Muna ‘Izzah

Assalamu’alaikum

Wajah suci Muna :)

Hari ini ialah hari ulangtahun kelahiran anak saudara aku yang ke 5. Sebenarnya semalam yang bertarikh 23 Mei.haha

          Muna ‘Izzah yang pandai berenang, yang rajin baca buku, yang suka tengok Tom & Jerry dan Oggy & Cockroaches, yang petah bercakap, yang banyak tanya, yang kuat nangis dan jerit, yang tak berapa nak malu sebab kalau jalan-jalan dia suka sangat cakap “Haaaaai” kat orang lain dan suka lambai dekat guard taman perumahan dan sebagainya. Muna yang suka tidur dengan aku kalau balik Semenyih sebab aku akan pasang aircond kalau dia tidur dengan aku in fact aku tak suka sebenarnya tidur pasang aircond. Sebab aku ni lembut hati berbanding Pak Usu dia.huahua.

Wajah kenakalan Muna

Muna ‘Izzah bakal dapat adik perempuan bulan Ogos ni, insyaAllah, dan bila aku borak dengan dia

“Muna nak baby girl ke boy?”

“Girl lah..”

“Ala…acik kan girl jugak..”

“Tapi acik dah besar, Muna nak girl yang kecik”

“OK. Muna nak bagi nama apa kat baby?”

“Muna nak bagi nama dia Gegirl,sama nama macam kawan Muna”.

Bila tanya dia banyak kali nak bagi nama baby apa, sekejap dia jawab Aliya. Nama kawan dia jugak. Bila tanya Syafi, Syafi nak nama baby Junaidah. Nama cikgu dia. Ok, nampak sangat anak-anak saudara aku ni terpengaruh dengan orang-orang disekeliling dia. Yang baik-baik tak apa ya.

Yang paling aku tak boleh lupa dialog dengan Muna masa dekat Alamanda, dia duduk kat beranda besi yang boleh nampak tingkat bawah tu. Seriau aku tengok.

“Muna, jangan duduk kat situ. Bahayalah, nanti kalau jatuh, muka berdarah patah gigi nak ke?”

“Kalau Muna jatuh, acik panggillah doktor”

Ok, semudah tu jawapan dia.huhuhu

Selamat Ulangtahun buat Muna ‘Izzah. Nanti kita jumpa apa yang acik mampu bagi ialah Coklat sebab sekarang acik nak beli kayu baru untuk bat pingpong pun acik tak mampu. Kalau Muna dah besar nanti terbaca entri acik untuk Muna mesti Muna terharu. :D

Lab U Muna :)

About adele

Penulis merupakan pelajar sepenuh masa yang sangat aktif dan cergas. Mula berblogging sejak tahun 2007. Sentiasa memandang kehidupan ini sebagai medan untuk mengutip pengalaman dan untuk dikongsikan buat mereka yang menghargainya. Sama-samalah kita mencipta kenangan dan mengejar impian.
This entry was posted in Bicara Hati, Info dan Artikel, Kehidupan Peribadi and tagged . Bookmark the permalink.

14 Responses to Selamat Ulangtahun Kelahiran Muna ‘Izzah

  1. ayieNo Gravatar says:

    lamanya ayie x kesini….blog adele juga sudah berubah 100%…

    comel anak sedara adele tu… :)
    ayie recently posted..RABU KELU *11 ~ Mangsa Amukan Pocong

  2. akubiomedNo Gravatar says:

    Apalah hadiah mak sedara dia beri untuk anak buah kesayangannya. iPad kot. :-)
    akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – # One Thousand Million Smiles

  3. FadzmieNo Gravatar says:

    Selamat Hari Kelahiran, Muna! :lol:
    Fadzmie recently posted..Bercuti untuk beberapa hari

  4. titanNo Gravatar says:

    bagi semangkuk cendol pun dah cukup apa.. :twisted:
    titan recently posted..Lelaki kacak dan Awek Cendol.

  5. suriNo Gravatar says:

    cklt mana blh bgi teady bear geee blh bwk tdoh :cool:
    suri recently posted..Putus Bila Perlu

  6. Happy Belated Birthday dear Muna Izzah. Related ker dgn Nurul Izzah? he he :wink: Semoga berbahagia di hari lahir. Apa untie bagi utk hadiah hari lahir?
    Dulu Lain Sekarang Lain recently posted..I Believe I Can Fly

  7. tehrNo Gravatar says:

    selamat hari lahir untuk adik manis
    rajin2 jaga baby nanti :D
    tehr recently posted..Tak Ada Penyakit, Cari Penyakit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge