Sembilu.

Saat ini jiwa aku tiada lagi indahnya. Resah bertandang, Allah sahaja yang tahu. Sahabat-sahabat pembaca sekalian, mungkin ini lah entri terakhirku sehingga kekuatan dan semangat aku pulih daripada badai perasaan yang melanda. Aku perlu kan kekuatan, tetapi aku tidak jumpa. Ajarkan aku di mana harus aku temukan semangat?

Setia

Mata,
Memandang,
Tetapi tidak melihat,
Kerana hati sentiasa ingat,
Pada janji
Yang telah diikat.

______________________________________________________

Khuatir

Saat rasa itu hadir
Hanya satu
Mengadu pada Dia
Tuhan empunya manusia
Juga alam seluruhnya.

______________________________________________________

Janji

Bukan perlu pada tanda
Tidak perlu pertaruhkan harta
Kerana termeterai dalam hati
Akan dikenang sehingga mati
Kerana tersemat dalam dada
Sedia siagakan jiwa dan raga.

Pernahkah kalian bangun daripada tidur, hati terus dicengkam, ditusuk sembilu. Air mata mengalir, semoga kedukaan itu berlalu pergi bersama masa yang menjadi penawarnya.

:cry:

:cry:

:cry:

:cry:

:cry:

About adele

Penulis merupakan pelajar sepenuh masa yang sangat aktif dan cergas. Mula berblogging sejak tahun 2007. Sentiasa memandang kehidupan ini sebagai medan untuk mengutip pengalaman dan untuk dikongsikan buat mereka yang menghargainya. Sama-samalah kita mencipta kenangan dan mengejar impian.
This entry was posted in Info dan Artikel, Kehidupan Peribadi and tagged , , , . Bookmark the permalink.

39 Responses to Sembilu.

  1. betulkan niat, di situ letaknya asas semangat.
    insyaAllah..
    naimulfirdaus recently posted..teknik menarik pembaca ke blog

  2. bEeNo Gravatar says:

    Kenapa ni adele comel?????
    Mengapa perlu resah???

    Mengapa perlu KHUATIR???
    Jika adele tak berani utk menyahut JANJI pd kehidupan???
    Jika adele resah dgn SETIA yg mungkin punah???

    Bukan kehidupan namanya jika adele serba ketakutan. Pandang cermin dan lihat muka adele sendiri. Ketika pndg di cermin, adele menangislah semahu yg mungkin. Kerana air mata & wanita tak boleh dipisahkan…..

    bEe pernah merasai kecewa apabila arwah emak ke Rahmatullah. Sedangkan bEe dah berjanji utk bawa arwah emak duduk di rumah baru. Tp, kuasa Allah mengatasi segalanya adele….

    Kehidupan tak selalunya cerah…
    Kehidupan juga membuatkan kita persis roda
    Dgn kehidupan jugalah kita tahu ertinya redha…

    Lihat semula pd cermin kendiri adele. Tanya pd spiritual kendiri adele, apakah yg adele inginkan utk kehidupan mendatang. Menangislah semahunya utk satu hari & keesokan harinya bangkitlah semula adik ;)

    Berjanji bahawa kekecewaan semalam adalah lara utk masa lampau…

    **** Buat solat hajat & sunat Taubat mohon keampunan utk Allah beri petunjuk… InsyaAllah dik… ;)

  3. mazaNo Gravatar says:

    Uiks…. fulaks dah…

    aduhai,.. kalau tau dlm hati ada resah, sudah tontulah abg besar akan datang bawa puppet mau hiburkan hati gundah gula itew.. huhuhu

    tenanglah hati,
    betulkan iktikad
    carilah nikmat di sebalik pucat… huhuhu
    maza recently posted..Hanya Kau Yang Tahu

  4. MDHAFiZ.NETNo Gravatar says:

    Lumrah dunia..
    Tabahkan hatimu menghadapi ujian dariNya..
    Mungkin Dia ingin menguji kekuatan saudari..
    :)
    MDHAFiZ.NET recently posted..Sultan Tengah- The First Sultan Of Sarawak Darul Hana

  5. Ayie AbasNo Gravatar says:

    ADELE…KENAPA nie…? SIAPA YG BUAT ADELE BEGITU SEDIH…? ADUHAIII…KETAHUILAH OLEH MU MY FRIENDS…RAMAI ORG YG SAYANG & AMBIL BERAT PADA ADELE…ANTARANYA…AYIE (maaf) :cry:
    Ayie Abas recently posted..Sketsa Sebuah Cinta – MAY

    • adeleNo Gravatar says:

      ye ayie..sy tahu..ramai yg ambil berat ttg sy..terima kasih sgt2 kpd smua dan ayie yg mengambil berat ttg sy! :)

  6. mekarNo Gravatar says:

    Hai adele. kenapa bersedih ni?

    Mungkin sya xdpt menyelami sepenuhnya apa yg dimaksudkan itu tetapi selamilah coretanku :

    “jadikanlah masa yg berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan TERlalu diangan-angankan”. Semoga mjadi wanita yg lebih Kuat okey!
    mekar recently posted..Penghargaan buat Sahabat Mei

  7. izaNo Gravatar says:

    Assalam..
    Banyakkan bersabar dan tenangkan fikiran. Mungkin semangat itu bakal tiba apabila segala resah menghilang…
    iza recently posted..Artikel Tajaan

  8. hafizmdNo Gravatar says:

    Allahuakbar…

    Kita memang selalu rasa tenang, tp bila satu hari kita bangkit dari tidur, nikmat tenang itu kita rasa tiada lagi…barulah kita sedar besarnya nikmat Allah…

    Maka, bangkitlah…berserah pada Allah Yg 1..insyaAllah…sinar gembira akan muncul disebalik kelam…ameen

    pssst…lagipun abg besar dah bawak puppetkan? :grin:
    hafizmd recently posted..Juara Liga Super Terengganu vs Kelantan – Keputusan terkini

  9. Mrs.AyieNo Gravatar says:

    Setiap orang sesekali akan merasa sangat lemah, dan tak berdaya menghadapi hari. Tapi kuatkan semangat, InsyaAllah, apabila hari silih berganti kita akan menjadi semakin kuat dan masa mengubat segalanya.
    Mrs.Ayie recently posted..Menepuk air di dulang

  10. nizamghaziNo Gravatar says:

    Adele, knpa begitu sedih ni
    Kemon, laki kan ramai lgi :smile:

  11. melurNo Gravatar says:

    Salam Adele Jelita,

    La tahzan…jangan berdukacita…mendung pasti berlalu…sabar dan redha..kuatkan diri…jangan biarkan apa saja merosakkan diri anda

  12. ermafatihaNo Gravatar says:

    what’s wroong with you..

    jangan sedey2 la dila..hurm..kalau perlukan rakan utk berkongsi sy sedia. ni yg xbest ni…

    jom steambot

  13. ainnorainiNo Gravatar says:

    selamat pagi…
    tak mau sedih ye…ceria2 selalu…bykkan senyum dan berzikir ye dik kalau ade masaalah…

    • suriNo Gravatar says:

      ada masa kita kuat nak lawan hati dan ada masa kita kalah kearah tu..
      cuba tenangkan diri..cari semangt yg hilang tu agar jumpa kembali..

      sedih blh sahaja tapi utk seketika..jgn terllu lama.masa tak tunggu kita tapi kita berupaya menongkahnya..

      yakin dan percaylah padaNYA akan ada sinar cahaya bhgia arah tu nnti :)

  14. Sobri MansorNo Gravatar says:

    Sebagai hamba Allah, kita sering diuji dengan segala dugaan dan cubaan. Sanggup atau tidak untuk diri kita menempuh ujian tersebut, hanya Allah sahaja yang tau. Hanya dengan ilmu agama, iman yang utuh serta amalan harian mampu menyembuhkan segala duka dalam kita mengharungi cabaran dan ujian Allah. Sabar dan bertawakal adalah kunci utama untuk terus berjaya.
    Sobri Mansor recently posted..Kejutan kad kredit

  15. suriNo Gravatar says:

    menangislah sepuas hati jika itu yang boleh menenagkan hatimu…

  16. kesedihan itu bukan untuk diingat.
    Jika kita mahu sedih berlalu pergi, pujuklah hati untuk menerima kegembiraan datang.
    Bawa diri untuk berjumpa dengan teman-teman di alam sebenar.
    Sabahan Bloggers Club recently posted..Sabahan live on a tree

  17. titanNo Gravatar says:

    pernah. dulu. :x
    titan recently posted..The Invigilator

  18. suriNo Gravatar says:

    pujuk hati sllu lepak kat panyai..tak kat titi laut huhu sambil kaki ku terjuntai2… :???:

    hai tetiba rindu pd kg plk…

    SURI!!! BALIK HARI DAN MASUK MAGRIB.. :razz:

  19. zulkboNo Gravatar says:

    salam..
    moga anda tabah
    dan Allah permudahkan
    segala urusan anda..
    bunga bukan sekuntum
    kumbang bukan seekor
    yang pergi pasti datang
    berganda terbaik dari
    yang pergi..apa di kesah
    kasihnya pada yang tak sudi
    cari baru pengganti diri.

  20. dah ok belum ni?
    teruskan bersabar dalam bersabar ye :)

  21. Ismail NNo Gravatar says:

    dulu lain sekarang lain.. start a fresh.. kalau kawe time susah di tusuk pedang samurai pon, kawe cuma ingat diri yg ada org hadapi masaalah yg lebih berat. So bersyukur, bertawakal dan kuatkan semangat utk hadapi hari esok la.. Mcm kura-kura dalam citer Kung Fu Panda cakap tommorrow is a mystery…. :D
    Ismail N recently posted..CONTEST Gempak DLSL 2011

  22. mat tpo nordinNo Gravatar says:

    saya alami hampir 25 thn..sampai skrg……kekakadng cemburu tgk orng lain happy….itula dugaan hidup…redha ketentuan allah :sad:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge