Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Ukhwah..
Sudah 2, 3 hari hujan saja. Sudah 3,4 jam aku tidur saja. Letih gamaknya. Kuih raya pun tak ada mood nak buat jadi aku harap esok akan datang mood semula. Owh, aku baru je dapat tahu seseorang menggelarkan aku dengan “Si Laknat”. Oucchh, sakit juga hati sebab dalam masalah antara kami, aku rasa beliaulah watak antagonisnya. Berpura-pura baik dan pandai bermuka-muka, bila kebenaran sudah berada di atas (akulah penyampai kebenaran tersebut.cewaaah), aku pula yang dilaknatnya sedangkan beliau hakikatnya sudah malu dengan perbuatannya. Apapun, jom baca hukum melaknat sesama muslim.

Kalau perempuan marah keluar perkataan macam ni. Aku rasa, tak mustahil dia sanggup memaki semua orang. Kan bila kita nak tengok sikap sebenar seseorang tu masa dia marah?
Jika kalian masih ingat, ketika aku ‘sakit’ dahulu, mood merudum untuk berblogging, satu ayat yang ingin sangat aku sampaikan kepada beliau:
” Takkan Mudah Mengapai Kebahagiaan Di Atas Penderitaan Orang Lain..”
Naaah..sekarang lihat hasilnya, kesabaran aku suatu masa dahulu sudah pun terbalas dan kejahatan beliau sedang di balas. Aku gembira dengan kebahagiaan yang aku miliki sekarang. Alhamdulillah, aku akan berusaha untuk menjadi individu yang lebih baik.
Walaupun begitu, jika ada kesalahan dan kesilapan yang aku dah lakukan, aku juga mohon maaf di atas keterlanjuran aku yang ada bisanya. Tak sangka aku ni pun pandai main psikologi orang. Biasalah, ambil undang-undang mestilah kena pandaikan.
Yang penting jangan jadi bodoh sombong.
Ha, ni nak kongsi tips untuk menambat hati lelaki. Benda simple je. Aku biasa buat kalau nak ngorat lelaki. Kalau gagal buat gagallah menambat hati lelaki tersebut:
1. Penulisan yang bagus: Ya,semestinya perlu kena bagus. Bila menulis mesej atau chatting di YM ke, ayat haruslah sopan dengan penggunaan gaya bahasa yang teratur. Ala-ala cerpen gitu. Barulah sejuk hati lelaki nak membaca. Tak gitu? Ayat tu kenalah straight forward, tak payah nak berkias-kias sebab lelaki tak suka berkias-kias.
2. Tepati masa: Eh, of course lah kena tepati masa, bukan sahaja dengan lelaki yang korang minat tu tetapi dengan semua orang. Kalau dia cakap nak sarapan 10.30 pagi ke, janganlah pukul 12 baru nak datang. Awal-awal bolehlah sabar, bila dah 2 3 bulan, kena libas dengan tali pinggang baru tau!
3. Jangan membandingkan lelaki tersebut dengan kekasih lama: Ini memang kena usaha untuk dihindarkan. Janganlah semua kisah dengan kekasih lama nak cerita semua. Sekali, bila dah habis cerita pasal kekasih lama tu, terus lelaki tu tinggalkan kita, menangis sambil terkejar-kejarlah akan lelaki itu.
4. Setia: Kunci paling utama dalam menambat hati lelaki. Bila dah isytihar jadi kekasih, aduhai wanita, janganlah cuba-cuba untuk berbaik atau kembali ke ribaan kekasih lama atau bermain kayu tiga. Setia ni terlalu rapat dengan percaya jadi bila kita tak setia, mesti lelaki tu takkan percayakan korang lagi. Sedih tak?
5. Jangan kuat merajuk: Hahaha. Inilah sikap perempuan yang memang tak boleh dipisahkan. Pengalaman aku, boleh je nak berpisah dengan sikap ini, dengan bear in your mind yang lelaki tak ada masa nak layan kita je.
6. Jangan kutuk kekasih lama: Ini memang tak patut kalian buat. Jangan sesekali kutuk kekasih lama teman lelaki tu. Di saat korang kutuk kekasih lama tu, masa tu lah korang merendahkan kredibiliti korang. Apatah lagi menggelarkan bekas kekasih itu dengan si laknat. Ish-ish. Lagi satu, kalau korang kutuk-kutuk kekasih lama tu sekali kekasih lama tu jauh lebih baik daripada diri korang sendiri dan lebih setia, tidakkah ia memalukan diri sendiri?
7. Jangan perasan cantik: Lelaki tak suka perempuan yang sangat-sangat perasan dirinya cantik. Kalau korang cantik, biarlah lelaki tu sendiri cakap dan puji dalam hati. Tak perlu shout it loud okay!
8. Jangan terlalu murah: Jangan mudah sangat nak berborak dengan lelaki yang baru kita kenal dengan perkara yang tak sepatutnya kita cakap lebih-lebih lagi hal ‘kerumahtanggaan’. Em, tak manis macam tu kalau lebih-lebih lagi perempuan yang mulakan dulu? Kalau lelaki yang baik, confirm dia akan uji dan main-main dulu lepas tu perempuan tu pasti direject!
Sekian saja buat kali ini. Jika yang berkaitan terbaca akan entri ini, saya hanya beliau ingin tahu, saya dah maafkan apa yang dia buat dan ucapkan buat saya. Biasalah kita manusia tak lepas daripada membuat kesilapan. Saya pun memohon jutaan kemaafan atas apa yang dah berlaku. Buat jahat dibalas tuba, mungkin sesuai untuk saya gambarkan situasi ini kerana hati saya yang sakit dahulu akan terbalas bila saya memberi tuba. Ye,saya tau saya jahat..memang..memang..








Hmm, sabar..
Kalau tulisan.. no 7 tu betul memang betul pon.. no4,6 best..
sy sabar je Muzammil..terima kasih..
Adele, nice tips lah. hehe
Mmg betul pun semua cara tu. Adele ni mmg berpengalaman
Paling tak suka klu pompuan tu kuat merajok, super serius tak suka.
Jahatnye org yg ckp perkataan La_ _ _ _ _ tu
nizamghazi recently posted..SNG Project – Hari Raya The Remix 2011
pengalaman lalu mengajar kehidupan yg akan datang Nizam..hehe..
perempuan merajuk mmg tak elok rupanya..sesekali tak apa lah kan..
hmm..dia tak dapat control perasaan lah tu..
Sabar ye adele, masih ramai lagi lelaki yg budiman lagi kacak di luar ni. ahaks
nizamghazi recently posted..SNG Project – Hari Raya The Remix 2011
haha..yelah Nizam..nak tgok jgk kacak sakat mna tu?
lemah betul kalau dapat perempuan
jenis merajuk ni.
Ali ridha recently posted..3 Minggu bersama celcom broadband Basic 1.5Mbps*
perempuan merajuk ni mengada2 je lbih..hikhikhik
Leh jek merajuk tp xleh keterlaluan sbb lelaki pun cpt boring kan kan kan
bEe recently posted..Wordless Wednesday ~ Part 3
betul2..boleh nak merajuk..tp jgn terlebih sgt..
Menyokong statement utk no 1, 2, 4, 5, 7 & 8…
Tp utk no 4 SETIA mmg perlu ada
p/s : Contohi saye
hehe..tq kak bee!
SETIA tu mmg sgt penting..kalau tak SETIA susahlah..
p/s: kak bee mmg the best lah!
pengalaman sebegini akan mengajar kita menjadi lebih kacak. Yehh..
titan recently posted..Anggap ini artikel terakhir aku..
Rasa pelik sedikit perigi mencari timba. En.Kacak ada boleh cuba tip ini lihat mujarab atau tidak?
ahahaha.. siapalah yg nak mengaku En. Kacak?
saya pula suka girl yg biasa ja, contoh lawa sikit, baik sikit, sifat ibu sikit, rajin skit, kira semua secara sederhana, ader girl yg saya kenal ni suka mudah salah faham, saya pon jadi pening bila dia salah faham terhadap perkataan yg saya belum habis ucapkan, tension jumpa yg mcm ni, hehe
haha..mmg ada jenis perempuan yg mcm tu..terlalu curiga shingga timbulkan salah faham..mga Juan jumpa yg berkenan di hati nnt
ADELE…AYIE RASA ELOK TAMBAH LAGI SATU laa…
9. Jangan Mudah Keluar Perkataan Yang Bersifat MENUDUH : Selalu juga ayie tgok orang mudah keluar ayat2 berbentuk TUDUHAN dari mulut mereka. Tuduhan itu sebenarnya BELUM TENTU BETUL tapi lebih kepada PRASANGKA semata2.
Allah melarang kita berprasangka buruk tanpa usul periksa/kepastian.
cth ayat berbentuk tuduhan :
…jgn marah contoh saja…hehehe 
” mesti ayie x baca apa yg sy tulis nih… ”
tapi sebenarnya ayie ada baca (…kan dah salah tuduhan tu…?)
SEBENARNYA AYAT2 BERBENTUK TUDUHAN INI BEGITU BANYAK KELUAR DARI MULUT KITA TANPA KITA SEDARI.SERING KALI JUGA PERBALAHAN YG SERIUS TERJADI AKIBAT SALAH FAHAM YG BERPUNCA DARI PERKATAAN YG BERSIFAT TUDUHAN INI.
P/S: adele…izinkan ayie share tips dlm entry ini di blog ayie…boleh kan?
Ayie Abas recently posted..Tips Perkukuh Cinta Suami Isteri
tp tips sy ni utk menambat hati lelaki yg bru dikenali..rasa mcm x sesuai je point ni..kita nak tuduh apa kt lelaki bru yg kita kenal? haha
kalau ayie terasa dgn sy minta maaflah..rasanya lbih baik melalui private message kan..tak perlu lah kt cni
ADELE…MAAP laa AYIE TK TUJU ATAU MAKSUDKAN PADA SESIAPA…
INI laa YG AYIE PALING BIMBANG DLM KOMUNIKASI IAITU SALAH FAHAM… 
P/S:adele…boleh tak ayie nk share tips tu???
Ayie Abas recently posted..Daku Mahu Duit Raya Dari Blog earncent.com
ayat straightforward !!!!
anti gila dengan bdk pompuan, apabila ditanya akan perbuatan stalker mereka, mcm2 merepek… tapi ada yang straightforward tapi dalam bentuk kiasan mudaah..
jgn perasan cantik tuh betul. cantik itu lelaki tak tgk kat rupa sangat lah… it depends on the communication skill and physical behaviour. ramai yg cantik tapi bila tgk rasa menyampah… ramai yg just 3rd-rate tapi bila tgk, rasa gembira je..
kesetiaan? janganlah dipersoalkan terhadap org pompuan…
FD recently posted..#SPM – Trial Sudah Habis, Dan Aku Ada Projek Sementara
jgn anti sangat..nnt awk kawin dgn perempuan tau, tau tak ni?
COMMUNICATION SKILL AND PHYSICAL BEHAVIOUR!! points that should be upheld!
jgnkan awk yg lelaki mnyampah ngn pmpuan tak pandai berkomunikasi, akk yg perempuan ni pun tgok jgk benda tu. kalau
ayat berterabur, lintang pukang dan meraban, siyes nak maki je. tp sabar je
cakap berdasarkan pengalaman.. kui kui kui~
FD recently posted..#SPM – Trial Sudah Habis, Dan Aku Ada Projek Sementara
Tips yang menarik. Memang lelaki akan terpikat jika perempuan boleh lakukan seperti dalam tips ni. Saya tidak mahu komen mengenai sikap perempuan, cuma saya tahu setiap orang boleh berubah. Sikap buruk mereka tidak kekal selamanya.
Apa yang paling penting seorang wanita tu kena jaga akhlaknya, jaga batasan pergaulan, jaga aurat, jaga agamanya. Insyaallah seorang wanita itu akan menemui calon yang sesuai untuk dirinya.
NikThoha recently posted..Pesanan Untuk Pemain Mercun
setuju dgn pendapat NIk Thoha..terima kasih sudi berkongsi
salam..
ermm..mulut siapa lah tu ye?
boleh tahan juga di bulan penuh barakah ini.
tak kira apa lah orang nak kata,gelar kita
ibarat meludah ke langit, tekena muka
sendiri juga nanti kan?
Moga anda selalu ceria Adele, kisah lama
usahlah di kenang, cari baru sebagai
pengganti
zulkbo recently posted..Lionel Messi Pemain Terbaik Eropah 2010/2011
salam..kalau dilihat pada orgnya mmg tak sangka..hehe..
hakikatnya mcm tu lah cik zul,dia ludah sy, skrg ludah tu ada kt muka dia..pelikkan? (ok,jahat sgt mulut)
em, pengganti? tiada pengganti yg boleh menggantikan dia..lalala~~
Kena sedar sikit bahawa bila kita mengata orang dengan perkataan kesat, bermakna 4 kali ganda akan berpatah balik kepada diri kita sendiri.
tak boleh tau dok kata2 orang
ada masa nanti berbalik kat diri sendiri
hah? mana mau lari?
tehr recently posted..Mengapa Beraya Di Rantau Orang
Wah dah jadi pakar cari jodoh dah Cik Adele
Ps : Gelaran dunia tu tak kemananya..
DnoBiz recently posted..Ulamak Politik – Untuk Dakwah atau Parti (Video)
Erk…tips no. 1 tu tak perlu sampai tahap cerpen. Nanti habis kredit hantar berkajang2 sms.
Guna bahasa yg baik memang penting, kalau semua perkataan hendak diringkaskan memang pening baca sms begitu.
muhammad fakhruddin recently posted..Rahsia Duit Raya Daripada Adsense?
errrr… emotional nya ehhhh.. sukar lak kawe nak mengomennya. Adakah aku yg bersalah?
maaf zahir batin.. happy ler nak rayaa nie… he he
Dulu Lain Sekarang Lain recently posted..Cara Terbaru Buat Duit Dari Nuffnang
he..adele meluahkan perasaan ya. Tak pe la. kalu tidak hati jadi tak tenteramkan. apa2 pun harap semuanya semakin baik kini.
Ada point2 yg kat atas tu sya boleh terima. Satu lagi, org tua berpesan, kalu nak cari pasangan (suami), biarlah dia lelaki tu LEBIH sayang KITA, jgn KITA pula yg terlebih SAYANG ke dia.
mekar recently posted..Amalan sunnah Rasulullah Sempena Aidilfitri
Time kasih atas pkongsian kak..biasalah muda remaja bgini kan..mcm2 yg difikirkan…
The number 6 tips sometimes happen when you’re really hurt. You cant help but course your old lover. Specially when he so stupid to leave you.
Maxhine Yap recently posted..Getting back with an ex
Thanks Maxhine for dropping by. Really appreciate when u understand my Malay
Pingback: Dulu Laknat Sekarang Binatang | CetusanHati