Dulu-dulu masa aku form 2, zaman jerawat pasir bersepah dekat atas muka, kakak aku belikan Simple Moisturizer untuk merawat jerawat di atas muka aku. Tapi sedih, kesannya tak seberapa mungkin disebabkan dulu-dulu aku tak makan madu, sekarang aku dah makan madu, jadi kesan produk Simple ni ke atas kulit aku sangat mengujakan!
Baru-baru ni timbul kesedaran untuk aku meninggalkan kosmetik yang meragukan yang kebanyakannya mengandungi merkuri dan hidrokuinon. Kosmetik yang aku gunakan hari tu walapun peniaganya meyakinkan bahawa tiada merkuri dan hidrokuinon tapi ia sangat-sangat meragukan kerana kulit akan jadi putih pelik dalam tempoh seminggu sahaja.
Tahu tak kalian bahawa jika kosmetik yang mengandungi merkuri berlebihan dan hidrokuionon adalah sangat merbahaya untuk dipakai? Contoh produk yang mengandungi kandungan merkuri dan hidrokuinon yang tinggi ialah Natural 99 di mana komposisi produknya terdiri daripada Sabun Muka, Krim Siang dan Krim Malam. Produk yang aku guna sebelum ni pun komposisinya adalah sama terdiri daripada Sabun Muka, Krim Malam dan Krim Siang. Jadi, sebelum apa-apa terjadi dekat kulit aku walaupun hasilnya cantik, lebih baik aku tinggalkan dulu daripada merana di kemudian hari. Bahkan, hari ini memang berlambak kosmetik di pasaran yang hanya repackaging dan rebranding semula krim yang dibeli daripada Indonesia dengan harga RM30/kg lepas tu dijual semula dengan harga yang 3 kali ganda tinggi daripada harga asal. Gila!
Lagi gila bila ambil gambar atau tengok di cermin, muka je putih tapi leher dan tangan gelap! Sekarang aku dah fully recovered untuk mengembalikan warna kulit muka tu supaya sama dengan warna tangan.
Baca mengenai merkuri dan hidrokuinon lebih lanjut di sini.
Aku pergi farmasi. Aku belek-belek kandungan skincare yang ada dan ternyata Simple lah yang paling aku berkenan sebab konsepnya ialah NO PERFUME, NO COLOUR. Bermakna kandungannya bebas daripada bahan kimia keras yang boleh merosakkan kulit. Harga pun berpatutan. Tapi pakai ni memang kena sabar. Mula-mula aku pakai, kerap pulak keluar jerawat halus-halus ni. Kejap-kejap kat antara kening, kejap-kejap kat tepi bibir dan banyak lagi lah. Mungkin kulit nak menyesuaikan diri dengan produk baru.
Lepas 2 minggu barulah aku rasa kulit aku jadi sangat best bila bangun pagi selepas pakai Kind To Skin Vital Vitamin Night Cream setiap malam. Bila bangun pagi aku rasa macam betul ke ni kulit aku? Kenapa pori-pori dia kecik sangat ni?haha. Yang penting kita tak rasa nak marah-marah bangun pagi sebab krim malam yang tak best dan kulit lembab selalu.
Untuk pencuci muka aku pakai Oil Balancing Exfoliating Wash di waktu pagi sahaja dan diikuti Clear Skin Oil Balancing Moisturiser. Lepas tu pakailah Krim SPF apa pun yang sesuai dengan kulit muka untuk melindungi kulit muka daripada pancaran matahari.
Hasilnya memang best, superb, awesome! Yang paling penting, kos yang aku perlukan untuk Simple Skincare ni ialah RM60 dan boleh bertahan untuk 5 bulan. Memang jimat!






Wanita memang penting penjagaan wajah. Aset tuh.
akubiomed recently posted..Selamat Hari Lahir Abang Koning
tepat3..jagalah wajah isteri bro sebaik mungkin
Cukup malas nak pakai pencucui muka..pakai pun sebab kena paksa dengan bini…hahahah
daddydee recently posted..Christine Ha : Kekurangan Bukan Alasan Untuk Berjaya
Dulu selalu juga jaga muka. Cuci muka 2 kali sehari. Pergi facial buang yang hitam-hitam dan jerawat lama dalam kulit. Tapi sekarang ni rasa malas pula. hehe
Tak pernah ambil tahu hal begini
Serah pada isteri je apa yang di berkenan
tehr recently posted..Dialog Tepi Tangga | Dedah
maza sental dgn limau nipis dan limau sambal aje.. volleh tak?
ahaks.. hehehee
maza recently posted..Tandatangan terakhir
Time sy kat msia muka jd sgtttt teruk!!!
Psl cuaca jgk kot?
Lg2 mkn tak jaga uwaaaaaa~
tu dok jg jgk pun jd mcm tu
Pastu jd sensitive plak kat pencuci muka brand yg slalu pakai
Terpaksa try test brand lain
Balik je kat negara sejuk ni xbuat apa pun muka recover balik
Konpem la psl xgi hentam makan yg ntah pape tu hihihiih
Nnt nak try la simple
Sblm ni guna loreal tp muka sensitive abess teruk muka
Adila recently posted..Amsterdam: Dam Square
Lily pakai krim dan ubat muka yang diberi oleh doktor kulit. Alhamdulillah makin improved. Tapi tak leh stop makan ubat hormon benda ntah , nanti naik balik…
60 inggit? Satu set lengkap ke?
tak sampai RM60 pun sebenarnya. yang itu anggaran kasar.
macam saya kos spt di bawah dah boleh dapat kulit bersih
pencuci muka – RM19.90
toner – RM17.90
pelembab – RM19.90
kalau ada offer kat giant boleh diskaun sampai RM3 satu produk tu