Tinggal beberapa hari saja lagi cuti semester aku sebelum aku bergelar pelajar tahun akhir Syariah dan Undang-Undang. Bermakna tempoh pengajian aku pun tinggal setahun je lagi. Bermakna juga, tinggal setahun je lagi untuk aku terus berada dalam Team Pingpong universiti aku. Wah, sedihnya aku rasa saat ini mengenangkan detik perpisahan dengan sahabat-sahabat pengajian tetapi lebih menyedihkan lagi bila aku perlu meninggalkan team yang aku sayang lebih kurang 3 tahun lamanya kami bersama.
Setiap rabu malam dan sabtu malam, kami turun sama-sama training untuk mantapkan team. Kami belajar skill baru dari hari ke hari. Daripada kekok pegang bat pingpong sehinggalah kepada cara yang betul. Semuanya atas jasa dan pengorbanan coach kami, Salehhuddin bin Johari. Kalau tak kerana dia, aku pun tak ada feel nak membezakan antara jenis getah yang bagus dengan yang tak best, bola yang berkualiti dengan bola yang murah, semuanya dapat aku pelajari dalam tempoh 3 tahun ini.
Masa mula-mula aku masuk team ni, aku tak tahu teknik asas langsung. Pukul bola pun banyak keluar daripada masuk, banyak tinggi daripada rendah, banyak kosong daripada spin. Teringat aku pada kata-kata coach ” bila awak dah pandai main nanti, awak sendiri akan rasa bat yang mana sedap, yang mana tak sedap nak pakai”.
Ya, hari ini aku dah boleh beza getah apa yang ada feel tinggi dan getah apa yang tak ada feel langsung, bukanlah nak kata aku ni pandai sangat tapi kalau dah setiap minggu kita stroke bola tu, boleh rasa dah best ke tak nak guna getah tu. Disebabkan aku rasa tak best dengan Hurricane Neo yang aku pakai hari tu, dengan blade nya yang cikai berharga RM45, aku rasa aku perlukan sesuatu yang baru, yang boleh develop skill aku dengan lebih baik.
Pilihan aku untuk forehand ialah Xiom Vega Europe manakala untuk backhand ialah Butterfly Sriver EL. Bladenya pula ialah Dawei Power Carbon. Semuanya bercirikan untuk lebih spin, lebih feel dan attack. Lepas ni aku nak training sungguh-sungguh dan nak lebih agresif dalam permainan. Aku punya target ialah final untuk Kejohanan Pingpong IPT untuk tahun hadapan. Naklah juga merasa medal yang warna keemasan atau keperakan sebelum bersara dari dunia pelajar ni. hikhik









salam..
Masih mood raya nih
JANGAN hilang main
ping pong pulak nanti..
he he..
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf zahir dan batin….
Taqabalallahu minna wa minkum…
Bro Zulkbo recently posted..5 Brothers : Wordless Wednesday
jom lawan main ping pong.
titan recently posted..Kehebatan seekor kucing upahan.
dari hari tu ajak, berani ke tak sbnrnya ni?huhu
haha..sape yang tak berani. sape yang tak bawa bat aritu???
titan recently posted..Kehebatan seekor kucing upahan.
masa bila pulak ni…mengarut je ko ni..huu
Apa bila sudah masuk alam kerjaya nanti entah ke mana bat ping pong nanti. Ada peluang untuk pulun bermain ping pong.
akubiomed recently posted..Sambutan Hari Raya Aidilfitri meriah
itulah, nnt dah keje tak tahu lah ada masa ke tak lg nak main
good luck ye! sy pon ade maen ping pong gak ngan adek sy lately.. huhu
insan biasa recently posted..Asas pelaburan emas
tq..wah..kalo nak main kt kampus pun dipersilakan
ahak, segan la… lgpon apa kelas kita ni nk maen ngan team u… huhu
insan biasa recently posted..OSKIC 2012 kembali!!
Assalamualaikum….
Selamat Hari Raya….
Saya pun main pingpong… tapi kat sek je…
untuk kali terakhir adele.

nanti saya datang bawa banner
sokongan terhadap team adele
jangan sedih2 tau.
Ali ridha recently posted..Salam Aidilfitri 1433H 2012
terima kasih..itupun kalau betullah kan..
wah! saya suka dapat bertemu orang yang mempunyai semangat kesukanan yang tinggi dan berpengetahuan dalam sukan. Kakak main ka kampus mana? bila? mana tahu boleh lily boleh pergi tgk, support akak?
Lily Nrman recently posted..Lily’s Craiglists
kita meminati ciri2 sukan yg sama lily! tenis! hehe. akk main kat kampus akk lah..stkt ni blum ada tournament lg..bru je habis tournament yg berderet beberapa bulan lps..skrg masa utk training je lg..
kamu memang peminat ping pong lah, ehhehe
Juan recently posted..Salam Raya dari Admin wanwidget.com
Dah ada bat pawer ni, rasanya dah boleh genggam medal dah nanti. Good luck, Adele!
Fadzmie recently posted..Raya sudah berlalu
inshaallah, terima kasih Fadzmie!
hamvoiiii…..
udah dapat yg baru, jgn lupa hat yg lama..
Spin pusing2 satu kali.. hehehe
maza recently posted..Kembali Merantau
yg lama dah tak boleh pakai..getah mati dah.huhu