Tag Archives: tinggal di luar negara

Kenangan Lalu di Negara Orang

Assalamu’alaikum

Aku tengah kemas-kemas rumah, tertengok-tengoklah gambar lama. Memori semasa di UK dulu yang dah semakin luntur. Ayah aku ambil Master kat sana. Bila teringat semula, rasa nak pergi sana je lagi. Habis degree lah pulak kot?

Masa kat sana dulu, umur aku lebih kurang 5 hingga 6 tahun. Itupun aku ingat-ingat lupa dah. Aku ingat pergi ladang strawberry, pergi carboot sale, main dalam rumah dengan abang-abang aku, pergi sekolah menjerit-jerit “ummmiiiiii…..ummmmiiiii” (sambil seorang cikgu negro menenangkan aku dan suruh ummi aku pergi supaya aku tak nampak) . Bila ingat semula memang tak boleh blah. Rupanya aku ni daripada kecik lagi memang tak senonoh. Depan orang pun jerit-jerit padahal ummi kat kelas sebelah je pun. Haai. Tapi tu lah hakikatnya budak kecik. Mengada je lebih.

Ha, ni lah sekolah pertama dalam hidup aku. Sebelah aku tu abang aku yang ada anak nama Maryam Ameenah tu. Balik Malaysia terus sekolah darjah 1.
Continue reading

Posted in Info dan Artikel, Kehidupan Peribadi | Tagged , , , , | 16 Comments