Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Ukhwah..
Kali ini saya ingin menulis sesuatu yang lebih bersoalkan hati dan merupakan respon kepada entri Mama Murai iaitu kita suka memperbetulkan orang lain tanpa memperbetulkan diri sendiri terlebih dahulu. Saya sangat kagum pada Mama yang bersikap terbuka dengan teguran yang diterima oleh beliau. Jujur saya katakan, saya tidak sehebat Mama dalam menguruskan jiwa selepas ditegur.
Pada saya, kata-kata nasihatlah diri sendiri dulu sebelum menasihati orang lain perlulah kita tolak tepi. Ramai dalam kalangan kita suka berkata ” Eleh, nak nasihat orang tapi tengok lah diri dia siapa? Macam bagus sangat!”. Sebagai manusia yang hidup di dunia fana ini, janganlah kita memandang kepada siapa yang memberi teguran sebaliknya ambillah intipati dalam teguran tersebut kerana tidak semua manusia itu sempurna dan jika menunggu semua manusia sempurna, sampai bila kita tidak boleh menegur orang lain.
Berkaitan dalam hal tegur-menegur, nasihat menasihati orang lain, saya suka untuk berkongsi sepotong kata-kata daripada Imam Syafie yang pernah dikongsikan oleh seorang teman saya di facebook:
“Jika kamu menegur saudaramu dalam sembunyi, maka kamu telah menjalankan tanggungjawabmu, sebaliknya jika kamu menegurnya di khalayak umum, maka kamu telah membogelkannya di depan orang ramai.”
Saya sendiri pernah melalui suatu proses ditegur di mana ia pernah disiarkan di sebuah blog berkaitan hal peribadi saya dan apabila orang lain membacanya pasti akan tahu gerangannya ialah saya. Saat itu, saya merasakan bahawa sayalah manusia paling tidak bermaruah dan tidak layak untuk hidup di dunia ini serta menjejaskan hubungan saya dengan teman-teman terdekat. Malunya bukan kepalang kerana ditegur melalui medium yang cepat tersebar luas. Hakikatnya, saya tidak kisah untuk ditegur tetapi untuk menegur itu biarlah dalam situasi yang berilmiah. Jika seseorang ikhlas menegur, mengapa tidak aturkan pertemuan yang lebih sempurna agar teguran dapat disampaikan dari hati ke hati.
Saya sedar, saya bukanlah insan yang sempurna tetapi selepas kejadian ini, keyakinan saya merudum setelah diaibkan begitu sekali. Saya juga sedar, bukan semua pendakwah itu ikhlas dalam menyampaikan dakwah kerana di sebalik itu terdapat niat salah mereka tersendiri iaitu untuk seseorang itu dimalukan. Sebelum berundur diri, suka saya untuk kongsikan perumpamaan yang di bawa oleh ustaz saya iaitu
Janganlah berdakwah seperti angin ribut dan monyet. Jika angin ribut menghempas monyet di dahan pokok, monyet akan lebih mengeras memegang dahan pokok dan takkan melepaskan dahan tersebut.
Bermakna, dalam berdakwah, jangan sesekali kita menggunakan kekerasan kerana semakin kita berkeras semakin mad’u akan menjauhi kita di zaman yang penuh dengan arus kemodenan ini. Wallahua’lam.

33 Comments
iza
on February 16, 2011 at 7:54 am.
Salam..
Teguran secara berhikmah dan sembunyi lebih baik dari di tegur di khalayak ramai. Pernah jgk rasa macam tu, dah tak tau nak letak muka kat mana. Harap bersabar dalam menerima ujiannya..
iza recently posted..25 Fakta Tentang Iza Teratak Usang
adele
on February 16, 2011 at 8:03 am.
Salam..
setuju kak Iza..insyaAllah dpt bersabar
starsyeea
on February 16, 2011 at 8:03 am.
salam…true, kita suka orang tegur…tp kadang2 naik benci dgn cara teguran…proses berdakwah kena beradab…keras sangat nanti patah.
nice article…i folo!
adele
on February 16, 2011 at 8:08 am.
Salam..btul2, cara teguran perlu diperbaikkan agar org tak membenci..
zulkbo
on February 16, 2011 at 8:21 am.
salam..
siapa yang menegur dan siapa yang kena
tegur?selalunya memang sedap menegur
tapi tak sedap bila di tegur..bergantung pada
individu itu..kalau jiwanya dah memang jenis
tak boleh di tegur buat macam mana pun dia
buat tak tahu sahaja..
zulkbo recently posted..Senarai Jenis Saman Trafik PDRM
adele
on February 16, 2011 at 8:28 am.
Salam..btul cik Zul..mmg sedap kita tegur org (skali ngn kutuk2.hehe)..tp bila org tegur kita, kita tak boleh terima pulak kan..sama2lah kita perbaiki diri
decrewz
on February 16, 2011 at 9:08 am.
Bila kita menutup keaiban org lain, isyaalh akan tutpkan keaiban kita dunia dan akhirat.. Kata org, bila kita menegur, biarlah daripada akal & hati, bukan hanya sekadar hati sahaja sebab kita lepaskan tanpa berfikir apa yang kita cakap tu betul ataupun tidak..
decrewz recently posted..Tips Gila 1000 Visitor Sehari
etomyam
on February 16, 2011 at 11:02 am.
pemikiran manusia sungguh subjektif dan penuh pengertian tersendiri
etomyam recently posted..Gatal Tak Bertempat
Abgreds
on February 16, 2011 at 1:11 pm.
Salam Adele…
Alangkan Rasul SAW itu mahukan dirinya ditegur, apatah lagi kita insan biasa…mudaha-mudahan kita semua dapt saling memperingati seperti ini…
Abgreds recently posted..Terima kasih bunda Siti
adele
on February 16, 2011 at 1:58 pm.
Salam..
benar ckp bro tu..sy sedia menerima teguran sesiapa pun tetapi bukanlah di khalayak ramai..
Budak Melayu
on February 16, 2011 at 2:16 pm.
erm…. betul tu… xbaik dedahkan aib orang… ada kes kawan2 perempuan saya yg kena tegur sbb tak pakai tudung. Cumanya kata kawan saya tu… orang yg tegur dia tu cara percakapannya menyakitkan hati…
dan teguran tu dibuat di kafe yang ramai orang… mmg niatnya baik, tapi kalau sampai orang yg ditegur diaibkan didepan orang ramai… macam mana ya…
Budak Melayu recently posted..Bila Masa Aku Tidur…
adele
on February 16, 2011 at 3:27 pm.
em, itulah isunya saudara..menegur tapi salah caranya..tak salah utk menegur org lain tp apa gunanya jika kita menegur tp teguran kita tidak diterima malah menambahkan kebencian di hati orang dsbbkan sikap tersebut..sma2 kita perbaiki diri dlm menegur org lain..
Budak Melayu
on February 16, 2011 at 6:11 pm.
betul jugak tu… walaupun niat kita baik… jika cara teguran kita salah… orang yg kita tegur tu akan jadi benci… dan marah pulak…
pernah baca kat blog kawan… yg tulis lebih kurang gini…
kita menegur orang ni macam baling bola ke dinding… nanti bola tu kena kita balik…
kita menegur orang tu sebagai peringatan kepada diri kita sendiri dan dgn harapan org yg kita tegur tu berubah selepas dgr nasihat kita tu…
Budak Melayu recently posted..Ingat Kepada Orang Yang Tersayang…
suri
on February 17, 2011 at 6:15 am.
tegur cara yang baik tapi tdk menyentuh hati dan sensitiviti..Insyallah org yg mendegarnaya kan blh terima dgn hati yag terbuka..
apa2 pun klu nak tgur seseorang tu biasakan mitk maaf trelebih dahulu pastu baru le tegur org tu tang apa2 pkra yg patut ..
adele
on February 17, 2011 at 8:14 am.
stuju kak suri….mmg elok kita minta maaf dulu sblum memulakan kata2..
Amry
on February 16, 2011 at 3:42 pm.
saling menegur tu tak salah, tapi biarlah kena cara…..kalau sampai memalukan orang lain tu, tak bagus lah…memalukan orang lain. Sebelum buat sesuatu, fikir dahulu kalau orang lain buat kat kita macam tu.. Boleh fikir maaa…. Sikap terbuka untuk menerima/memberi teguran tu bukan bermaksud memberi teguran dalam keadaan terbuka di khalayak umum
akubiomed
on February 16, 2011 at 4:36 pm.
Keliru juga kerana ada ulama menegur dengan mengunakan perkataan ‘celaka’ dan ada ulama yang menegur dengan mengunakan perkataan lembut. Saya adalah insan yang jahil
akubiomed recently posted..Angka pertama didalam kehidupan AkuBiomed
eastbullet
on February 17, 2011 at 1:49 am.
macam-macam jenis manusia di dunia ni. semua ada cara tersendiri untuk menegur sama ada secara kasar atau lembut. macam EB sendiri, lebih suka menegur dengan menyindir.
berkaitan menegur orang lain dalam entri di blog pula, tak salah rasanya. Tapi janganlah sampai menyatakan nama insan yang ditegur tersebut. Gunakanlah kaedah seperti kita menegur semua orang dalam dunia ini..
eastbullet recently posted..Lagu Sempena Hari Kekasih Dari Aku Untuk Kamu
adele
on February 17, 2011 at 4:44 am.
tq EB atas pndpt..tp kalau EB sndiri lah kan nak tegur org, takkan nak tegur seseorg di khalayak ramai kan..
menegur di blog mmg tak salah tapi jgnlah terlalu fokus kpd pbuatan seseorg..bg sy x bgus mcm tu..
suri
on February 17, 2011 at 6:12 am.
ada orang mmg suka cakap lepas tanpa beralas ..bgtu juga ada org cakp baik2 dan bijak meluahkan isinya pada tempat yang sepatutnya..
jika bgni jaidnya kena sabarkan hati..kata org mulut org mmg tdk bisa d ttup melainkan empunya diri tu diam dgn sndri.
adele
on February 17, 2011 at 8:15 am.
sy stuju lah dgn smua yg kak suri ckp kan..sama pndpt kita
Ali ridha
on February 17, 2011 at 2:51 pm.
lebih baik kita jangan buka aib orang.
nanti suatu hari nanti aib kita
pula dibuka, walaupun berada dalam rumah.
Ali ridha recently posted..Maulidur Rasul 1432H 2011 tanpa kek dan lilin
adele
on February 17, 2011 at 3:19 pm.
ye,btul..stuju2..
mekar
on February 17, 2011 at 2:52 pm.
Salam Adele- Akak dah baca juga artikel mamamurai. Tidak salah rasanya jika kita mahu memberi nasihat dan teguran kpd seseorang. Krn melalui teguran lah secara xlangsung kita dapat memperbaiki kelemahan diri kita. Sewajarnya biarlah teguran dibuat dgn cara bijaksana dan berhikmah.
Tak patut kita tegur org mgunakan pkataan yg mguris hati pelaku. Teguran tanpa mengaibkan seseorg itu lebih terkesan berbanding teguran secara mjatuhkan air muka pelaku itu.
mekar recently posted..Waspada bila masuk hutan !
adele
on February 17, 2011 at 3:08 pm.
Salam kak..
ye,sy pun bersetuju dlm hal tegur menegur tetapi sy kurang bersetuju bila cara menegur tu yg salah sehingga mengaibkan pelaku tersebut..mcm akk ckp, biarlah berhikmah dan bijaksana
ohcikgu
on February 18, 2011 at 7:48 am.
sape yang baik hati sangat menegur tu?
ohcikgu recently posted..Status terkini Adakah GSTT sudah dibekukan atau tidak
adele
on February 18, 2011 at 7:56 am.
kalau sy ckp pun cikgu mungkin tak kenal..adalah dr org2 yg berada di skeliling sy
fikryn
on February 18, 2011 at 1:24 pm.
Hurmmm.. Sebelum seseorang itu menegur seseorang yg lain, dia kena faham apakah niatnya untuk melakukan teguran. Bergantung kepada jenis perkara yang hendak ditegur..adakah dia ikhlas utk memperbaiki, mengaibkan, menghebahkan atau menunjuk2. Dr pandangan saya, membuat teguran yang melibatkan maruah adalah lebih baik secara face to face atau peribadi. Jika seseorang membuat teguran yg melibatkan peribadi secara terbuka, org itu belum layak untuk menegur. Namun, jika seseorang yg ditegur itu boleh menerima dengan hati yg terbuka, maka bertuahlah org itu.
Hanyalah pandangan saya….
fikryn recently posted..Bagaimana Meletakkan Keyword Di Dalam Post
adele
on February 19, 2011 at 12:03 am.
fikryn, sy sgt setuju dgn pndpt awk..face to face adalah cara terbaik utk menegur..dan sememangnya org yg dpt menerima teguran secara terbuka adalah manusia yg hebat
hafizmd
on February 18, 2011 at 3:49 pm.
Ada pepatah yg berkata lebih kurang camni kot “Kalau ingin buang kegelapan, jangan dihapuskan kegelapan tapi masukkanlah cahaya”
“Kalau nak suruh orang berhenti buat jahat, jangan suruh dia berhenti buat jahat, tapi ajak dia buat kebaikan”
Apa2pun, teguran dan kritikan itu haruslah ada adabnya…Islam itu Syumul.
hafizmd recently posted..Pok De dan cicak tokek…
adele
on February 18, 2011 at 11:55 pm.
tersentuh..time kasih bro Hafiz..Islam itu indah, tp kita yg mencacatkannya. Malu buat diri sendiri..
Husna
on June 28, 2011 at 7:53 am.
Salam,
Baru-baru ni saya ditegur oleh suami saya.. Pada mulanya saya terima secara positif tetapi air muka dan riak wajah yang ditunjukan menyebabkan keikhlasan saya menerima teguran tu bertukar menjadi marah dan kecewa..kerana saya rasakan teguran nya hanya untuk melepaskan kemarahan.. Saya berterima kasih jika teguran itu benar2 diberikan secara penuh kasih sayang..
adele
on June 30, 2011 at 9:32 am.
Salam…
saudari….siapa tahu di dalam hati suami saudari, dia ikhlas menegur saudari..selalunya kita perempuan selalu melihat negatif pda teguran..smoga smuanya baik2 saja